kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SEMINAR PENYELIDIKAN BELIA KEBANGSAAN YOURS 2018

1709

KUALA LUMPUR, 17 NOVEMBER 2018 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sekali lagi menganjurkan program tahunan Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan (YOURS’18). Seminar yang berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 12 hingga 13 November 2018 telah diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
YOURS’18 mengangkat tema ”Mendepani Cabaran Agenda Sosial Ke Arah Kesejahteraan Belia” dan disokong oleh enam (6) subtema utama iaitu Gejala Sosial Tradisional, Gaya Hidup Sedentari, Ketagihan Skrin, Kesihatan Mental, Kurang Belas Ihsan dan Lain-Lain Isu Pembangunan Belia.
YOURS’18 telah menerima penyertaan seramai 172 orang dan jumlah pembentang adalah seramai 45 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik.
YOURS’18 menampilkan keunikan di mana satu anugerah berprestij iaitu YOURS AWARD telah diperkenalkan. YOURS AWARD 2018 diperkenalkan bertujuan untuk mengiktiraf penghasilan artikel penyelidikan yang terbaik berkaitan isu-isu belia. Anugerah pada tahun ini telah menobatkan kepada Dr. Mohd Mursyid bin Arshad dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pembentangan artikel bertajuk ”Pembinaan Kompetensi Dalam Pembangunan Belia Positif Melalui Proses Pementoran Kepimpinan Belia Malaysia”.
Terdahulu majlis pembukaan dan ucaptama telah disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 12 November manakala majlis penutup telah dirasmikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 13 November 2018. Hadir sama ke majlis ini, pegawai-pegawai kanan daripada KBS dan agensi dibawahnya.

 

Disediakan oleh:
Muhammad Hadi Muhamad Nafis
hadi[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Shariffah Mamat
shariffah[at]iyres.gov.my

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.