kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

HARI BELIA NEGARA 2020

20200819 Hari Belia 2020

 

JOHOR BAHRU, 15 Ogos 2020: Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang ke-52 telah berlangsung dengan jayanya mengikut SOP dan norma baharu di Persada Johor International Convention Centre. Sambutan penuh gemilang tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Hari Belia Negara 2020 telah mengetengahkan tema Dekad Ini Dekad Anda bersesuaian dengan peranan dan tanggungjawab belia bagi mencorakkan negara sehaluan dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Melalui sambutan ini IYRES berpeluang untuk mempamerkan hasil kajian IYRES melalui infografik serta mempromosikan pendaftaran E-Belia.

Semasa sesi walkabout YAB Perdana Menteri yang diiringi oleh YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan sempat mengunjungi booth pameran IYRES dan menerima cenderamata yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Turut hadir bersama ialah YAB Datuk IR. Haji Hasni Haji Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Datuk Seri IR. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, YBrs Datuk M. Noor Azman Taib, Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dan YBrs. En. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia.

 

Disediakan oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Dr. Vellapandian Ponnusamy
Ketua Pegawai Eksekutif

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.