kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

warna

PUTRAJAYA, 16 OGOS 2019, - Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Podium B Menara KBS yang melibatkan anak-anak warga KBS serta Taska PERMATA KBS.

Pertandingan ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori A berumur 4-6 tahun, Kategori B berumur 7-9 tahun dan Kategori C berumur 10-12 tahun. Penilaian dan pemarkahan telah diadili oleh tiga orang juri yang telah dilantik iaitu Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia KBS, Puan Syariffanor Hisham, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Belia, dan Cik Azura Abidin, Pengerusi Biro Keusahawanan. Pertandingan ini turut diserikan dengan sesi penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah, Penaung PUSPANITA Cawangan KBS.

Seramai 63 orang peserta telah menyertai pertandingan ini iaitu 11 orang bagi Kategori A, 20 orang bagi Kategori B, dan 32 orang bagi Kategori C. Turut sama menjayakan program ini adalah wakil-wakil biro serta ibu bapa anak-anak warga KBS serta Taska PERMATA KBS.

Disediakan oleh:
[Noor Afifah Johari][afifah[at]iyres.gov.my]

Disunting oleh:
[Zuarini Jumai][zuarini[at[iyres.gov.my]

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.