kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Tiada diskriminasi atlet wanita sertai sukan berprestij

rtd 1911

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan tiada diskriminasi terhadap wanita dalam sukan, malah menyambut baik cadangan semua pihak bagi membolehkan lebih ramai golongan berkenaan menyertai aktiviti berprestij.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, berkata banyak persoalan berkaitan isu wanita dalam sukan, ramai mendakwa mereka berhadapan diskriminasi pelbagai hak sekadar persepsi tanpa fakta kukuh.

Beliau berkata, pihaknya sering ditanya mengapa wanita tidak ramai terbabit dalam sukan berprestasi sedangkan lelaki diberi pelbagai keistimewaan.

“Kami sudah mengambil pelbagai inisiatif menggalakkan wanita terbabit dalam bidang sukan termasuk mewujudkan Dasar Wanita Negara 2009. Dasar ini khusus melindungi wanita untuk terus cemerlang dalam bidang berkenaan.

“Wanita harus tanya diri sendiri, kenapa mereka tidak mahu menyertainya, jika alasan tiada jurulatih wanita, mengapa tiada wanita yang mahu mengambil bahagian menjadi jurulatih sedangkan keperluan itu ada,” katanya.

Ahmad Shapawi berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Meja Bulat Belia Pemerkasaan Wanita Dalam Sukan Di Malaysia, di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Dr Vellapandian Ponnusamy dan Setiausaha Agong, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Siti Zaharah Abdul Khalid.

Program anjuran IYRES disertai hampir 200 peserta dalam kalangan Persatuan-Persatuan Sukan, guru sukan sekolah, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan perseorangan turut membincangkan kepentingan wanita dalam memajukan industri dan persatuan sukan negara.

Selain itu, persidangan itu juga turut mengetengahkan inisiatif persatuan dalam menggalakkan pembabitan wanita dan peluang sama rata untuk semua.

Ini termasuk menyediakan input kepada kerajaan bagi merangka, menentukan dan menyeimbangkan polisi dan program berkaitan bagi memperkasakan peranan wanita dalam sukan.

Pada masa sama turut membincangkan isu berkaitan psikologi dan hak wanita dalam sukan sebagaimana dilaksanakan di peringkat global.

Program berkenaan turut diadakan sesi forum bertajuk Mendepani Cabaran Memperkasakan wanita dalam sukan dikendalikan panel antaranya bekas Atlit Squash Negara, Datuk Nicol Ann David; Atlit Pusat Kecemerlangan Badminton, Noor Hazwani Hazair dan Ketua Jabatan Pengajian Khas SMK Taman Universiti 2, Johor, Dr Muhammad Khairul Anwar Hussin.

Sumber Berita : Berita Harian Online

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.