kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pasca Bandar Pintar dan Pembangunan Belia

Pembangunan belia di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB 1971-1990) sangat jauh berbeza dengan pembangunan belia di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN 1991-2000) dan Dasar Wawasan Pembangunan (DWP 2001-2010). Perbezaan itu jelas ketara kerana para belia era DEB belum meluas terdedah dengan budaya siber kesan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICTs). DEB membentuk belia menjadi manusia massa (homo sapiens) yang membangun. DPN menyediakan asas untuk membentuk belia menjadi manusia pintar (homo intelligence) dan maju. Sementara DWP sudah menetapkan matlamat belia mesti menjadi manusia pintar yang mengguna reruang siber melalui ICTs. Pembangunan belia homo intelligence dianggap sebagai salah satu matlamat untuk merealisasikan masyarakat berilmu pengetahuan di bawah DWP dan Wawasan 2020. Perubahan itu dapat dilihat kepada realiti kemajuan belia yang dihasilkan oleh tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang tadi. Kemajuan belia homo intelligence di era pasca moden lebih cepat dan kompleks berbanding dengan kemajuan belia homo sapiens era modenisasi. Kalau dalam era modenisasi kemajuan belia dilihat sejauh mana mereka bergiat dalam pertanian komersial, industri kecil dan sederhana atau menjadi seorang ahli profesional yang berpendidikan tinggi. Berbeza kemajuan belia di era pasca moden, batasan akademik, latar belakang sosio-ekonomi dan budaya tidak lagi menghalang mereka untuk maju menjadi belia yang berpengetahuan tinggi dengan adanya kemudahan ICTs. Belia homo intelligence boleh jadi bergiat sebagai usahawan teknologi, ahli grafik digital, jurutera perisian dan mempunyai kemahiran profesional yang lain. Mereka celik dan mahir ICTs untuk kegunaan seharian. Sebahagian daripadanya mampu menghasilkan ilmu baru dan menyumbang kepada kemajuan negara. Persoalannya benarkah golongan belia masa kini khususnya di era pasca bandar pintar sudah mencapai tahap homo intelligence? Jika sudah mencapai tahap tersebut apakah imej dan peribadi belia sebagai seorang homo intelligence? Untuk menjawab dua persoalan tersebut perbincangan ini akan memperlihatkan kemajuan belia di Malaysia secara umum.

Kata Kunci: Pasca Bandar Pintar dan Pembangunan Belia Homo Intelligence

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.