kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

GELOMBANG PENGUNDI MUDA #TONGGAKNEGARA, APA KATA BELIA?

10042021   RTD

PETALING JAYA, 10 April 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malayia (IYRES) dengan kerjasama UNITAR International University telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat/ Round Table Discussion (RTD) Siri 1 Tahun 2021 dengan tema Gelombang Pengundi Muda #TonggakNegara bertempat di Auditorium UNITAR International University.

Persidangan ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan aspirasi anak muda dalam politik negara. Ia dikendalikan oleh tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, Personaliti Televisyen bersama tiga orang panel iaitu Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UNITAR International University, dan En. Tharma Pillai, Advocacy Director UNDI 18.

Seramai 139 orang peserta telah menyertai persidangan ini manakala 436 penonton dalam talian telah direkodkan melalui akaun Facebook IYRES KBS. Hasil perbincangan Persidangan Meja Bulat kali ini telah mengeluarkan lapan saranan kepada kerajaan/pemegang taruh pembangunan belia berkaitan politik, demokrasi dan kenegaraan.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Marzuki Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES. Turut hadir YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan KSU (Strategik) KBS dan YBhg. Datuk Ellron Alfred Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah. 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.