kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PROMOSI SEMINAR PENYELIDIKAN BELIA KEBANGSAAN 2019 (YOURS’19) TERUS DIPERLUASKAN

 

macc

KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2019 – Promosi Seminar Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 2019 (YOURS’19) diteruskan lagi apabila Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dijemput untuk bersiaran secara live streaming di MACCfm dalam Slot Tetamu. Sesi yang di kendalikan oleh DJ Shafy ini telah membuka ruang kepada IYRES mempelawa semua pihak terutamanya pemegang taruh pembangunan belia menyertai YOURS’19.

IYRES yang diwakili oleh Puan Zuarini Jumai, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES turut menyatakan bahawa YOURS’19 merupakan platform yang terbaik buat semua pihak mengetahui bahawa banyak kajian-kajian yang berkualiti telah dihasilkan oleh para ahli akademik, agensi, NGO’s atau individu berkaitan pembangunan belia. Hasil kajian tersebut boleh dijadikan rujukan dan garis panduan oleh semua pihak yang berkepentingan untuk merancang, merangka dan melaksana program-program pembangunan belia ke arah meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup belia masa hadapan.

YOURS’19 bertemakan Kesejahteraan Belia Harapan Masa Depan bakal berlangsung pada 7 & 8 Oktober 2019 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

 

Disediakan oleh:
[Muhammad Hadi Muhammad Nafis][hadi[at]iyres.gov.my]

Disunting oleh:
[Zuarini Jumai][zuarini[at[iyres.gov.my]

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.