kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES) DENGAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

20220125   MOU IYRES X UUM

KEDAH, 25 Januari 2022 - Majlis Menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berlangsung pada 25 Januari 2022 bertempat di Balai Tamu, Tingkat 5, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, UUM, Sintok, Kedah.

MoU yang termeterai antara IYRES dan UUM merupakan inisiatif kerjasama strategik dua pihak dalam usaha untuk memartabatkan agenda penyelidikan, penerbitan serta jaringan industri dan masyarakat.

Kerjasama yang menyeluruh ini bakal memberi impak yang positif dan signifikan kepada kedua-dua pihak dalam mencetus pelbagai idea dan peluang baharu seperti menambah rakan strategik, peluang menjalankan projek perundingan serta program latihan melalui perkongsian pakar, peluang kepada pelajar dan pensyarah bagi menjalani latihan industri dan perkongsian data.

Turut hadir ke majlis tersebut YBhg. Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah Naib Canselor UUM; YBhg. Dr. Muhammad Mahadi Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES; YBrs. Prof. Madya Dr. Adzrool Idzwan Ismail, Ahli Lembaga Pengarah IYRES; YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES; Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Pegawai Kanan IYRES dan UUM.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.