kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KAJIAN PENILAIAN PROGRAM KEUSAHAWANAN BELIA BESTARI (B-BEST) 2019

112

Johor, 1 Disember 2019 – Kerja lapangan bagi Kajian Penilaian Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) peringkat Zon Selatan telah dilaksanakan di Dewan Che Ika, Kluang, Johor bersempena dengan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Program B-BEST yang disempurnakan oleh YBrs. En. Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Seramai 10 orang peserta mewakili zon Selatan (Negeri Johor dan Negeri Sembilan) dan 5 orang wakil majikan hadir pada sesi majlis tersebut.

Program ini merupakan penjenamaan semula bagi Program 3K Belia Bestari yang mula dilaksanakan pada tahun 2009 sehingga 2014. Kesinambungan program ini diteruskan sehingga kini dengan mengekalkan pendekatan yang sama pada tahun-tahun sebelum ini, iaitu dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan seperti Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Penganjuran ini mensasarkan belia-belia berisiko bagi mengembalikan semula peranan mereka kepada masyarakat dan negara. Hasil dari kajian boleh dijadikan input bagi perancangan pemerkasaan belia terutamanya melibatkan belia berisiko pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh:
Farhan Mat Arisah
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disunting oleh:
Mastura Mohamad
mastura[at]iyres.gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.