kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERANCANGAN STRATEGIK MERENTAS 10 KUMPULAN PELAKSANA MELALUI PELAKSANAAN PRA BENGKEL TWG #MYIndexbelia 6.0

16062021   PRA TWG IBM

Putrajaya, 16 Jun 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Pra Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 melalui platform ZOOM Meeting melibatkan 67 orang peserta merentas Kementerian, Jabatan, Agensi, Persatuan Belia, NGO, Badan Korporat, Para Akademik serta lain- lain pemegang taruh belia. Tujuan Pra Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan awal berkaitan perancangan Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 yang akan dilaksanakan pada 23 dan 24 Jun 2021 nanti.

Terdapat tiga pembentangan yang telah dilaksanakan kepada peserta bengkel iaitu pembentangan pertama berkaitan peranan dan pencapaian Dasar Belia Malaysia yang telah dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam mendayaupayakan belia Malaysia ke arah yang lebih sejahtera. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Puan Sarah Maria Izuma Saruji, Penolong Setiausaha Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, KBS. Manakala pembentangan kedua adalah berkaitan hasil dapatan Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2020 (IBM’20) yang telah disampaikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Seterusnya pembentangan ketiga pula adalah berkaitan pengaturcaraan Sistem eMYInd yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik, IYRES.

Ucapan aluan juga telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Para peserta telah diberikan tugasan awal melalui format pelaporan bengkel yang disediakan untuk melancarkan proses perbincangan kumpulan pada bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 kelak.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.