kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PEMBENTUKAN INSTRUMEN LITERASI KESIHATAN UNTUK REMAJA MALAYSIA

Literasi kesihatan tidak dapat dinafikan amat penting dan semakin menjadi tumpuan dalam mempromosikan kesihatan penduduk terutamanya kepada golongan remaja. Bagi mengukur tahap literasi kesihatan untuk populasi ini, ramai penyelidik telah memberi tumpuan kepada membangunkan instrumen untuk menentukan tahap literasi kesihatan mereka. Kajian lepas mendapati instrumen literasi kesihatan lebih banyak dibina bagi orang dewasa berbanding untuk golongan remaja. Di Malaysia, kajian literasi kesihatan terhadap golongan remaja masih kurang dilaporkan. Bagi merapatkan jurang ini, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membina instrumen literasi kesihatan remaja di Malaysia melalui tiga peringkat; 1) mengenal pasti konstruk utama literasi kesihatan; 2) membina item untuk setiap konstruk, dan 3) menguji kebolehpercayaan dan keesahan dengan menjalankan kajian sebenar literasi kesihatan. Seramai 1029 responden iaitu remaja sekolah telah terlibat dalam kajian ini yang berumur 15 hingga 17 tahun (M umur = 15.9, SP = .6). Kajian menggunakan metodologi bermula dengan reka bentuk kualitatif dan diikuti dengan reka bentuk kuantitatif. Kajian mengenal pasti lapan konstruk utama bagi mengukur literasi kesihatan remaja di Malaysia; 1) promosi kesihatan; 2) pencegahan penyakit; 3) penjagaan penyakit; 4) tingkah laku kesihatan; 5) sikap terhadap kesihatan; 6) kesejahteraan kesihatan; 7) budaya kesihatan; dan 8) motivasi kesihatan. Kajian telah berjaya membina instrumen literasi kesihatan remaja Malaysia dengan 52 item yang menggabungkan lapan faktor penting yang menjadi penentu pengukuran utama instrumen literasi kesihatan remaja di Malaysia.

Kata Kunci: Literasi Kesihatan, Remaja, Instrumen

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.