kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu

Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen-kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara saluran media yang sangat berpengaruh dalam menyampaikan maklumat. Namun sejauh manakah saluran ini berkesan dalam penyampaian maklumat kempen perpaduan? Kertas ini membincangkan sejauh mana implikasi keterlibatan audiens belia di tahap pemikiran, pengetahuan dan tingkah laku setelah menonton kempen perpaduan di televisyen Malaysia dengan melihat perbandingan di antara kumpulan belia Melayu dengan belia bukan Melayu. Implikasi keterlibatan audiens belia ditakrifkan sebagai situasi di mana belia memahami dan melibatkan diri dengan kempen-kempen perpaduan yang disiarkan menerusi televisyen Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 513 orang belia di sekitar Lembah Klang dan berumur antara 15 hingga 25 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara implikasi keterlibatan audiens belia di tahap pemikiran dan perasaan sahaja dengan kempen-kempen perpaduan di televisyen Malaysia di antara kumpulan belia Melayu dengan kumpulan belia bukan Melayu. Kajian juga menunjukkan bahawa televisyen masih lagi berperanan sebagai medium komunikasi bagi menyemai semangat perpaduan antara kaum khususnya golongan belia namun strategi penyampaian mungkin boleh diperkemas lagi dari masa ke semasa.

Kata kekunci: Keterlibatan Audiens Belia, Media penyiaran, Kempen Perpaduan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.