PROGRAM PERSIDANGAN MEJA BULAT SIRI 2 BERTEMAKAN CABARAN EKONOMI BELIA

13092021   rtd cabaran ekonomi

13092021   rtd cabaran ekonomi(1)

PUTRAJAYA, 13 September 2021 - YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Siri 2 bertemakan Cabaran Ekonomi Belia secara atas talian melalui Zoom Webinar dan Facebook Live @IYRESKBS hari ini.

Program Persidangan Meja Bulat ini merupakan anjuran kedua Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk tahun ini dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju).

Program yang dikendalikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari, Think Tank IYRES sebagai moderator ini mengetengahkan tiga orang panel iaitu YBrs . Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES; Kolonel Bersekutu (PA) Ts. Mohd Muzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Malaysia; En . Muhammad Afiq Mohmad Nazari Ketua Pegawai Eksekutif MyFundAction yang membawa tiga (3) pembentangan berkaitan cabaran ekonomi belia bertajuk Trend Ekonomi Belia, Merealisasikan Bakat Bumiputera Pasca-Pandemik dan Mengharungi Bisnes di Era Pandemik Covid-19.

Seramai 413 orang peserta telah menyertai persidangan kali ini. Rumusan resolusi yang dibentangkan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah menyeru golongan belia, kerajaan dan juga ibu bapa untuk mengambil tindakan yang sejajar dengan keperluan ekonomi/ pasaran/ industri semasa bagi meningkatkan kebolehpasaran golongan belia.