kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Hafizh Syahrin buat kerja amal

PANDEMIK Covid-19 dan kedatangan Ramadan kali ini nyata memberi hikmah cukup besar dan keinsafan kepada sebahagian besar daripada kita terutama umat Islam.

Tidak terkecuali situasi itu dialami oleh bintang sukan permotoran negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang mengambil peluang situasi sukar ketika ini untuk memperbaiki dirinya sendiri.

Sedar kesusahan mereka yang kurang bernasib baik, Hafizh bersama beberapa pihak bergiat aktif melakukan kerja amal menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ia juga dapat mengisi masa terluang pelumba Moto2 negara bersama pasukan Aspar itu selepas tidak dapat beraksi di MotoGP ketika ini yang ditangguhkan kerana Covid-19.

"Seperti yang kita semua ketahui ramai terjejas pendapatan sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) terutama bagi mereka yang tak dapat bekerja atau yang bekerja secara sambilan.

"Jadi saya ambil peluang ini untuk memperbaiki diri saya ke arah kebaikan. Misi pertama yang saya lakukan adalah menghulurkan bantuan keperluan asas seperti beras kepada golongan sasaran tertentu.

"Saya buat kerja amal ini bersama dengan artis Zizan Razak. Saya juga tak lupa mengajak peminat melakukan aktiviti ini apabila wang daripada setiap pembelian ke atas koleksi baju saya didermakan untuk kerja amal ini," katanya.

Hafizh kemudian terbabit dengan misi kedua bersama penajanya untuk musim ini, UMW Grantt International Sdn Bhd dengan menyumbangkan 2,800 pelitup muka kepada Hospital Shah Alam.

"Dengan ada rezeki yang lebih sedikit, saya dapat kongsikan kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya.
Sumber : Harian Metro
Pautan : https://www.hmetro.com.my/arena/2020/05/579670/hafizh-syahrin-buat-kerja-amal

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.