Perhimpunan Mesra Bulanan IYRES Ogos 2021

20210826 perhimpunan 0320210826 perhimpunan 01

20210826 perhimpunan 02

 

PUTRAJAYA, 26 Ogos 2021 - Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Team IYRES bagi bulan Ogos dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Noor Sham Che Mat dan disusuli dengan penyampaian amanat oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Majlis diteruskan dengan ucapan tahniah kepada YBrs. Dr. Vellapandian atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 oleh JPA dan pengumuman Anugerah Tokoh Pekerja Terbaik bulan Ogos iaitu Puan Shahhanim Yahya dan Puan Noor’Ayu Sharif. Seluruh warga IYRES mengucapkan tahniah dan syabas di atas Penganugerahan tersebut.

Majlis diakhiri dengan ucapan sambutan ulang tahun warga IYRES yang lahir pada bulan Ogos 2021, diikuti dengan ucapan selamat datang kepada Personel MyStep IYRES baharu iaitu Cik Norain Mohd. Tamsir.