kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SPRM Buka 50 Kertas Siasatan, Tahan 18 Orang

sprm

 

ALOR GAJAH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 50 kertas siasatan dan menahan 18 orang bagi membantu siasatan kes melibatkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini SPRM telah membuka tiga kertas siasatan dan menahan dua individu bagi kes melibatkan IPTA.

Beliau berkata angka itu merupakan sebahagian daripada 70 kertas siasatan yang dibuka dan 23 orang ditahan dalam kes melibatkan IPTA di negara ini untuk tempoh antara 2014 hingga Mac tahun ini.

"Selain itu statistik SPRM juga menunjukkan 54 peratus daripada 1,267 orang yang ditahan SPRM merupakan golongan belia yang berumur 40 tahun ke bawah.

"Perkara ini amat membimbangkan dan perlu ditangani dengan serius memandangkan generasi muda merupakan pemacu yang akan membentuk masa depan dan hala tuju negara," katanya di Durian Tunggal sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Ikrar Integriti Korporat (CIP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Pengarah SPRM Melaka Abu Talib Othman di kampus universiti itu di sini.

Pada majlis itu, Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib dan 2,500 kakitangan universiti itu melafazkan IBR dan CIP.

Shamshun Baharin berkata kerjasama, sokongan padu dan komitmen berterusan masyarakat terhadap SPRM amat diharapkan dalam usaha memerangi jenayah rasuah di negara ini.

"Oleh itu platform seumpama ini (kerjasama dengan IPTA) merupakan medium yang efektif kepada SPRM kerana membanteras gejala itu bukan sahaja terletak di bahu SPRM, bahkan ia merupakan tanggungjawab bersama," katanya.

Sementara itu, Shahrin berkata komitmen yang ditunjukkan oleh UTeM adalah bagi mendukung prinsip pencegahan rasuah dalam mewujudkan persekitaran yang adil, telus dan bebas rasuah.

"Dalam sebuah organisasi besar perkara yang penting ialah membudayakan pengetahuan dalam kalangan warganya dan diharap dengan adanya program seperti ini UTeM dapat berdiri teguh dan lebih berintegriti," katanya. – Bernama Sumber : Sinar Harian Online / 28 Mac 2017

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.