kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

HUBUNGAN ANTARA KETEGASAN DIRI DAN KEPUASAN HIDUP GENERASI Y DI SABAH

Artikel in untuk mengkaji hubungan antara ketegasan diri dengan kepuasan hidup Generasi Y mengikut multietnik. Seramai 881 Generasi Y dengan min umur 20.63 telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan di Sabah, Malaysia. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik The Rathus Assertiveness Schedule (RAS) untuk mengukur ketegasan diri dan The Life Satisfaction Questionnaire-9 (LISAT-9) mengukur kepuasan hidup. Data dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 21.0, iaitu korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan antara ketegasan diri dan kepuasan hidup, Ujian-T untuk menguji perbezaan daripada aspek gender dan ujian Anova sehala untuk menguji perbezaan daripada aspek multietnik. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketegasan diri berhubungan secara signifikan dengan kepuasan hidup Generasi Y. Keputusan juga mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan dalam kalangan kumpulan gender dan etnik dalam ketegasan diri dan kepuasan hidup. Hasil kajian dapat digunakan bertujuan untuk membentuk intervensi yang bersesuaian untuk Generasi Y.

Kata Kunci: Ketegasan Diri, Kepuasan Hidup, Generasi Y, Etnik, Jantina

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.