kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

COVID-19: Johor belum terima perubahan tarikh SUKMA 2020

KUANTAN: Kerajaan negeri Johor masih belum menerima permohonan atau arahan perubahan tarikh penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 Johor 2020 yang dijadualkan berlangsung Julai ini, ekoran COVID-19.

Menteri Besarnya Datuk Hasni Mohammad berkata setakat ini, Majlis Sukan Negara (MSN) juga tiada memberi gambaran jika penganjuran temasya sukan itu perlu ditangguhkan.
"Selaku tuan rumah, kita akur jika berlaku perubahan tarikh berdasarkan persetujuan bersama negeri yang mengambil bahagian walaupun buat masa ini, dilihat ia akan diteruskan seperti dijadualkan.

"Saya yakin dan percaya semua langkah kawalan, keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan akan dipenuhi sepenuhnya jika temasya ini diteruskan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah jemputan rasmi SUKMA Johor 2020 kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini, pada Selasa.
Hasni juga memaklumkan bahawa semua persiapan kemudahan untuk SUKMA Johor 2020 di tiga daerah yang melibatkan 39 lokasi kini berada di peringkat akhir.

SUKMA Johor 2020 dijadual berlangsung pada 11 Julai di Johor Bharu, Kota Tinggi dan Muar dengan maskot rasmi harimau bernama 'Jimi'.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata persiapan atlet Pahang yang akan menyertai temasya itu semakin giat dilakukan bagi mencapai sasaran lebih 20 pingat emas.

"Pahang juga berbincang mengenai usaha kita ke arah pemakaian patuh syariah kepada atlet negeri melibatkan sukan yang bersesuaian sebagai permulaan, namun buat masa ini, ia masih belum dimuktamadkan," katanya.

-- BERNAMA Sumber Berita : Astro Awani
Pautan : http://www.astroawani.com/berita-sukan/covid-19-johor-belum-terima-perubahan-tarikh-sukma-2020-233239

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.