ELEVENTH ASEAN SENIOR OFFICIALS MEETING ON YOUTH (SOMY XI) & TENTH ASEAN PLUS THREE SENIOR OFFICIALS MEETING ON YOUTH (10TH SOMY+3)

27092021   SOMY

PUTRAJAYA, 24 September 2021- YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan telah mewakili Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan bagi mempengerusikan Mesyuarat SOMY XI & 10TH SOMY+3 secara maya yang telah berlangsung pada 23 & 24 September 2021. Mesyuarat ini merupakan anjuran bersama Bahagian Hubungan Antarabangsa, KBS dan ASEAN Sekretariat.

Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan inisiatif-inisiatif pemerkasaan belia di rantau ASEAN merangkumi isu pendidikan, peluang pekerjaan dan kemampanan ekonomi, kesejahteraan hidup dan kesihatan mental terutamanya dalam mendepani cabaran pasca Covid-19.

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai tertinggi Kementerian Belia dari Negara Anggota ASEAN serta tiga Negara lain iaitu Jepun, Republik Rakyat China dan Republik Korea. Turut hadir YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.