|
Belia wajar dipimpin demi masa depan negara.

Berita KOSMO -23 November 2012
|
120,000 belia diramal muflis menjelang tahun 2020.
KUANTAN - Jumlah golongan belia yang muflis akibat berhutang mungkin mencecah 120,000 orang menjelang tahun 2020 sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil mulai sekarang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha perlu diambil bagi mencegah kegagalan golongan belia melunaskan pelbagai hutang yang diambil seperti hutang kad kredit, beli kereta dan pinjaman peribadi.
"Saya bimbang jika perkara ini dibiarkan, ia pasti mengancam masa depan negara kerana golongan belia merupakan sumber produktiviti utama negara.
"Justeru, golongan belia terutamanya mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu kepenggunaan untuk kepentingan masa depan," katanya pada Majlis Penyerahan Kad Siswa 1Malaysia dan Karnival Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Universiti Malaysia Pahang di sini kelmarin.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
|

Berita Harian -22 November 2012
|
Kerajaan tak cadang laksana sistem kerahan tenaga.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mewajibkan pelaksanaan sistem kerahan tenaga di kalangan belia di negara ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Beliau berkata pasukan askar Wataniah sedia ada sudah memenuhi kepentingan pertahanan negara.
"Kerajaan telah membuat pelbagai simulasi iaitu kajian mengenai keberkesanan kerahan yang diwajibkan seperti di negara Singapura dan kepentingan sistem kerahan di negara ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).
Ismail ingin tahu sama ada Kementerian Pertahanan bercadang melaksanakan kerahan kepada belia berusia 21 tahun di negara ini berikutan senario dasar pertahanan global dan keperluan askar simpanan, seperti yang dilaksanakan di beberapa negara.
Abdul Latiff berkata pasukan askar Wataniah telah diterapkan dengan polisi pertahanan menyeluruh, yang mana pegawai berpangkat atau biasa perlu menjalani latihan minimum 240 jam, atau 10 hingga 12 hari, membabitkan tempoh 10 jam latihan setiap hari.
"Mereka dilatih dan diberi segala keperluan taktik peperangan kombat. Kalau negara menghadapi situasi darurat, mereka ini mempunyai kepakaran yang sama hebat dengan askar biasa," katanya.
Beliau berkata sehingga kini, jumlah kompeni Askar Wataniah Parlimen ialah 222 iaitu di setiap kawasan Parlimen seluruh negara. - BERNAMA
|

Berita Kosmo -20 November 2012
|
Dekati belia ikut cita rasa
KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa positif dan mengambil kira pelbagai aspek dalam penganjuran setiap aktiviti supaya selari dengan misi membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategik.
KBS dalam kenyataannya semalam memberi contoh program Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara pada 23 hingga 27 Mei lalu telah berjaya menarik kira-kira 2.4 juta pengunjung untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang lima hari ia berlangsung.
Kementerian itu menegaskan, kejayaan itu berjaya dicapai tanpa memfokuskan kepada aspek hiburan semata-mata.
Menurutnya, program Himpunan Jutaan Belia 2012 membabitkan lebih 500 acara dalam 33 segmen dengan menjadikan laluan sepanjang enam kilometer Persiaran Perdana Putrajaya dan kawasan sekitarnya sebagai pusat aktiviti.
"Himpunan Jutaan Belia 2012 menyediakan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan, kerohanian, sukan, kebudayaan dan tidak hanya memfokuskan kepada hiburan semata-mata," jelasnya.
Kenyataan itu adalah reaksi KBS terhadap usul Pemuda Pas dalam Muktamar Agung parti itu di Kota Bharu minggu lalu yang mengkritik langkah kerajaan yang kononnya lebih mengutamakan aktiviti hiburan melampau seperti persembahan kumpulan K-Pop dari Korea Selatan dalam Himpunan Jutaan Belia 2012 berbanding program bersifat keagamaan.
|

Berita KOSMO - 16 November 2012
|
Cabaran Genovasi bermula
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM dan SUHANA MD. YUSOP Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa golongan belia di negara ini memberi idea dan cadangan bagi digunakan ke arah membina negara yang lebih baik dalam semua aspek menerusi Cabaran Genovasi.
Menurutnya, idea inovatif tersebut boleh disalurkan menerusi www.challenge.my bermula semalam sehingga 15 Disember ini.
Beliau yang yakin dengan kebolehan generasi muda berkata, golongan itu mempunyai pelbagai idea bernas untuk dilaksanakan bagi membangunkan negara dan tanggungjawab itu perlu digalas bersama-sama.
“Sebagai Perdana Menteri, saya mahu mendengar daripada anda dan saya mahukan idea anda kerana saya percaya ramai mempunyai idea yang sangat hebat.
“Tidak kira apa sahaja kepercayaan politik anda kerana pada akhirnya, ini negara kita dan Malaysia adalah negara di mana kita lahir dan tinggal,” katanya pada sesi percambahan minda bersama pemimpin muda Youth Opinion Leaders For A Better Malaysia di Restoran Chawan, Bangsar di sini semalam.
Kira-kira 48 peserta terdiri daripada para pemimpin belia, wakil-wakil media, penulis blog muda dan terkenal mengambil bahagian dalam sesi tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
|
Cabaran Genovasi bermula

Berita IPPBM - 16 November 2012
|
JEJAK 1M4U IPPBM 2012-JOM KAJI DAN SELIDIK PENDEKATAN BARU IPPBM BERSAMA KOMUNITI MUDA
Oleh: Mohd Nor Aimullah saleh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
10 November 2012 (Sabtu) – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) dengan kerjasama beberapa Kelab Rakan Muda dan Pertubuhan Belia Perdana telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Program Jejak 1M4U IPPBM 2012 – “Jom Kaji dan Selidik” bertempat di Zoo Negara, Kuala Lumpur. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada Kelab Rakan Muda Tangga Batu, Pelajar IPT dan ahli Pertubuhan Belia Perdana.
Program “Jejak 1M4U IPPBM” bertujuan untuk menggerakkan aktiviti sokongan penyelidikan IPPBM secara outreach untuk mendekatkan IPPBM kepada komuniti serta memperkenalkan peranan IPPBM dalam pembudayaan penyelidikan dikalangan generasi muda. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah mengadakan aktiviti sukarelawan dengan membersihkan kandang kandang haiwan serta kawasan sekitar zoo tersebut. Para peserta juga diberi peluang untuk mendekati haiwan ciptaan Allah ini dengan memberikan makan dan minum di samping memandikan haiwan tersebut.
Disamping itu turut diadakan sesi sembang santai bersama Y.Bhg. Dato’ Dr. Junaidy Bin Abd. Wahab, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IPPBM merangkap Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan dan Y.Bhg. Dr. Wasitah Hj Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM yang mana mereka turut memberi kata-kata semangat kepada anak-anak muda untuk terus memberi khidmat masyarakat walaupun dimana jua berada dan program sebegini perlu selalu dianjurkan serta secara tidak langsung dapat disemai dan ditanamkan dalam diri remaja pada zaman sekarang ini dengan semangat sukarelawan.
|

Berita KBS - 8 November 2012
|
ARTIS SOKONG KEMPEN ‘ROAD TO PUTRAJAYA YOUTH FESTIVAL 2013’
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PEKAN, 3 November 2012 – Artis tanahair turut menyokong kempen “Road To Putrajaya Youth Festival 2013” yang diadakan Unit Komunikasi Korporat sewaktu Astro Fiesta Mesra Belia 2012 di kawasan tempat letak kenderaan Pekan Riverfront di sini hari ini.
Penyanyi muda yang popular dengan lagu “Teman Pengganti”, Black dan penyanyi “Pada Syurga di Wajahmu”, Nash adalah di antara artis yang menyokong kempen ini dengan menurunkan tandatangan di kain rentang yang disediakan. Selain itu, Black turut mengisi borang kaji selidik belia yang disediakan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malayasia (IPPBM) sebelum mengadakan sesi bertemu peminat yang kebetulan turut menyokong kempen yang diadakan itu. Peserta Raja Lawak, kumpulan Talam turut menurunkan tandatangan mereka sebagai menyokong kempen ini sambil menghebahkannya kepada pengunjung melalui celoteh mereka ketika mengacarakan majlis.
Kempen yang diadakan sejak awal pagi mendapat sambutan yang baik dari pengunjung apabila lebih 600 orang menurunkan tandatangan di kain rentang dan mengisi borang kaji selidik belia.
Kempen “Road To Putrajaya Youth Festival 2013” di Pekan ini adalah lanjutan kempen yang sama yang bermula sejak perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur tidak lama dahulu. Ia sebagai promosi awal untuk memaklumkan orang ramai tentang festival yang bakal berlangsung Mei tahun depan dengan nama baharu yang pastinya menyajikan pelbagai aktiviti yang lebih ikonik dan pengalaman menarik kepada pengunjung.
Disunting oleh: Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita KBS - 7 November 2012
|
PRODUK USAHAWAN BELIA KBS MENYAINGI MUTU PRODUK TEMPATAN
Disediakan Oleh: Hafizan bin Ahmad, Bahagian Pembangunan Belia
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
SRI PETALING, 3 NOVEMBER 2012 - Satu Kursus Lanjutan Pembangunan Jenama dan Identiti Korporat KBS/SiRIM telah diadakan selama 4 hari yang berlangsung di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. Kursus ini member tumpuan khasnya kepada peminjam Tabung Ekonomi Belia dan Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB). Peluang ini diberikan kepada belia usahawan yang mengikuti Kursus Asas KBS/SiRIM. Seramai 30 orang usahawan terpilih telah Berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya.
Kursus kali ini lebih menekankan aspek pengukuhan identiti korporat yang sedia ada agar produk yang sedia ada mampu dijenamakan agar produk usahawan KBS ini sebaris dengan produk-produk keluaran Negara luar. Selain itu, para usahawan didedahkan dengan “Manual Korporat Syarikat”, pendedahan ini amat dititikberatkan kepada para usahawan KBS supaya bergerak dengan lebih professional selaras dengan tranformasi kerajaan.
Oleh yang demikian usahawan belia dan beliawanis perlu mengambil setiap ruang dan peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan agar mampu menggunakan peluang sedia ada untuk memperbaiki seterusnya membanggakan warga kementerian bahawa KBS juga mampu melatih para belia Berjaya didalam bidang keusahawan.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita KBS - 6 November 2012
|
KURSUS PENGUKUHAN INFORMASI SIBER GENERASI BARU
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh, Unit Komunikasi Korporat, KBS
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KUANTAN, 4 November 2012 – Seramai 39 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah mengikuti kursus Pengukuhan Informasi Siber Generasi Baru pada 2 hingga 4 November 2012 bertempat di Bukit Gambang Resot City, Kuantan Pahang.
Kursus tiga hari itu dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Strategik, Jabatan Belia dan Sukan Negara yang mensasarkan objektif melahirkan belia-belia yang mahir dalam bidang siber serta membekalkan mereka dengan informasi yang tepat mengenai peranan kerajaan khususnya kepada golongan belia dan amnya kepada umum.
Sepanjang kursus tersebut, peserta telah didedahkan dengan etika kewartawan, pelan dan strategi dalam bidang kewartawanan, teknik strategi dan kerja-kerja lapangan.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Strategik, Engku Mohd Azmi Engku Mohd Basri,. Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Haji Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru, dan Setiausaha Akhbar Menteri Belia dan Sukan, Hisham Abdul Hamid,
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin , Unit Komunikasi Korporat KBS
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita KBS - 1 November 2012
|
PERBADANAN PUTRAJAYA SEDIA SOKONG KBS LAKSANA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA
Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan, Unit Komunikasi Korporat, KBS
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PUTRAJAYA, 30 Oktober 2012 – Perbadanan Putrjaya (PPj) memberi komitmen akan memberikan kerjasama serta sokongan sepenuhnya untuk menjayakan Festival Belia Putrajaya (FBP) yang bakal diadakan Mei tahun hadapan.
Presidennya, Tan Sri Dato’ Seri Aseh Haji Che Mat berkata, pihaknya sedia memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk menjayakan program tahunan itu selagi ia tidak melanggar undang-undang atau menyalahi mana-mana peraturan yang ada.
Katanya, PPj juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak kearah untuk menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandar pelancongan dan destinasi untuk pelbagai aktiviti. Sambil menyarankan KBS melantik pegawai-pegawai PPj untuk menjadi ahli di dalam mana-mana Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Festival itu nanti supaya pihaknya dapat memberikan input agar selaras dengan perancangan pihaknya.
Tan Sri Dato’ Seri Aseh berkata demikian dalam sesi taklimat mengenai Festival Belia Putrajaya 2013 sempena kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan pegawai-pegawai kanan KBS di pejabatnya di sini hari ini. Taklimat disampaikan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery sendiri. Terdahulu, rombongan diraikan dalam majlis makan tengahari yang turut disertai pegawai-pegawai kanan PPj.
Dato’ Sri Ahmad Shabery berkata, banyak ruang dan pendekatan yang boleh diperkenalkan kepada warga Putrajaya supaya bersama-sama menjadikan bandar pentadbiran ini sebagai sebuah lokasi yang sentiasa dikunjungi ramai sama ada dari peringkat tempatan mahupun luar. Putrajaya juga katanya, perlu diangkat dan dimartabat sebagai salah sebuah destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong ke negara ini dan diantara bandar tercantik di dunia.
Beliau berkata, KBS berpuas hati dengan kerjasama serta sokongan PPj untuk menjayakan Himpunan Belia sejak tiga tahun lalu dan berharap semoga PPj terus membuka pintu mereka untuk memantapkan kerjasama yang sedia terjalin itu.
“Sambutan Hari Belia Negara disambut secara besar-besaran adalah bagi membina psikologi keyakinan belia kepada kerajaan. Format Hari Belia Negara di perbaharui dari semasa ke semasa bagi menarik minat golongan belia bersama-sama merasai bahang kemeriahan Hari Belia Negara.”
“Hari Belia Negara adalah satu platform bagi golongan belia menonjolkan bakat dalam perbagai bidang dan membuka mata belia dalam mencari peluang-peluang membina kejaya. Himpunan ini juga menunjukkan bertapa kuatnya hubungan belia dengan belia yang lain dalam membawa kemeriahan bagi setiap aktiviti yang dijalankan,” ujarnya.
Untuk rekod, Putrajaya telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bandar Mesra Belia dan dipilih sebagai lokasi Festival Belia Putrajaya.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita KBS - 30 Oktober 2012
|
Generasi muda dalami erti korban
Oleh NURSURAYA ZULKIFLI Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
MELAKA 29 Okt. - Generasi muda disaran mendalami erti pengorbanan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini di samping mengambil iktibar daripada beberapa peristiwa yang melanda umat Islam masa kini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam konsep keamanan negara yang dinikmati hari ini pengorbanan dan jasa orang terdahulu sebelum negara mengecapi kemerdekaan amat besar maknanya yang perlu diingati dan dihargai.
"Sebagai negara yang hidup dalam keharmonian pelbagai kaum, golongan muda perlu mensyukuri nikmat tersebut di samping menanam semangat sanggup berkorban demi mempertahankan negara dan mengamalkan sikap toleransi serta bersatu padu di kalangan masyarakat," katanya.
Artikel Penuh: Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
|

Berita KBS - 29 Oktober 2012
|
IPPBM RANGKA PLAN STRATEGIK UNTUK PEMBANGUNAN GENERASI BELIA
Oleh : Abdul Hadi Hassan, Unit Komunikasi Korporat KBS
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
SELANGOR, 23 Oktober 2012 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Negara (IPPBM) telah manganjurkan Bengkel Pelan Strategik bertempat Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan disini dengan dihadiri seramai 33 peserta.
Peserta bengkel selama dua hari itu terdiri dari pensyarah dari Universiti Putra Malaysia, wakil-wakil Kementerian, wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , wakil NGO dan persatuan serta kakitangan IPPBM.
Bengkel yang terbahagi kepada lima sesi itu membincangkan isu mengenai belia pada masa kini dan bagaimana untuk menangani masalah-masalah yang menjadi cabaran sehingga merencatkan masa depan negara.
Menjadi pusat serantau yang terkenal dengan pengetahuan yang berasaskan penyelidikan berkaitan dengan pembangunan generasi belia adalah menjadi visi IPPBM yang bertindak sebagai penyelidik tunggal untuk menjalankan penyelidikan terhadap golongan belia di KBS.
Bengkel ini bertujuan untuk menetapkan hala tuju pembangunan penyelidikan berkaitan belia dan merangka pelan jangka panjang demi masa depan negara. Bengkel yang padat dengan aktiviti pembentangan dan perbincangan kumpulan dapat menambah baik plan yang sedia ada.
Turut menyertai bengkel ini ialah pegawai-pegawai dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang memainkan peranan sebagai pakar rundingan dalam pengurusan organisasi dan memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan. Majlis penutup disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM, Dr. Wasitah Mohd. Yusof.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita KBS - 29 Oktober 2012
|
‘BUILD- UP PROGRAM FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013’ MENEMUI BELIA DI MOTO GP MALAYSIA 2012
Disediakan oleh : Sekretariat Pengurusan Acara, KBS
SEPANG, 22 OKTOBER 2012 - Sekretariat Pengurusan Acara (SPA) telah mengadakan ‘Build-Up Program Festival Belia Putrajaya 2013’ sempena Moto GP Malaysia 2012 pada 19 hingga 21 Oktober 2012 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.
Fokus utama program ini adalah untuk memperkenalkan Festival Belia Putrajaya 2013 yang akan diadakan pada bulan Mei tahun hadapan. Festival Belia Putrajaya 2013 adalah sekuel daripada sambutan dan perayaan Hari Belia Negara 2012 yang dikenali sebagai Himpunan Jutaan Belia – Putrajaya 2012 yang telah melakar sejarah pembangunan dan pergerakan belia di Malaysia apabila mencatatkan kehadiran lebih daripada 2 juta orang belia dalam masa 5 hari perayaan tersebut.
Program selama 3 hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang hadir. Rata-rata pengunjung memberi komen yang baik terhadap penganjuran festival ini dan mengharapkan yang terbaik pada masa akan datang. Mereka juga tidak sabar menantikan Festival Belia Putrajaya 2013 yang memang banyak memberi input baik dari segi rohani dan jasmani.
Selain itu , pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin turut singgah ke khemah pameran Festival Belia Putrajaya 2013 menyatakan sokongan beliau kepada program ini.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita KBS - 19 Oktober 2012
|
KBS GUNAKAN PENDEKATAN “DARI BELIA UNTUK BELIA”
Oleh : Tajul Ariffin B Jamaludin @ Yusof ( Bahagian Dasar dan Perancangan Stratgeik KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2012 - “Kementerian Belia dan Sukan telah merancang, merangka dan melaksanakan pelbagai program belia tidak kira sama ada di dalam bandar mahu pun di luar bandar.”
“Program yang dilaksanakan di luar bandar adalah bersesuaian dengan budaya, sosioekonomi dan demografi golongan belia bagi sesuatu kawasan. Selain itu, pelaksanaan program yang lebih berfokus adalah melalui pendekatan strategik rakan kongsi kita yang utama iaitu persatuan belia di sesuatu kawasan luar bandar. Kementerian menggunakan pendekatan ‘Dari Belia Untuk Belia’ dalam melaksanakan sesuatu program.” Ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu ketika menjawab soalan lisan daripada wakil Arau, Dato’ Ismail Kassim di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Dato’ Ismail, pihaknya mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengadakan program-program yang lebih berfokus terutamanya di kawasan luar bandar.
Menurut Senator Gan, jumlah keseluruhan peruntukan KBS bagi Negeri Perlis adalah sebanyak RM1,138,410.00 melibatkan sebanyak 123 program Belia dan Sukan dengan penyertaan seramai 32,905 orang.
“Majlis Belia Negeri Perlis juga telah menerima bantuan pentadbiran daripada KBS sebanyak RM100,000.00 pada tahun 2012 berbanding RM50,000.00 pada tahun 2011 iaitu kenaikan 100 peratus.”
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.,my
|

Berita KBS - 18 Oktober 2012
|
JANJI DITEPATI, KUDAT DIKUNJUNGI
Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, UKK
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KUDAT,14 OKTOBER 2012 : “Kerajaan yang ada sekarang bukan sahaja komited melaksanakan janji, malah melaksanakannya di bawah falsafah 1Malaysia”, ujar YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Apa yang bermula sebagai sebuah konsep, dengan sokongan dan dorongan berterusan rakyat, 1Malaysia kini sudah tumbuh menjadi sebuah falsafah nasional.
“Ia benar-benar membawa inspirasi dan tenaga baru dalam usaha menyatupadukan rakyat”, tambah beliau lagi dalam ucapan perasmian sempena program Jelajah Janji Ditepati di Kudat, Sabah.
“Penerimaan rakyat terhadap falsafah 1Malaysia memberi kami (Kerajaan) semangat, kekuatan serta motivasi untuk terus mara” ujar beliau yang berpendapat pada masa sekarang terlalu banyak cabaran dan dugaan yang diterima. “Segala cabaran yang telah sama-sama kita tempuhi membawa bersamanya pengajaran tidak ternilai yang akan kami jadikan pedoman dalam memenuhi janji-janji yang telah dibuat”, tambah beliau bersemangat.
Jelajah kali ini yang pertama kali diadakan di seberang laut China Selatan menarik kedatangan lebih lima puluh ribu pengunjung. Rata-rata sokongan yang diberikan amat membanggakan. Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Kudat, nyata panorama sambutannya begitu berbeza sekali.
“Dengan sokongan anda, kami akan terus memperkenalkan banyak lagi program dan inisiatif di bawah 1Malaysia”, jelas beliau lagi. “Kesetiaan anda bersama kami dalam kembara ini sangat dihargai”, ucap beliau memberi penghargaan kepada rakyat Sabah yang sentiasa memberi sokongan.
“Perjalanan kita masih jauh dan panjang justeru itu, Kami berharap anda semua dapat bersama meneruskan kembara ini ke arah menjadikan Malaysia lebih unggul dan hebat”, harapan beliau kepada rakyat Malaysia.
Pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) turut serta dalam Jelajah janji Ditepati ini dengan menyediakan Gelanggangg Futsal 1Malaysia untuk kegunaan masyarakat Sabah.
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sempat singgah di Gelanggan Futsal 1Malaysia untuk bersama belia bermain foosball dan menyempurnakan penyerahan Gelanggang Futsal 1Malaysia.
Dalam mempromosikan gelanggang tersebut, KBS menyediakan pameran interaktif dimana pengunjung boleh melihat sendiri replika galanggang tersebut disamping menerima hadiah istimewa daripada KBS dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh petugas pameran.
Antara pengisian program itu adalah pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta, gerai jualan dan permainan aktiviti media. Turut hadir mengiringi YAB Perdana Menteri ialah Ketua Menteri Sabah, YAB. Datuk Musa bin Haji Aman.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita KBS - 17 Oktober 2012
|
EXPERIENCE AND ICONIC SAMBUTAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013.
Disediakan oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PUTRAJAYA, 16 OKTOBER 2012 – Perlaksanaan sambutan dan Perayaan Hari Belia Negara 2013 mensasarkan program-program baharu yang bakal memberikan EXPERIENCE dan ICONIC EVENT yang luar biasa kepada belia yang mengambil bahagian mahupun terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang pelancaran dan sambutan Hari Belia Negara dan Festival Belia Putrajaya 2013.
Berdasarkan sejarah sambutan dan perayaan Hari Belia Negara 2012 yang dikenali juga sebagai Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012, ianya telah melakar sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya melaksanakan lebih 500 aktiviti sekaligus mencatat kehadiran melebihi 2 juta orang belia dalam masa 5 hari dan ianya juga memberikan impak yang besar kepada seluruh lapisan masyarakat di seluruh negara, ianya juga menjadi perhatian negara-negara luar untuk turut serta berganding bahu dalam menjayakan program Karnival Belia Putrajaya 2013 yang akan dilaksanakan Mei tahun hadapan.
Menurut En. Mod Nadzri Yaacob terdapat beberapa acara ikonik (ICONIC EVENT) yang perlu diberi perhatian pada Festival Belia Putrajaya 2013 antaranya adalah Perlancaran Festival Belia Putrajaya 2013 Oleh YAB Perdana Menteri, Perarakan Mega Belia (Youth Procession), International Event (ASEAN + 3) dan World Music Fiesta.
Ini kerana acara ikonik ini adalah sebagai penarik generasi belia untuk turut sama-sama merasai bahang kemeriahan sambutan dan merasai “EXPERIENCE” dan “ICONIC EVENT” yang dijanjikan. Selain itu ia juga sebahagian daripada penanda aras kejayaan program yang akan dilaksanakan.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita KBS - 17 Oktober 2012
|
MEMBINA WATAK MELALUI PENGHAYATAN SEJARAH FORUM GENERASI MUDA 2012
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Belia
KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2012 : “Belia masa kini perlu menghayati nilai-nilai yang ada dalam sejarah supaya tidak mengulangi kesilapan lampau pada masa akan datang” ujar Dato' Zaidon Bin Hj. Asmuni, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia baru-baru ini semasa merasmikan Majlis Penutup Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2012 di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur . Seramai 100 orang peserta telah menghadiri forum yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan tema “Membina Watak Generasi Muda Melalui Penghayatan Sejarah”.
Forum kali ini melibatkan beberapa tokoh yang dikenali ramai sebagai panel, antaranya adalah Prof. Dr. Zulkanain B Abdul Rahman, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan, Fakulti Sastera & Sains, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan, Timbalan Dekan Pusat Pengajaran Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan En. Ahmad Masrizal Bin Muhammad, Pensyarah Kanan, Institut Aminuddin Baki.
Tokoh Muda yang diundang pada forum kali ini adalah Mejar Dr. Faiz B. Khaleed , Angkasawan Ke-2 Malaysia dalam membicarakan tajuk “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini”. Moderator pada sesi ini adalah En. Nazri Kahar yang merupakan wartawan dari ASTRO Awani.
Menurut Saudara Faiz, 21 yang merupakan salah seorang peserta forum berkata “Forum pada kali ini lebih mengutamakan penghayatan kepada sejarah Malaysia, kita banyak mendengar dan mempelajari bahawa kemerdekaan kita di capai dengan perbincangan diplomasi semata adalah tidak benar sama sekali.” “Ini kerana setiap kemerdekaan akan tetap terjadinya pengorbanan darah dan keringat.” “Pemahaman yang jitu kepada Pelembagaan Persekutuan adalah tunjang kepada keamanan negara kita tercinta”.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita Harian - 15 Oktober 2012
|
Pertimbang aspek kemampuan dalam skim rebat telefon.
KUALA LUMPUR: Mekanisme yang akan diperkenal oleh kerajaan mengenai rebat telefon pintar untuk belia perlu juga mengambil kira kemampuan dan kepentingan golongan berkenaan, kata Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit).
Presidennya, Mohd Ali Ibrahim berkata, ini bagi mengelak belia daripada terpedaya dengan penjual telefon yang tidak bertanggungjawab selain terlebih berbelanja untuk telefon mereka.
Selain berkata, skim itu akan menggalakkan lebih ramai belia beralih menggunakan telefon pintar, beliau turut menyamakan inisiatif berkenaan sebagai "terjun ke laut tanpa mengetahui kedalamannya".
"Persoalannya sama ada akhirnya mereka mampu membayar bil setiap bulan. Kita berharap masalah yang timbul dari permohonan kad kredit satu masa dulu, bila institusi kewangan menawar kad kredit kepada pengguna dan menyebabkan sesetengah mereka yang tidak berupaya mengawal perbelanjaan mereka menjadi bankrap, tidak akan berlaku dalam kes rebat (inisiatif) ini.
"Kita tidak mahu melihat bil telefon menjadi sebahagian besar gaji dan perbelanjaan belia-belia ini," katanya kepada Bernama.
Oleh itu Mohd Ali mencadangkan pakej terbabit mengehadkan perbelanjaan itu kepada jumlah tertentu setiap bulan.
Beliau berkata, syarikat telekomunikasi yang terbabit dalam projek berkenaan perlu menawarkan terma dan syarat yang jelas caj perkhidmatan mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam membentangkan Belanjawan 2013, mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi RM200 bagi pembelian telefon pintar untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan.
Sejumlah RM300 juta diperuntuk untuk inisiatif berkenaan yang dijangka memanfaat kira-kira 1.5 juta belia.
Dilaporkan kerajaan akan mengeluarkan mekanisme untuk melancarkan inisiatif tersebut tidak lama lagi.
Mohd Ali berkata, untuk mengelak salah guna, hanya syarikat telekomunikasi yang berwibawa perlu dilantik menyertai program berkenaan. - BERNAMA
|

Berita Kosmo - 12 Oktober 2012
|
Belia Kampung Baru, Kuala Benut dapat gelanggang futsal
KEMUDAHAN. Bagi memastikan penduduk kampung termasuk belia di Kampung Baru, Kuala Benut, Pontian, Johor dapat mengamalkan gaya hidup cergas, sebuah Gelanggang Futsal 1Malaysia dibina di kawasan itu baru-baru ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian merasmikan pembukaan gelanggang tersebut.
Beliau berharap, gelanggang itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh penduduk bagi mengisi masa lapang selain mengeratkan hubungan melalui sukan.
|

Berita Utusan - 11 Oktober 2012
|
Kecualikan nama daripada CCRIS, CTOS
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Kerajaan dicadang mengecualikan nama golongan belia daripada disemak oleh Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) dan agensi rujukan kredit, Credit Tip Of Service Sdn. Bhd. (CTOS) bagi tujuan pembelian rumah.
Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron berkata, perkara itu bagi memudahkan belia di bawah 40 tahun memiliki Rumah Mampu Milik (RMM) dan Skim Rumah Pertamaku yang ditawarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun nama disenaraihitamkan oleh institusi kewangan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu menetapkan dua syarat utama kepada pemohon iaitu mestilah belum memiliki rumah dan mempunyai pendapatan bulanan yang tetap.
''Kita mendapati ramai golongan muda tidak mampu membeli rumah sendiri kerana kekangan daripada isu nama disenarai hitam yang mungkin hanya kerana lewat pembayaran kad kredit, pinjaman kereta dan pinjaman lain.
''Jika kita mahu terus menunggu nama mereka bersih di kedua-dua agensi kewangan itu, mungkin dalam masa 10 tahun lagi pun kita tidak dapat melihat mereka memiliki rumah sendiri," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Idris berkata, pihak institusi kewangan tidak perlu bimbang untuk melaksanakan pendekatan tersebut kerana rumah merupakan harta kekal maka aset berkenaan akan menjadi cagaran kepada pihak bank yang telah memberi khidmat pinjaman bagi pembelian rumah tersebut.
Menurut beliau, berdasarkan pemerhatiannya, rata-rata golongan belia yang mengalami masalah nama disenarai hitam terpaksa menyewa rumah pada kadar antara RM500 hingga RM1,500 sebulan.
Katanya, daripada mereka mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bagi menyewa rumah, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan untuk melayakkan golongan belia memiliki rumah sendiri mengikut keupayaan kewangan bulanan masing-masing.
''Saya berharap pihak yang berkaitan dapat mempertimbangkan cadangan berkenaan. Tidak ada mana-mana pihak yang rugi dalam perkara itu," katanya.
|

Berita Bernama - 10 Oktober 2012
|
Belia Berperanan Penting Bentuk Komuniti Progresif Asean
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Asean sedang berusaha ke arah meningkatkan peranan belia dalam membantu membentuk sebuah komuniti makmur di rantau ini, kata Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff.
Dalam kenyataan bagi pihak negara anggota Asean pada Sidang Ke-67 Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Isnin, Hussein berkata Forum Belia Asean di Phnom Penh, Kemboja, April lepas mengenal pasti kesukarelaan belia sebagai satu daripada empat bidang yang boleh digunakan golongan itu untuk memberi sumbangan secara lebih aktif.
Tiga bidang lain ialah pemupukan kesedaran mengenai Asean, peningkatan kemahiran berhubung keusahawanan dan pemupukan nilai kepimpinan.
Salinan kenyataan itu dihantar kepada Bernama di sini.
Hussein berkata Asean juga meluluskan cadangan Malaysia berhubung pelaksanaan Program Sukarela Belia Asean.
Katanya program itu bertujuan menyokong usaha memajukan belia dengan menjadikan mereka golongan yang kuat daripada segi minda, berhati mulia dan bersatu padu untuk menyumbang ke arah kebaikan masyarakat di seluruh rantau berkenaan.
-- BERNAMA
|

Berita KBS - 09 Oktober 2012
|
Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan, ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
BENGKEL TWG DAN BRAINSTORMING FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 LAHIRKAN PENDEKATAN BAHARU UNTUK BELIA
SEREMBAN, 3 Oktober 2012 – Bengkel Technical Work Group (TWG) dan ‘brainstorming’ Festival Belia Putrajaya (FBP) 2013 bakal memperkenalkan pendekatan baharu dalam usaha menarik dan melibatkan lebih ramai golongan belia untuk ke festival yang baharu dijenamakan dari nama sebelumnya, Himpunan Jutaan Belia.
Dengan berlandaskan tiga aspek penting iaitu perpaduan, inovasi serta kreatif dan pengiktirafan terhadap belia, FBP 2013 menjanjikan keseimbangan dengan mengambil kira sambutan ke 50 tahun pembentukan Malaysia, Tahun Kesukarelaan dan Tahun Melawat Malaysia 2013, festival ini bakal memberi pengalaman dan keriangan baharu kepada semua pengunjungnya yang merangkumi seluruh keluarga.
Bengkel tiga hari yang dibahagikan kepada empat kumpulan antara lain mencadangkan agar FBP diadakan selama tiga hari dengan memberikan fokus kepada dua hari terakhir yang jatuhnya pada cuti hujung minggu dengan menjadikan perarakan raksasa oleh semua kontinjen sebagai salah satu acara pada malam perasmian oleh Perdana Menteri.
Selain itu, program-program keagamaan diadakan di pentas utama dan bagi memperlihatkan bahawa aspek rohani sentiasa diutamakan. Beberapa segmen dikaji semula dengan diberi jenama baharu yang lebih mesra belia.
Sekretariat Hari Belia Negara (HBN) bukan lagi dilihat sebagai bersifat sementara tetapi akan dinaik taraf sebagai satu cawangan di bawah Bahagian Pembangunan Belia supaya ia boleh memainkan peranan yang lebih berkesan disamping menjadi urus setia kepada program-program utama Kementerian.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk membincangkan dan secara tidak langsung untuk memperbaiki setiap kelemahan program-program yang telah dijalankan sebelum ini. Perbincangan ini meliputi ‘Post Moterm’ Hari Belia Negara (HBN) dan Himpunan Jutaan Belia 2012, ‘Post Moterm’ Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri, ‘Brainstorming’ Konsep Perlaksanaan dan Aktiviti Festival Belia Putrajaya 2013 dan ‘Brainstorming’ Kearah Menginstitusikan (Institionalize) Sekreteriat HBN.
Segala usul atau cadangan dibentangkan kepada Timbalan Ketua Setiauasaha (Antarabangsa dan Pengurusan), Dato’ Jamil Salleh dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Hajah Hatipah Haji Ibrahim sebelum diserahkan kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita Utusan - 08 Oktober 2012
|
Sarawak sedia wujudkan Majlis Perundingan Belia negeri
KUCHING 7 Okt. - Sarawak bersedia mewujudkan Majlis Perundingan Belia (MPB) negeri sebagai platform memantapkan rangkaian kerjasama menerajui cabaran pembangunan kepimpinan belia.
Menteri Muda Pembangunan Belia negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, MPB merupakan pentas terbaik untuk golongan belia menyuarakan idea, pendapat dan pendirian atas pelbagai isu pembangunan negara serta antarabangsa.
Katanya, rancangan tersebut masih dalam peringkat perbincangan antara Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) negeri dengan Kementerian Belia dan Sukan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_%26_Sarawak/20121008/wb_04/Sarawak-sedia-wujudkan-Majlis-Perundingan-Belia-negeri#ixzz28fj0yaC9 © Utusan Melayu (M) Bhd
|

Berita KBS - 05 Oktober 2012
|
Disediakan Oleh: Hafizan bin Ahmad, Bahagian Pembangunan Belia
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
USAHAWAN PERLU LEBIH HOLISTIK DALAM MEMBENTUK BELIA YANG DINAMIK
KEDAH, 3 Oktober, - Satu program penggalakan usahawan belia telah diadakan selama 4 hari yang berlangsung di Cinta Sayang Resort, Kedah. Kursus ini memberi tumpuan khasnya kepada peminjam Tabung Ekonomi Belia. Program ini mendapat sambutan hangat daripada belia zon timur melibatkan seramai 40 orang belia bagi memantapkan “Proper Plan” untuk mecapai satu tahap keberhasilan keuntungan yang tinggi dalam perniagaan yang diusahakan.
Sebagai Usahawan Belia KBS, pertimbangan keseluruhan jenama atau imej syarikat perlu merentasi seluruh Negara dan bermatlamat jangka panjang termasuk dari segi gaya pengiklanan produk, seni kejurujualan mahupun dari segi aspek pengurusan aset syarikat.
Oleh sebab yang demikian usahawan yang cemerlang haruslah sentiasa berfikiran glokal dan global supaya hasil produk belia Kementerian Belia dan Sukan ini mampu menyaingi dan menembusi pasaran ke luar negara.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita KBS - 02 Oktober 2012
Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, (Unit Komunikasi Korporat, KBS) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
‘BRAINSTORMING’ KE ARAH MENGINSTITUSIKAN HARI BELIA NEGARA
SEREMBAN, 1 Oktober 2012 : “Kejayaan Hari Belia Negara (HBN) ialah bagaimana kita membina pengalaman kepada para belia yang hadir supaya apabila mereka pulang mereka akan mengatakan bahawa tidak ada sambutan hari lain seperti Sambutan Hari Belia ini”, ujar Y.B. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek.
“Experience merupakan satu brand kepada sambutan Hari Belia Negara ini”, tambah beliau lagi sewaktu merasmikan Technical Working Group dan Brainstorming Festival Belia Putrajaya 2013 di Royale Bintang Hotel, Seremban. Bengkel ini antara lain membincangkan hal-hal berkaitan sambutan Hari Belia Negara pada tahun lepas dan merencanakan pelaksanaan Festival Belia Putrajaya 2013.
Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah; Mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak terhadap pelaksanaan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012; Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan Himpunan Jutaan Belia-Putrajaya Mei 2012 untuk meneruskan program yang akan datang dan; Mendapatkan idea baru ke arah pendekatan kepada pelaksanaan Festival Belia Putrajaya 2013. Peserta bengkel juga adalah dari kalangan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Belia dan Sukan.
Bengkel selama tiga hari ini yang bakal menutup tirainya pada hari Rabu (3 Oktober 2012) diharapkan dapat mencari segala kelemahan penganjuran pada tahun sebelumnya dan dilakukan penambahbaikan untuk penganjuran Festival Belia Putrajaya 2013.
“Antara cabaran-cabaran yang harus anda semua(peserta) hadapi adalah bagaimana kita nak menjadikan festival seperti ini mempunyai ‘ritual’ yang sama tetapi aktiviti yang berbeza bahkan adalah lebih hebat lagi”, saranan beliau kepada para peserta merujuk kepada tema Hari Esok Adalah Lebih Baik Dari Hari Ini. Beliau juga mengakui terdapat banyak kesilapan dan isu-isu yang tidak sepatutnya merencatkan perjalanan atau objektif penganjuran sambutan Himpunan Jutaan Belia pada tahun lepas.
Antara kelemahan yang dikenalpasti dan diberi penekanan ialah mengenai komunikasi, hebahan dan penerangan. Justeru itu beliau mengingatkan agar dengan segala kemajuan yang ada pada hari ini kita hendaklah menggunakan kemudahan itu sebaik-baiknya.
Antara tetamu yang hadir adalah; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Mohid bin Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan), Datuk Jamil bin Salleh dan; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Puan Hatipah Binti Haji Ibrahim
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita KBS - 28 September 2012
Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM)
Oleh: Junaidin Bardin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
XPRESI BELIA PAMER KEHEBATAN DUA NEGARA
PUTRAJAYA, 26 September 2012 – Program Xpresi Belia yang diwujudkan berjaya merapatkan hubungan dua hala bagi mempertingkatkan pembangunan di kedua-dua negara di antara Malaysia dan China di samping membuka lebih luas untuk belia dari kedua-dua negara meneroka gaya kepimpinan dan cara hidup masyarakat negara ini.
Program yang diwujudkan sempena program pertukaran Belia Antarabangsa Malaysia-China yang melibatkan 100 belia dari negara Tembok Besar itu sebagai lawatan balas hasil kunjungan belia Malaysia ke negara itu Mei lalu.
Program yang berakhir hari ini diadakan di Dataran Gemilang Putrajaya malam tadi setelah sepuluh hari mereka di bawa menjelajah sambil mengenali kehidupan masyarakat dan belia negara ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua negara yang sudah sedia terjalin.
Turut sama dalam program ini ialah daripada seramai 350 pelajar dari beberapa buah Institut Penggajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan seperti Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM), Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Sukarelawan rakan muda.
Di antara aktiviti yang di anjurkan dalam program Xpresi Belia ini ialah “Pertandingan Teamwork My Park”, Cyber game (counter strike), paintball, Mini Archery dan karom. Lebih menarik lagi diadakan perlawanan setiap permainan membabitkan belia kedua-dua negara.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita IPPBM - 18 September 2012
Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
HARI MESRA IPPBM BERSAMA MEDIA MERIAH!
16 SEPTEMPBER 2012 Putrajaya – Bersempena dengan Hari Malaysia yang lalu, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah mengadakan inisiatif untuk mengadakan Program Hari Mesra IPPBM Bersama Media yang julung kali diadakan di Power Bowl, Alamanda, Putrajaya. Program yang berbentuk perlawanan bowling persahabatan ini bertujuan untuk meningkatkan jalinan kerjasama antara IPPBM dan media serta menambahkan lagi jaringan penyebarluasan maklumat di kalangan pihak media.
Program yang dihadiri seramai 25 wakil media dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Junaidy Bin Abd Wahab, Pengerusi Lembaga Pengarah IPPBM. Sebanyak 12 kumpulan telah bertanding dalam perlawanan persahabatan ini yang dibentuk dari 3 orang peserta yang terdiri daripada staff IPPBM dan wakil - wakil media.
Sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan iaitu berkumpulan dan individu wanita/lelaki. Bagi kategori berkumpulan, juara telah membawa pulang wang tunai berserta piala iringan yang dimenangi oleh Kumpulan 10 yang terdiri oleh Dr Wasitah (IPPBM), Abd. Rani (RTM) dan Mustakim (RTM). Naib juara jatuh pada kumpulan 11 yang terdiri oleh Hj Zakariah (IPPBM), Afifi Hafiz (Kosmo) dan Zainal Abidin (Bernama) dan Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 7 yang terdiri oleh Muhammad Safwan Saidon (DBP), Siti Sarah (Sinar Harian) dan Shahromnizam (IPPBM).
Manakala untuk kategori individu wanita, juara disandang oleh Siti Sarah (Sinar Harian) dengan jatuhan pin sebanyak 526 yang membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berserta piala iringan. Naib juara telah dimenangi oleh Syarina Tiara (Sinar Harian) dengan jatuhan pin sebanyak 473 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Noor Sila (NTV7) dengan jatuhan pin sebanyak 413. Untuk kategori individu lelaki, juara telah membawa pulang wang tunai beserta piala iringan dimenangi oleh Zainal Abidin (Bernama) dengan jatuhan pin sebanyak 545. Naib juara disandang oleh Abd Rani (RTM) dengan jatuhan pin sebanyak 529 dan Ricky Yap (NSTP) terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 491. Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Wasitah Bt Hj Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM.
Program Hari Mesra IPPBM bersama Media ini diakhiri dengan sesi bergambar di antara warga kerja IPPBM dan wakil – wakil media. Program tamat pada jam 4.30 petang.
|

|
Berita KBS - 18 September 2012
Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
UTC KUALA LUMPUR SEDIA PUSAT AKTIVITI SETEMPAT UNTUK BELIA
KUALA LUMPUR, 13 September 2012 – Warga kota Kuala Lumpur terutama golongan belia kini boleh mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti bermanfaat dengan kemudahan fasiliti yang tersedia di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang atau lebih dikenali sebagai Y-Centre, Aras 4, Pudu Sentral di sini.
Y-Centre merupakan salah satu daripada kemudahan yang disediakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuala Lumpur (KL) iaitu di bangunan Pudu Sentral. Atau dahulunya di kenali sebagai Hentian Pudu raya . UTC ini adalah yang kedua di negara selepas pembukaan rasmi Bangunan UTC Melaka oleh Perdana Menteri pada 23 Jun lalu.
Menurut, Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, “UTC merupakan salah satu daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan di kawasan bandar dalam suasana selesa, cekap, cepat dan mudah dicapai oleh segenap lapisan masyarakat,“ di Majlis Pra-Pelancaran UTC Kuala Lumpur di sini hari ini.
Majlis Pra Pelancaran hari ini bertujuan untuk meninjau perjalanan di UTC Kuala Lumpur sebelum perasmiannya oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak pada 22 September nanti.
Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Bin Talib.
Beliau kemudiannya meluangkan masa hampir 20 minit melawat dan mencuba pelbagai kemudahan yang disediakan Y-Centre. Ketika ditemubual, beliau mengucapkan tahniah dan berpuas hati dengan kemudahan yang menyediakan begitu banyak aktiviti yang boleh disertai oleh masyarakat terutama golongan belia. Ujarnya lagi, Y-Central akan menjadi salah satu tarikan kepada golongan belia untuk datang ke UTC Kuala Lumpur.
Y-Centre menyediakan pelbagai kemudahan seperti kiosk informasi, gelanggang futsal, Gimnasium Rakyat, Studio Aerobik, Siber Kafe, ‘Wall Climbing’, permainan sukan dalaman seperti ping pong, pool, dam aji, dam Cina dan karoom.
Selain Y-Centre, terdapat 31 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) ditempatkan di aras dua, tiga dan empat bangunan UTC Kuala Lumpur seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia Berhad, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan banyak lagi.
Manakala di aras bawah bangunan pula menempatkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia.
UTC Kuala Lumpur termasuk Y-Centre dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita KOSMO - 12 September 2012
Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN dan JUNHAIRI ALYASA Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Usaha lahirkan generasi berkualiti
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan bagi memperkasa bidang pendidikan dan melahirkan generasi berkualiti.
Menurut beliau, melalui pelan itu, penekanan akan diberi kepada melengkapkan generasi muda dengan enam kualiti iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta memiliki identiti kebangsaan.
“Sebagai sebuah negara kita telah berjaya menangani masalah buta huruf diikuti dengan cara kita menangani era ekonomi berasaskan pertanian dan perindustrian.
“Bagaimanapun, ekonomi baharu pada masa akan datang memerlukan rakyat kita menguasai ilmu, teknologi dan inovasi. Justeru, kita perlu menyediakan anak-anak kita untuk pekerjaan yang belum wujud lagi pada hari ini,” katanya ketika melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran serta menteri-menteri Kabinet.
Laporan pelan pembangunan itu dihasilkan selepas Kementerian Pelajaran membentuk Panel Dialog Pendidikan Negara yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Wan Zahid Wan Noordin dan kemudian menerima sebanyak 7,039 syor daripada 12,000 peserta menerusi siri jelajah di seluruh negara.
Laporan itu kemudian dinilai oleh Panel Bebas Malaysia dan Antarabangsa, selain mendapat input daripada kajian yang dijalankan institusi pengajian tinggi tempatan, Bank Dunia serta Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Dalam pada itu, menurut Perdana Menteri, salah satu anjakan penting dalam pelan tersebut adalah memastikan penguasaan pelajar dalam bahasa Malaysia dan Inggeris serta bahasa ketiga.
“Setelah 55 tahun kita menyambut kemerdekaan, kita mesti pastikan setiap rakyat Malaysia boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik.
“Kalau tidak boleh tulis dengan baik sekurang-sekurangnya dari segi pertuturan, percakapan dan sebutan dengan baik dan ini kita mahu tegaskan dalam semua jenis sekolah dan ia bukan soal politik tetapi soal nasional,” katanya.
Beliau menjelaskan, keupayaan menguasai bahasa Inggeris merupakan satu keperluan dan boleh menjadi aset penting kepada seseorang pelajar.
“Saya fikir kalau belajar dalam bahasa tersebut kita mesti mengajar kesusasteraan Inggeris di sekolah tetapi ia mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau meminta supaya pelajar menguasai lebih banyak bahasa supaya dapat bersaing di peringkat global.
“Bukan setakat dua bahasa sahaja, kalau ada kemampuan ambil tiga bahasa.
“Saya sendiri galak anak saya belajar bahasa Mandarin sebab kita mahu persaingan dalam ekonomi global,” katanya.
Menurut beliau, melalui pelan transformasi pendidikan yang akan berlangsung selama 13 tahun itu, kerajaan mahu semua rakyat mendapat pendidikan terbaik dan merealisasikan potensi yang dimiliki tanpa mengira etnik, latar belakang dan keupayaan fizikal.
Najib berkata, untuk memastikan rakyat negara ini memiliki masa depan yang lebih baik, para pemimpin di semua peringkat perlu mempunyai keberanian untuk mengetepikan politik daripada bidang pendidikan.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita sentiasa menangani pendidikan sebagai isu yang melangkaui politik dan telah memperuntukkan jumlah bajet yang signifikan untuk pendidikan iaitu sebanyak RM37 bilion pada tahun 2012,” ujarnya.
Katanya, kerajaan mengambil sikap bertanggungjawab dengan berani mengakui kelemahan yang ada dalam sistem pendidikan dan kemudian berusaha merencana hala tuju yang lebih baik.
“Kita tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah jika kita dicengkam denial syndrome (sindrom penafian). Kita memerlukan penyelesaian yang kreatif dan inovatif,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Najib memberi jaminan bahawa pelan tersebut akan menyasarkan kepentingan semua sekolah dalam sistem pendidikan negara seperti sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, sekolah mubaligh, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.
|

|
Berita Utusan - 11 September 2012
Oleh MOHD SAIFUL MOHD SAHAK Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Berintegriti didik anak bangsa.
Bakal guru digesa supaya tidak melihat isu integriti sebagai sesuatu yang remeh sebaliknya konsep itu perlu dipertingkatkan apabila memulakan tugas sebagai pendidik kelak.
Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Shaari Osman berkata, dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang.
Justeru, katanya, konsep itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam mendidik dan kebolehupayaan melaksanakan tugas mereka.
"Kita ingin melihat bahawa konsep integriti ini bukan hanya dilihat sebagai usaha untuk mencegah rasuah dan sebagainya sebaliknya ia dilihat sebagai satu elemen yang mampu memberi kesan mendalam kepada bakal guru-guru di institut ini.
"Pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak dengan penuh integriti, kita yakin ia mampu melonjakkan tahap pendidikan negara," katanya.
Belia berkata demikian ketika berucap pada majlis Seminar Integriti Warga Pendidik IPG Kampus Ilmu Khas di kampus itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Shaari berkata, tugas menyemarakkan integriti dalam masyarakat perlu dipikul oleh semua pihak terutamanya warga pendidik.
"Kita mahu melihat supaya sekolah dijadikan sebagai tempat lahirnya golongan berintegriti hasil didikan bakal-bakal guru di institut ini . Kita yakin sekiranya komitmen ini diberikan usaha ini akan mencapai matlamatnya," katanya.
Beliau berkata, guru juga perlu bersedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan seiring keperluan semasa yang mencabar.
|

|
Berita KOSMO - 07 September 2012
Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR, SAHLIZAH MOHAMED dan MUHAMMAD MAHFUZ MOHAMAD Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
15,000 hadir sambutan Aidilfitri KBS
KUALA LUMPUR – Sambutan rumah terbuka Aidilfitri 2012 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meriah dengan kehadiran lebih 15,000 pengunjung pada majlis yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini semalam.
Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri yang serentak dengan Hari Bertemu Pelanggan KBS itu memberi peluang kepada belia untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan dengan para pegawai kementerian.
Antara tetamu yang hadir ialah pemimpin dan ahli persatuan-persatuan belia, gabungan Majlis Belia Malaysia serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.
Selain itu, kehadiran pemenang pingat gangsa Olimpik 2012, Pandalela Rinong Pamg dan bekas pemain skuasy negara, Mohd. Azlan Iskandar turut memeriahkan lagi majlis rumah terbuka itu.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sambutan itu menggambarkan keindahan rakyat Malaysia terutama sekali kerana ia melibatkan anak muda dan belia.
“Alhamdulillah sambutan begitu meriah dan ceria sekali, ini menggambarkan keindahan Malaysia. Anak mudanya datang beramai-ramai dari pagi... suasananya begitu menggembirakan,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Senator Gan Ping Sieu.
Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan beberapa artis tempatan termasuk Awie, Black, Jimmy Palikat, Mr. Os, Mila dan Yazer AF manakala Sharifah Shahira dan Ebby Yus bertindak sebagai pengacara.
Sebanyak 40 buah gerai disediakan yang menawarkan pelbagai jenis juadah dari seluruh negara seperti nasi dagang, sate, nasi beriani, laksa Johor, keropok lekor, roti jala, lemang, rendang dan aneka minuman.
|


|
Berita KBS - 05 September 2012
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
55 TAHUN MERDEKA , JANJI DITEPATI PENUH WARNA WARNI
KUALA LUMPUR, 31 OGOS 2012 – Bertemakan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 tahun ini penuh dengan kemeriahan dan kelainan telah melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pelajar IPT dan sekolah juga persatuan-persatuan Belia.
Acara perarakan yang bermula seawal jam 8.00 pagi sebaik sahaja ketibaan DYMM Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di Dataran Merdeka hari ini.
Perarakan yang penuh gilang-gemilang dan warna warni didahului dengan pasukan yang membawa Jalur Gemilang iaitu terdiri daripada Pelatih-pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Salah satu kelainan kali ini adalah perarakan kontinjen pegawai-pegawai tinggi kerajaan sebagai tanda sokongan dan komitmen mereka terhadap Hari Kemerdekaan ke 55 tahun ini.
Pelbagai persembahan menjadi tatapan pengunjung dengan segmen-segmen yang menghiburkan tetamu yang hadir serta padat dengan informasi. Pasukan formasi dan tarian kali ini juga dimeriahkan dengan pelbagai lagu patriotik yang kini sering berkumandang di stesyen-stesyen radio di tanah air, baik radio kerajaan mahupun swasta.
Warga Malaysia khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur telah mula mambanjiri Dataran Merdeka seawal jam 7.00 pagi. Kemudahan pengangkutan awam menjadi pilihan pengunjung bagi mengurangkan kesesakan lalulintas yang sediada di ibu kota.
Menurut seorang pengunjung, Saiful Rizman, 23 beliau telah mendapat maklumat berkaitan penutupan jalan melalui sebuah laman web dan mengambil inisiatif untuk menaiki pengangkutan awam iaitu LRT ke Dataran Merdeka bagi tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara bersejarah ini.
Acara Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 tahun ini diakhir dengan ucapan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Disunting oleh : Haji Sulaiman Abd Manan, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita Metro - 29 August 2012
SESI PENERANGAN iM4u DITERUSKAN
SUBANG JAYA: Sesi penerangan mengenai penubuhan 1Malaysia For Youth (iM4u) kepada golongan belia akan diteruskan bagi memberikan kefahaman mengenai usaha kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif kepada generasi muda di negara ini.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, langkah itu adalah tindakan susulan yang perlu dilakukan bagi memastikan belia menikmati apa juga kemudahan disediakan kerajaan tanpa sebarang kekeliruan.
Menurutnya, kerjasama antara KP1M dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Belia 4B akan dijalinkan bagi tujuan itu dan ia merangkumi tindakan menyeluruh membabitkan penyertaan belia di negara ini.
“Ia juga bertujuan menggalakkan belia menceburi kegiatan kesukarelawanan menerusi penubuhan Dana khas Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) dengan peruntukan disediakan RM100 juta di bawah iM4u seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada media pada majlis perasmian bangunan kantin baru dikenali Anjung Twelveans di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 12, di sini, semalam.
|

|
Berita IPPBM - 15 August 2012
MERDEKA RAYA DARIPADA WARGA IPPBM
Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PUTRAJAYA, 14 Ogos 2012 – Seluruh warga kerja Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ( IPPBM ) merakamkan setinggi –tinggi penghargaan dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran dan Hari Kebangsaan ke-55 kepada semua warga Kementerian Belia dan Sukan dan belia di seluruh Negara.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Wasitah Haji. Mohd Yusof dan seluruh warga kerja IPPBM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 kepada seluruh warga KBS, agensi-agensi serta belia di seluruh negara serta keluarga masing-masing.
Dalam menantikan kehadiran kedua-dua perayaan ini, warga kerja IPPBM mengadakan gotong royong menghiasi pejabat mereka dengan bendera dan hiasan sambutan Aidil Fitri bagi membangkitkan mood kedua-dua perayaan itu dikalangan mereka.
Dr. Wasitah juga mengingatkan agar warga KBS yang ingin pulang ke kampung agar sentiasa berhati-hati di sepanjang perjalanan dan semoga dapat kembali bertugas dengan selamat dan ceria. Katanya, pengguna jalanraya tidak perlu terburu-buru sewaktu dijalan raya dan sentiasa mematuhi setiap arahan yang ditetapkan.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |

|
Berita KBS - 13 August 2012
KBS – NASIONAL FM BAKAL GEGAR PENDENGAR DI HARI RAYA NANTI
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
BUKIT KIARA, 8 OGOS 2012 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Nasional FM bakal menggegarkan pendengar radio pada hari raya nanti menerusi rancangan Gegar Raya KBS - Nasional FM yang telah selesai rakamannya hari ini.
Rancangan kira-kira dua jam itu dipenuhi dengan pelbagai celoteh dari atlet-atlet sukan negara seperti Azlan Iskandar, Khairul Anuar Mohamad, Dato’ Malek Noor, pengulas sukan, Dato’ Haji Hasbullah Awang, Haji Abdulah Hashim, ikon belia, Dr. Nawwar Ariffin, pengurusan tertinggi KBS, Ketua Setiausahanya, Dato’ Mohid Mohamed dan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri yang bertanggungjawab.
Beberapa artis baharu dan lama turut menghiasi rancangan ini seperti Haziq AF, Hasnol Rahmat, peserta program realiti, Asmidar dan penyanyi yang terkenal dengan lagu Musliha dan Gadis Melayu iaitu Othman Hamzah serta persembahan beberapa lagu Hari Raya oleh pengurusan tertinggi KBS.
Rancangan yang dihoskan DJ Iwan dan DJ Hamami dari Nasional FM pertama kali melibatkan KBS dalam usaha membawa pendengar berkongsi pengalaman dan cerita mengenai sambutan Aidil Fitri oleh mereka yang terlibat dalam bidang sukan, kemasyarakatan dan pengurusan belia serta sukan.
Dato’ Sri Ahmad Shabery berkata, kerjasama dua hala ini membolehkan program pembangunan belia dan sukan diberikan publisiti supaya golongan belia sentiasa mendapat maklumat yang terkini mengenai kedua–dua bidang itu.
Beliau dan Dato’ Mohid turut menyanyikan lagu raya mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton yang menyaksikan rakaman itu.
Disunting oleh : Idris bin Hussin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita KBS - 10 August 2012
MENJADIKAN SUKAN SEBAGAI SATU TARIKAN
PUTRAJAYA, 9 Ogos 2012 : Menggunapakai konsep sukan sebagai satu industri, KBS kini mengorak lebih ke hadapan dalam merancakkan lagi pembangunan industri sukan di Malaysia. “Sukan bukanlah satu perkara yang menggunakan fizikal semata-mata, ianya juga melibatkan bagaimana menggunakan sukan itu untuk menjana pendapatan”, ujar YB. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek dalam amanatnya sempena Perhimpunan Mesra Bulan Ogos 2012 di Dewan Podium B KBS.
“Berbeza dengan negara-negara maju lain di dunia, budaya di Malaysia nyata berbeza”, tambah beliau lagi. Merujuk kepada acara besar yang sedang berlangsung sekarang iaitu Sukan Olimpik London 2012, beliau mengambil contoh bagaimana peminat sanggup datang dari satu venue ke venue yang lain dengan hanya berjalan kaki sahaja dan mengambil masa lebih sejam, “Jadi jika perkara ini berlaku di Malaysia, adakah anda rasa peminat akan datang menonton?”, seloroh beiau.
Beliau turut menitikberatkan bagaimana ingin menjadikan sesuatu sukan itu menarik dan dalam erti kata yang lain bagaimana untuk mempertingkatkan nilai tarikan itu sendiri.”Sports is not only about Physical Activity but also an Entertainment”. Ujar beliau lagi. Sukan juga sebenarnya mempengaruhi nilai tarikan itu sendiri seperti Sukan Bolasepak. Ramai orang yang berebut-rebut untuk menjadi seorang pemain bolasepak kerana sukan itu sendiri yang sememangnya popular.
Tidak kurangnya dengan atlit itu sendiri, “Sebagai contoh bagaimana peminat di Olimpik London sanggup membayar dengan harga yang tinggi dan bersesak-sesak hanya untuk melihat Usain Bolt berlari 200 meter hanya dalam masa 10 saat, sedangkan mereka masuk ke stadium 2 ke 3 jam lebih awal”. Dan inilah kuasa tarikan yang dimiliki oleh seseorang atlet itu.
Beliau menambah, “Kekuatan pada sukan itu ialah Peminatnya atau pun Penyokongnya”. Bagaimanakah akan berlaku sekiranya sukan itu berlangsung tetapi tiada orang yang menyaksikannya maka sukan itu akan dilabel sebagai ‘mati”. Selain itu, peminat juga adalah salah satu medium perangsang bagi atlet untuk beraksi dengan lebih cemerlang.
Mengulas mengenai acara perhimpunan bulanan kali ini, beliau berkata “Perhimpunan kali ini adalah perhimpunan paling ceria sepanjang perkhidmatan saya di KBS”. Mengambil tema Hari Raya dan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 sememangnya perhimpunan kali ini ini agak berlainan dari sebelum ini. Dengan susun atur hiasan dalam dewan yang menarik dan penggunaan props di pentas cukup menceriakan suasana. Perhimpunan kali ini dianjurkan bersama oleh Bahagian Pembangunan Belia dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Antara acara yang diadakan sewaktu perhimpunan ialah Tayangan Video Imbasa Program sepanjang ulan Julai 2012, Sketsa ‘Balada Merdeka’, Penyampaian Kit kepada pegawai baru, Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Julai 2012, Penyampaian Sijil Pencapaian Penarafan 5 Bintang Pusat Tauliah IKBN, Pelancaran Kea rah Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi IKBN seluruh Malaysia, Penyerahan Sumbangan kepada Sekolah Komuniti Pelarian Somalia, Penyampaian Kad Ulang Tahun Kelahiran Warga KBS dan Penyerahan Jalur Gemilang kepada JBS Negeri-negeri / IKBN / Agensi-agensi.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita KBS - 9 August 2012
Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, UKK.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1M4U: SUKARELAWAN TIDAK MENGIRA TEMPAT
SELANGOR, 15 Julai 2012 : “Terima kasih kerana sudi datang dan menganjurkan program di tempat kami ini,” demikian ucap salah seorang penduduk kampung orang asli Hulu Kuang, Selangor. Bersempena dengan program sukarelawan 1Malaysia For Youth (1M4U) baru-baru ini.
Kampung Orang Asli Hulu Kuang didiami hampir 400 penduduk adalah antara 16 lokasi yang menjadi tumpuan bagi menjalankan kerja-kerja kesukarelaan.
Aktiviti kesukarelaan yang dijalankan di sini adalah gotong-royong membersihkan kawasan padang dan kawasan sekitar kampung, membersihkan surau, mengemas dan mengecat Balai Raya. Program sukarela di kawasan ini melibatkan para sukarelawan dari UKAS (UEM Group) dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).bvnhjh
Antara tetamu kehormat yang turut serta dalam menjayakan program ini ialah Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Tuan Haji Sa’ari bin Salleh yang turut bersama-sama sukarelawan mengerah keringat membantu penduduk.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Kuang, Tuan Abdul Shukor bin Idros. Dalam ucapan perasmian, beliau berkata “Dengan keadaan kampung yang agak jauh dari hiruk pikuk pembangunan, inilah masanya kita membantu mereka yang memerlukan.”
Tambah beliau lagi “keadaan kampung yang agak terpencil menyukarkan mereka untuk berhubung dengan dunia luar dan program sebegini merupakan alternatif terbaik untuk mereka mendekatkan diri dengan masyarakat dan pemimpin.
|

|
Berita KBS - 7 August 2012
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
rAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
BELIA PERLU KELUAR DARI KEPOMPONG UNTUK HASILKAN KEJAYAAN
KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2012 – Golongan belia hari ini perlu keluar dari kepompong yang membelenggu diri masing – masing dan merebut segala peluang yang terhidang untuk mereka.
Sikap tunggu dan lihat dianggap sudah lapuk dan hanya boleh merugikan diri sendiri kerana dalam arus peredaran masa hari ini segalanya bergerak pantas dan tidak akan menunggu sesiapa.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Hatipah Haji Ibrahim, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan enam inisiatif yang perlu direbut oleh golongan belia mengikut gaya hidup atau kesesuaian mereka sendiri.
Katanya, penubuhan Parlimen Belia dan Ikon Belia dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada golongan muda kerana kerajaan sentiasa mahu mendengar suara dan isi hati orang muda dalam program pembangunan negara. Sumbangan generasi–Y itu dianggap penting kerana dalam usaha merencanakan program masa hadapan, setiap keperluan belia diambil kira dan diberikan keutamaan.
“Kerajaan sentiasa prihatin dan mahu mendengar suara hati belia dan kita mempelawa golongan belia ini supaya berkongsi pendapat atau pandangan disamping segera meneroka peluang yang disediakan tanpa bertangguh-tangguh atau bersikap tunggu dan lihat,” ujarnya ketika menjadi tetamu di rancangan Terus Terang terbitan Radio Nasional FM di Angkasapuri di sini hari ini.
Golongan belia juga mempunyai tanggungjawab untuk menangkis segala persepsi negatif yang sering dilemparkan terhadap mereka walaupun ia cuma membabitkan sebilangan kecil daripada mereka. Mereka perlu bangkit untuk menafikan segala tohmahan atau pandangan sinis tersebut dengan bersama-sama melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada negara, agama dan bangsa.
Disunting oleh : Idris bin Hussin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita KBS - 6 August 2012
Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, UKK
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
SANTAI SAHUR DEKATKAN BELIA BERSAMA IKON
CYBERJAYA, 1 Ogos 2012 : “ Ramai orang yang mengambil mereka sebagai idola sewaktu mereka berada di puncak kejayaan tetapi lupa bagaimana idola itu bersusah payah untuk sampai ke tahap ini ”. Memetik ucapan YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali bin Haji Ibrahim dalam ucapan Program Santai Sahur bersama Ikon Belia sempena majlis perasmian Cafe Killeny di Cyberjaya.
Menurutnya lagi, program ini adalah salah satu aktiviti turun padang sebagai inspirasi kepada rakyat dan sebagai manifestasi dasar kerajaan dalam menggalakkan penyertaan volunteerism di kalangan para belia. Ikon Belia berkonsepkan belia menjadi inspirasi/idola kepada belia yang lain. Inisiatif ini berdasarkan model 5I dalam keusahawanan iaitu, Inspire (Inspirasi), Intent (kesungguhan), Information (Maklumat), Implementation (Pelaksanaan) dan Investable (nilai pelaburan).
“Telah menjadi hasrat kerajaan dalam menjadikan program seperti ini sebagai medan untuk para belia menyuarakan cadangan dan pendapat mereka agar tidak timbul lagi masalah dalam sistem penyampaian supaya belia tidak terlibat dalam saluran yang negatif”, tambah beliau lagi.
Program yang berbentuk santai dan ceria ini meriah dengan kehadiran pengunjung biarpun terpaksa dimulakan dengan agak lambat pada jam 11.00 malam. Program yang menampilkan dua orang Ikon Belia dari bidang yang berbeza cukup memukau dengan idea dan pengalaman mereka yang menarik serta memberikan satu pengetahuan kepada para hadirin. Kedua-dua Ikon Belia itu ialah Dr. Mohammad Nawar bin Ariffin dan Mohd Azlan bin Iskandar. Dengan adanya program seperti ini, ianya boleh menyumbang kepada perkembangan persekitaran atau jaringan sosial belia yang memberi energi positif.
Memetik ucapan YB. Dato’ Razali, Dr. Muhammad Nawwar berkata, “Sememangnya saya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh YB. Dato’, ramai orang yang mengambil idola mereka ketika berada di puncak kejayaan sedangkan mereka tidak tahu betapa Individu yang menjadi Idola ini terpaksa berkorban untuk berada seperti mana sekarang”. “Pengalaman itu menjadikan sesorang itu matang dan terus tidak menoleh ke belakang”, ujarnya yang merupakan seorang doktor di Jabatan Orthopedic, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Menceritakan pengalamannya ketika dalam misi volunteerism sewaktu berada di Darfur, beliau ternyata merasa syukur dengan apa yang dinikmati pada hari ini. Beliau yang juga pernah menyertai program kemanusiaan ketika gempa bumi di Padang, Indonesia pada tahun 2009 turut menekankan bagaimana untuk menjadi seorang yang ikhlas dalam menjalankan satu-satu pekerjaan supaya apa yang kita lakukan tidaklah menjadi sia-sia.
Pandangan yang sama diutarakan oleh seorang lagi Ikon, Azlan Iskandar; beliau menceritakan bagaimana beliau terpaksa menangguhkan pengajian beliau untuk menjalani latihan di England. “Sememangnya itulah pegorbanan yang terpaksa dihadapi”, ujarnya yang pernah memegang ranking antara 10 pemain terbaik dunia dalam sukan skuasy.
Program yang diserikan dengan persembahan muzik akustik oleh kumpulan anak muda dari Gombak, Selangor yang menggelarkan diri mereka, Band Budak Gila.
Turut hadir dalam program ini adalah Dato’ Dr. Ahamd Ramzi Mohamad Zubir, Pengerusi Eksekutif Estinwira Sdn. Bhd.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |

|
Berita IPPBM - 02 Ogos 2012
Oleh: Mohd Nor Aimullah saleh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
MALAYSIAN YOUTH CYBER CONFERENCE 1.2
28 Julai 2012 (Sabtu) – Malaysian Youth Cyber Conference 1.2 atau lebih dikenali sebagai MCC yang telah di adakan di Hotel Seri Malaysia, Kulim Kedah pada 28 Julai 2012 lalu melibatkan lebih 100 orang blogger-blogger dan juga penggodam atau lebih dikenali sebagai ‘hackers’. Peserta terdiri daripada zon utara dan juga wakil daripada lain-lain negeri seperti zon selatan, zon timur dan zon tengah. Program ini juga mendapat tajaan dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) di bawah usaha VyREC dengan anjuran bersama Information Teknology Youth Malaysia (ITYM),SENYAP White & Black Hat Division.
Program ini merupakan kesinambungan dari Malaysian Youth Cyber Conference 1.0 & 1.1 yang telah dilaksanakan pada 12 Mei 2012 dan 30 Jun 2012 yang lalu. Program MCC kali ini memberi pendedahan yang berkonsepkan “Dunia Teknologi dan Islam” telah menarik perhatian ramai yang hadir semasan sesi forum tersebut diadakan. Turut diadakan majlis berbuka puasa dan diikuti solat terawih berjemaah.
Program ini akan diteruskan dengan beberapa siri lagi pada masa akan datang dan akan memberi banyak pendedahan tentang kebaikan dan keburukan penggodaman ini kepada masyarakat terutama rakyat di Malaysia kelak.
|

|
Berita IPPBM - 17 July 2012
Oleh: Mohd Nor Aimullah saleh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
IPPBM DIIKTIRAF ISO 9001:2008
12 JULAI 2012 (KHAMIS) - SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah mengesahkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti iaitu (MS ISO 9001:2008) pada 25 Mei 2012 yang lalu. IPPBM diiktiraf oleh SIRIM sebagai sebuah agensi penyelidikan dalam bidang pembangunan belia, bantuan dan sokongan penyelidikan dan juga penyebaran maklumat dan penyelidikan .
Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM Dr. Wasitah Hj Mohd Yusof telah menerima sijil pengiktirafan ISO ini dari YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan semasa Majlis Perhimpunan Mesra Bulan KBS bagi bulan Julai 2012.
Menurut Dr. Wasitah “Pengesahan kualiti berasaskan standard ISO yang diterima oleh IPPBM dari SIRIM bukan sahaja perlu dilihat oleh semua anggota IPPBM dari aspek pengiktirafan ke atas kualiti proses kerja 'core bussiness' IPPBM, tetapi juga cabaran ke atas kemampuan IPPBM untuk terus berusaha mengekalkan standard perkhidmatan dan sentiasa berusaha dan membuat penambahbaikan untuk terus menjadi sebuah institusi penyelidikan yang ungul”, katanya.
|

|
Berita KBS - 13 July 2012
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
16 AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEMPENA PELANCARAN 1M4U
PUTRAJAYA, 10 JULAI 2012 – Sebanyak 16 aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sempena Pelancaran 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai ini bertempat di Esplanade KLCC.
Aktiviti yang membabitkan kira-kira 500 peserta termasuk sukarelawan dari pelbagai Kementerian, Agensi serta pertubuhan sukarela di samping penyertaan dari penduduk setempat seperti aktiviti gotong royong perdana, menderma darah, pemeriksaan kesihatan, membersihkan sungai, menanam pokok, membina jambatan, bersama anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga usia emas, kitar semula dan program amal di perkampungan Orang Asli di daerah Gombak.
Menurut sumber, sebanyak 16 lokasi terpilih untuk diadakan program-program ini dengan menjangkakan kira-kira 500 peserta bagi setiap lokasi termasuk penyertaan dari pendududk setempat.
Beberapa kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ( KPWM), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani , Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta disokong beberapa syarikat swasta untuk melaksanakan aktiviti masing-masing nengikut kecenderungan dan plihan mereka.
Selain itu, aktiviti ini adalah sebahagian dari usaha menyemarakkan gelombang kesukarelawanan di negara ini yang dikatakan kurang aktif sejak akhir-akhir. Melalui cara ini, setiap invidu dapat mengambi bahagian disamping memantapkan perpaduan.
Orang ramai juga dipelawa untuk menderma darah yang disediakan di Explande KLCC bermula dari pagi 15 Julai untuk mengisi keperluan di Pusat Darah Negara.
Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat)
|

|
Berita IPPBM - 26 Jun 2012
Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KONVENSYEN PEMIKIR MUDA MALAYSIA
7 Julai 2012 (Sabtu) - Pertubuhan Pemikir Muda dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai rakan kongsi strategic, telah menganjurkan Konvensyen Pemikir Muda Malaysia pada sabtu yang lalu 7 Julai 2012 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, Uitm Shah Alam.
Kira-kira 3000 orang anak muda dari pelbagai sektor pekerjaan membanjiri dewan DATC datang bagi mewakili sektor pekerjaan masing-masing. Terdapat 20 sektor kerjaya antaranya adalah sektor kejuruteraan, kedoktoran, perundangan, keusahawanan, akauntan, pasukan beruniform, pemandu teksi dan lain-lain lagi.
Majlis Perasmian konvensyen disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir semasa majlis perasmian iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan Naib Canselor Uitm.
Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM Dr. Wasitah Hj Mohd Yusof telah menerima siji sebagai Penasihat Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Konvensyen diteruskan dengan perbahasan usul-usul daripada 20 sektor pekerjaan yang mewakili sektor pekerjaan masing-masing bagi dijadikan resolusi untuk dihantar ke Pejabat Perdana Menteri sebagai tindakan selanjutnya. Selain itu, Pihak IPPBM dan Vyrec juga mengadakan pameran dan pendaftaran e-belia sepanjang program berlangsung.
|
|
Berita KBS - 26 Jun 2012
Disediakan oleh : Zaid Izlan Ibrahim Hakimi (Unit Komunikasi Korporat KBS) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KBS BANTU MAJUKAN SUKAN GOLF DI KALANGAN BELIA
PUTRAJAYA, 26 JUN 2012 – Sukan golf dalam industri sukan masa kini telah mendapat perhatian dan tumpuan dikalangan peminat sukan tanah air. Ini dibuktikan melalui kejayaan yang dikecapi oleh atlet kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia sama ada di peringkat amatur mahupun professional.
Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara Akademi Kemahiran Belia Golf KBS (AKBG) dan Gold House Academy (GHA) telah dimeterai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengalakkan minat dalam permainan golf serta usaha membantu meningkatkan prestasi sukan bermula di peringkat akar umbi.
Program yang diperkenalkan oleh GHA adalah ‘Junior Swing’ dengan tujuan melahirkan para pemain gold junior di dalam suasana kompetitif supaya pemain yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi serta dapat menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam sukan golf secara serius dan sistematik di samping memberi ruang kepada mereka menerima latihan secara professional.
Majlis ini disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Ketika berucap di majlis yang sama, beliau berkata bahawa program ini adalah sangat efektif yang menumpukan pelajar berumur dari enam hingga 25 tahun. Tegas beliau, apa yang lebih penting adalah kesinambungan berterusan selepas berumur 25 tahun dengan mewujudkan satu dana dikumpulkan oleh persatuan-persatuan golf swasta di samping mendapat bantuan kerajaan dan menjadikannya sebagai tabung untuk dijadikan sebagai biasiswa kepada mereka.
Dato’ Sri Ahmad Shabery juga mencadangkan agar pihak PTPTN dapat memberi pinjaman bukan hanya terhadap pembelajaran malah juga dalam sektor sukan di mana konsep yang sama diamalkan jika atlet tersebut dapat mencapai satu kejayaan yang amat membanggakan. Sebagai pulangan pinjaman tersebut dapat ditukar kepada separa biasiswa atau biasiswa penuh dengan pencapaian yang diraih itu. Inisiatif sedemikian boleh membantu memajukan prestasi sukan di negara ini.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita KBS - 25 Jun 2012
Disediakan oleh : Mohd Khalid bin Mohd Khairuddin, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Y-CENTRE, PUSAT AKTIVITI DAN MAKLUMAT UNTUK PARA BELIA
MELAKA , 23 JUN 2012 – Perasmian Y-Centre yang disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sempena Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Majlis Jelajah Janji Ditepati.
YAB Perdana Menteri telah menandatangani plat perasmian yang diletakkan di dalam ruang legar Y-Center. Turut hadir menyaksikan termasuklah Menteri Kewangan 2, Dato’ Sri Husni Hanadzlah dan Ketua Menteri Melaka, Dato’ Sri Mohd Ali bin Rustam.
Mengambil inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan Program Transformasi ini di kalangan belia, pendekatan ini seharusnya dipandang tinggi oleh para Belia dalam menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia. Ianya juga salah satu usaha kerajaan sebagai penghargaan kepada para belia yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Kementerian Belia dan Sukan menempatkan Y-Centre ataupun Pusat Belia di UTC ini dengan menyediakan kemudahan-kemudahan sukan dan riadah seperti Gymnasium Rakyat serta Indoor Games seperti Snooker dan Karom. Terdapat juga beberapa komputer yang disediakan untuk memudahkan para belia melayari internet di Y-Centre. Dengan kemudahan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu para belia berkumpul di satu tempat yang sama dan melakukan aktiviti yang mereka minati. Ianya juga menggalakkan para belia untuk saling bertukar-tukar pendapat dalam menjayakan setiap aktiviti.
Turut serta dalam upacara perasmian itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Mohid bin Mohamed, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Hajah Salmah binti Aziz dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita KBS - 15 Jun 2012
Disediakan oleh : Mahanum Fauzi (Bahagian Pembangunan Belia) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
10 Resolusi Generasi Muda Di Konvensyen Belia Negara 1Malaysia 2012
15 JUN 2012, PUTRAJAYA – Konvensyen Belia Negara 1 Malaysia 2012 yang bertemakan “Menyalakan Obor Karisma Pemimpin Muda” telah dilaksanakan sempena dengan Himpunan Jutaan Belia di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 24 Mei 2012 yang lalu. Konvensyen ini dilaksanakan pada setiap tahun bertujuan untuk membuka minda pemimpin muda agar lebih terbuka, kreatif, kritis dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif.
Pada tahun ini, konvensyen ini dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Belia India Malaysia (MIYC) dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan sebagai satu cara untuk merealisasikan hasrat dan peranan belia serta memastikan pemimpin muda dan belia Malaysia di seluruh negara bersatu sekaligus bersama-sama kepimpinan Negara merealisasikan agenda transformasi Negara dalam konteks pembangunan belia. YB Dato’ Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah hadir merasmikan majlis penutup konvensyen dan menerima 10 Resolusi dari peserta konvensyen bagi pihak kerajaan Malaysia.
10 Resolusi yang perlu diteliti dan diberi perhatian untuk diambil tindakan oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan hasil dari Konvensyen ini adalah:
1. Penghakupayaan dan penyertaan golongan belia harus diperkasakan di setiap peringkat khususnya dalam jawatankuasa pihak berkuasa tempatan serta jawatan kuasa keselamatan dan kemajuan kampung.
2. Belia Malaysia perlu diperkuatkan dari aspek jatidiri dan menghormati perlembagaan Persekutuan dan jangan terpedaya dengan budaya yang merosakkan imej negara.
3. Belia Malaysia perlu mengamalkan budaya berprestasi tinggi dalam kepimpinan selain mempunyai sifat kesederhanaan, toleransi dan integerasi selaras dengan konsep 1 Malaysia.
4. Belia Malaysia harus berfikiran secara kreatif dan inovatif serta membentuk idealisme yang radikal tetapi rasional untuk memimpin negara pada masa hadapan.
5. Belia Malaysia perlu mengamalkan demokrasi dalam kepimpinan serta adil dan bijaksana untuk membuat keputusan dan pernilaian terhadap sesuatu isu. Pemimpin Pertubuhan belia harus turun ke akar umbi untuk mengalakkan golongan belia berpersatuan.
6. Kerajaan perlu memberi pengiftirafan sewajarnya kepada golongan belia selaras dengan sumbangan yang telah dicurahkan oleh belia dalam menyokong usaha pembangunan negara.
7. Belia Malaysia perlu mempersiapkan diri dan minda untuk menghadapi arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan dengan keterlibatan dan mewujudkan jaringan antarabangsa.
8. Pertubuhan Belia harus mempunyai sifat non-partisan untuk memperkasakan lagi perjuangan belia agar lebih releven.
9. Kementerian Belia dan Sukan agar bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengajian Tinggi disarankan agar mendekati golongan mahasiswa kampus kerana mereka adalah bakal pemimpin belia apabila bergraduasi nanti.
10. Golongan Belia harus mempunyai sifat sukarelawan yang tinggi dalam membantu masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita IPPBM - 7 Jun 2012
Penghargaan kepada Sukarelawan (Enumerator) Kajian “Understanding Anxieties & Desires of Malaysian Youth”
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) dan Markplus Inc. telah memberi penghargaan kepada sukarelawan (enumerator) bagi kajian “Understanding Anxieties and Desires Of Malaysia Youth” yang telah dijalankan bersempena Himpunan Jutaan Belia 2012.
Seramai 27 orang sukarekawan yang dilantik menjadi enumerator sepanjang kajian ini dijalankan telah menerima sijil dan saguhati daripada IPPBM dan Markplus.Inc.
Majlis penyerahan sijil dan cenderahati itu telah disempurnkan oleh CEO, IPPBM Dr. Wasitah Bt.Hj. Mohd Yusof. Hadir sama dalam majlis tersebut Cik Afiah Abd. Hafiz iaityu wakil daripada Markplus.Inc. dan Encik Mohd Rizal Bin Mohd Sham Eksekutif Penyelidik IPPBM.
Disediakan oleh : Mohd Nor Aimullah Saleh Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Utusan Malaysia - 11 Jun 2012
Simposium Keusahawanan Untuk Belia
ZAMAN remaja merupakan masa di mana seseorang itu menentukan hala tuju dalam hidup. Ketika ini golongan tersebut berada di penghujung alam pendidikan dan mula berkira-kira untuk memasuki alam pekerjaan. Alam pekerjaan pula pastinya akan bersandarkan kepada kelayakan akademik yang akan menentukan apa jenis kerja yang layak mereka mohon.
Dengan ratusan ribu remaja menamatkan pengajian masing-masing setiap tahun sama ada di peringkat sekolah, kolej, politeknik mahupun universiti, suda tentu ia menjadikan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan cukup sengit.
Tetapi ramai di kalangan remaja terbabit tidak sedar bahawa makan gaji bukan segala-galanya. Tetapi ada sektor yang lebih penting yang menuntut penglibatan mereka iaitu keusahawanan. Namun, disebabkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan maka ada di kalangan mereka menganggap keusahawan bukan bidang untuk belia. Sebab itu mereka bersaing untuk mencari kerja yang menjanjikan pendapatan bulanan yang tetap biarpun kadang-kadang upah yang dibayar itu tidak setimpal.
Sedangkan jika berjaya dalam bidang keusahawanan, mereka sendiri yang menjadi majikan dan bukannya kuli. Dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan orang muda untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, Persatuan Pembangunan Enterpris (EDA) akan menganjurkan Simposium Keusahawanan Muda Malaysia 2012 (MAJES 2012) pada 21 dan 22 Jun ini khusus mendedahkan golongan tersebut dalam bidang keusahawanan.
Pengerusi Penganjur MAJES 2012, Dr. Azlina Ahmad berkata, banyak yang sudah diperkatakan apabila bidang keusahawanan diperkenalkan di negara ini. Tetapi katanya, adakah ia benar-benar memberi penekanan kepada isu penting iaitu kelompok sebenar yang menjadi usahawan. Simposium dua hari itu kata Dr. Azlina, akan mendedahkan asas dan pengetahuan tentang bagaimana untuk menjadi usahawan dan meneroka bidang keusahawanan. "Bagaimana, mengapa, bila dan apa merupakan empat persoalan yang akan diketengahkan dan dari situ para peserta mengembangkan dalam perbincangan yang akan menghasilkan keputusan bermakna," katanya.
Satu lagi agenda MAJES 2012 ialah perbincangan membabitkan kelebihan daya saing. "Negara memerlukan golongan muda yang berdaya saing untuk meneruskan pembangunan keusahawanan. "Memang diakui sudah ada usahawan yang berjaya, tetapi kita memerlukan lebih ramai yang sentiasa berdaya saing, bukan sahaja dalam negara tetapi antarabangsa," katanya.
Kesungguhan, ketabahan dan ketekunan katanya, amat penting jika mahu mencapai kejayaan.Simposium ini juga akan menampilkan pakar-pakar untuk berkongsi berkongsi pengalaman dan penemuan berharga mereka sepanjang bergelar usahawan. "Hab khusus dan gerai juga akan diadakan sepanjang acara ini berlangsung bagi menimbulkan minat di kalangan usahawan muda. "Pameran produk, idea dan pengetahuan juga akan diadakan sempena simposium ini," jelasnya.
Dr. Azlina memberitahu, MAJES 2012 khusus untuk golongan muda bagi mengukuhkan masa depan negara. Katanya, selari dengan kata-kata Usahawan Belia Negara Jaminan Masa Hadapan, maka golongan muda yang akan menentukan masa depan negara. Katanya, mereka yang akan menentu dan memastikan kejayaan masa depan negara.
"Sebab itu sasaran untuk melibatkan dalam bidang keusahawanan bukan setakat mengetahui teori. "MAJES 2012 juga akan menjalinkan hubungan antara usahawan yang sudah berjaya dengan golongan muda ini," katanya.
Para peserta untuk simposium itu pula kata Dr. Azlina terdiri daripada 40 peratus golongan usahawan yang sudah berjaya.Sementara 40 peratus lagi katanya terdiri daripada golongan yang berpotensi untuk menjadi usahawan dan lagi 20 peratus adalah pelajar universiti dan kolej.
Menurut beliau, simposium itu diharapkan dapat memberikan manfaat kepada golongan muda untuk menimba ilmu seterusnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Katanya, diharapkan ia akan dapat menampilkan segala elemen yang diperlukan untuk melahirkan usahawan bagi memastikan simposium itu memberi manfaat kepada semua.
Sebab itu katanya, setiap golongan masyarakat sama muda atau tua, baru atau malam digalakkan untuk bersama-sama menjayakannya untuk kepentingan bersama. "Resolusi daripada simposium ini akan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk tindakan lanjut," katanya.Sementara itu sebanyak 13 pembentang dijangka membentangkan kerja kerja pada MAJES 2012.
Antaranya Pengarah Urusan Alam Venture Sdn. Bhn. yang juga Presiden Mubaran, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman yang akan membicarakan tajuk Apakah Kejayaan Dalam Keusahawanan Belia Tempatan dan Antarabangsa? dan Pengerusi PUNB, Khairy Jamaludin.Turut akan membentangkan kertas kerja ialah Pengarah REDAC, Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Nor Azazi Zakaria; Pengerusi Medic-MINDS, Dr. Chew Heng Hai dan Ketua Pegawai Eksekutif Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.
Pembentang yang lain ialah Pengarah SMECorp. Pulau Pinang, Tajul Arifiin Jamaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh.Mereka yang berminat menyertai MAJES 2012 boleh hubungi 0194002552 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita KBS - 12 Jun 2012
Himpunan Jutaan Belia Di Jenamakan Kepada Festival Belia Putrajaya
PUTRAJAYA, 31 Mei 2012- “Himpunan Jutaan Belia akan dijenamakan semula dan dikenali sebagai Festival Belia Putrajaya (Putrajaya Youth Festival) mulai tahun hadapan’” kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
Menurut, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, cadangan tersebut telah dibincangkan dan diterima dengan baik dalam mesyuarat kabinet dan kerajaan percaya ianya mampu untuk menjenamakan himpunan itu ke satu tahap baru. “Selepas tiga tahun himpunan ini diadakan di Putrajaya dan berjaya menarik sebegitu ramai belia menyertainya, sudah sampai masanya ianya diberikan jenama yang lebih baik.
Tambah beliau lagi “penganjurannya kelak di bawah jenama baru ini akan mampu untuk menarik lebih ramai belia dan keluarga dengan lebih banyak acara dan aktiviti yang sesuai untuk diikuti dan dilaksana oleh semua golongan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Himpunan di Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan bermula pada tahun 2010 dengan kehadiran lebih dua ratus ribu orang, sebelum menarik lebih sejuta belia di Himpunan Jutaan Belia tahun lepas.
Tahun ini Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei yang diadakan bersempena Hari Belia Negara diadakan dengan lebih 500 acara dalam 33 segmen, di sepanjang 6 kilometer Persiaran Perdana Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Himpunan ini dipercayai sebagai salah satu daripada 10 acara terbesar yang dianjurkan di dunia.
Menurut Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek lagi, pihak Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan satu bengkel ataupun kolokium bagi membincangkan pelbagai cadangan dan juga teguran-teguran yang diberikan oleh pelbagai pihak.
Ini kerana menurutnya, walaupun tahun ini penganjurannya lebih baik daripada tahun-tahun lepas, namun masih terdapat ruang untuk diperbaiki bagi menjadikannya satu acara terbaik untuk belia dan keluarga.
“Kita akan bincangkan dan perbaiki aspek-aspek yang kurang sesuai dan menjadi asas teguran bagi menjadikan Putrajaya Youth Festival menjadi satu acara terbaik pernah dianjurkan,” ujar beliau.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih atas cadangan dan teguran-teguran membina yang telah diberikan oleh pelbagai pihak, kerana dengan teguran-teguran dan cadangan yang telah diberikan inilah menjadikan Himpunan Jutaan Belia 2012 satu kejayaan.
Disediakan oleh : Razali Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

|
Berita KBS - 12 Jun 2012
Kursus Kepimpinan Wanita Lestari
9 JUN 2012, LANGKAWI - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Puspanita Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Wanita Lestari selama 3 hari 2 malam di sini, hari ini.
Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang turut dihadiri oleh Pengerusi Puspanita KBS iaitu Y.Bhg. Datin Abidah binti Sani. Antara pengisian kursus tersebut adalah pendedahan mengenai corak kepimpinan dan komunikasi yang berkesan. Selain itu, elemen team building juga diberi penekanan memandangkan ianya menjadi salah satu teras dalam kepimpinan.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KBS, Y.Bhg. Dato’ Mohid bin Mohamed. Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
Disediakan oleh : Musyrifah Binti Elias / S. Radha
|
|
Berita KBS - 13 Jun 2012
IPPBM Sedang Menjalankan Kajian Impak Dan Keberkesanan Program Belia Bestari 2011.
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) sedang menjalankan Kajian Impak dan Keberkesanan Program Belia Bestari 2011 dimana program tersebut merupakan program anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Tujuan kajian impak dan keberkesanan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti status bekas peserta bagi tahun 2011 yang telah menamatkan program sama ada memilih bidang kemahiran atau bidang keusahawanan selain itu juga membuat penilaian sejauh mana pihak vendor/francaisor membantu melahirkan belia yang berjaya menamatkan program tersebut.
Kajian dijalankan dengan mengumpul data kuantitatif dan kualitatif berpandukan tiga (3) kaedah iaitu menggunakan borang soal selidik yang dikendalikan melalui kaedah telefon, temu bual dalam Focus Group Discussion (FGD) dan analisis kandungan (Content analysis) maklumat pembayaran kepada setiap vendor/francaisor.
IPPBM telah selesai menjalankan empat (4) sesi FGD bersama peserta program dari negeri W.P.Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu manakala 15 dan 16 Jun nanti FGD bagi peserta program dari negeri Kedah dan Perlis juga akan dijalankan.
Perancangan Pelaksanaan kajian ini akan berlangsung dari bulan April sehingga Julai 2012 dan dijangka siap laporan sepenuhnya pada bulan Ogos nanti.
Dalam pada yang sama, IPPBM juga sedang menjalankan online survey bagi mendapatkan Persepsi Belia Terhadap Cadangan Pelaksanaan Program Perdana Leader Fellowship.
Disediakan Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|

Berita KBS - 14 Mei 2012
Disediakan oleh : Mahanum Fauzi
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KUALA LUMPUR, 9 MEI 2012 - “ Belia Malaysia harus lebih memberi daripada menerima”, begitulah kata-kata YB Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Bin Cheek semasa sesi dialog yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri. Menurut beliau, belia zaman kini lebih matang dan berfikiran terbuka kerana belia lebih terdedah dengan informasi dan maklumat tanpa batasan.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan bahawa sudah tiba masanya belia Malaysia haruslah melakukan perubahan anjakan paradigma transformasi minda dengan lebih banyak memberi sumbangan dan khidmat berbanding hanya menerima atau meminta bantuan dan subsidi daripada kerajaan. Justeru itu, kerajaan telah mula membuka ruang dan peluang dengan melibatkan golongan belia dalam agenda pembangunan negara. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Selain itu, beliau berharap agar masyarakat tidak terlalu meletakkan perspektif negatif terhadap golongan belia sedangkan didapati ada lebih banyak lagi perkara positif yang terdapat pada belia. Perkara ini dapat dibuktikan dengan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012
50 Pemimpin Belia Dunia Berkampung di IYC.
Berita KBS - 22 Mac 2012
Oleh : Zaid Izlan Ibrahim Hakimi ( Unit Komunikasi Korporat, KBS)
CHERAS, 20 Mac 2102 – Pusat Belia Antarabangsa atau International Youth Centre (IYC) di Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur dibanjiri seramai 50 pemimpin belia dari 15 buah negara termasuk Malaysia dalam “ Workshop on Youth Leadership In The New Millenium ” yang diadakan selama seminggu bermula hari ini
Antara negara yang mengambil bahagian adalah Bangladesh, Brunei Darussalam, Germany, India, Indonesia, Maldives, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Vietnam, dan Yemen.
Program ini diantara lain bertujuan untuk memeriksa implikasi pendekatan kepimpinan semasa dalam era baharu masa kini yang diketuai Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Senator Tuan Gan Ping Sieu.
Beliau dalam majlis yang bertemakan ‘Every Youth Is a Leader’ telah menegaskan bahawa dunia telah berkembang maju daripada era abad ke-20 kepada era abad ke-21 dan senario tidak lagi sama di mana para belia adalah warganegara yang perlu berubah dan berkembang untuk terus bersaing dalam era yang baru ini.
Beliau turut menyatakan bahawa populasi belia berumur di antara 15-40 tahun pada masa ini berada di tahap 42.5% dan dijangkakan akan berada pada tahap 46% dalam masa dua tahun akan datang.
“Dengan jumlah yang begitu tinggi di mana jumlah ini mungkin mencecah sehingga 50% iaitu separuh daripada populasi penduduk Malaysia terdiri daripada para belia. Memandangkan para belia menjadi satu entiti yang amat penting, cabaran yang paling getir untuk pemimpin belia ialah bagaimana untuk mengharungi idealisme belia dan mengimbangkan ia dengan dunia sebenar,“ ujarnya.
Dengan berlangsungnya majlis ini, beliau berharap agar dengan pendedahan yang akan diberikan dapat menyediakan para belia supaya dapat memastikan perkembangan kemajuan belia berada di landasan yang boleh mencipta impak positif ke atas masyarakat serantau pada era masa kini.
Majilis ini turut disemarakkan lagi dengan ucapan Pengerusi Organisasi Workshop on Youth Leadership in the New Millenium dan Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Dato’ Raja Ruslan Raja Samah.
BEKWAH Meriahkan Jelajah HBN 2012.
Berita KBS - 21 Mac 2012
Oleh : Khalid Khairuddin (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
BALING, 15 MAC 2012 : Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah mengadakan program mempromosikan Hari Belia Negara 2012 (HBN 2012) bertempat di Kampung Kemangi, Baling. Program yang berlangsung selama 2 hari tersebut telah menarik hampir dua ribu pengunjung dari berbagai lapisan masyarakat dan umur.
Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia khususnya yang berada di kawasan luar bandar supaya datang menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan program Hari Belia Negara yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya, Bandar Mesra Belia.
Program ini turut mengadakan pelbagai aktiviti antaranya sukaneka, pertandingan mewarna, pameran dari agensi-agensi kerajaan, gotong royong konvoi motosikal, cabutan nombor bertuah dan persembahan muzik.
‘Cukup luar biasa’, itulah ungkapan oleh masyarakat setempat berhubung sambutan yang sangat menggalakkan. Respon yang positif juga diluahkan oleh ketua kampung tersebut, Hj Mat Ali bin Mat Isa. Tambah beliau lagi, diharapkan supaya aktiviti-aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dan dijadikan aktiviti tahunan dalam kalendar Kementerian Belia dan Sukan.
Tuan Borhan bin Dollah, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara menyeru belia-belia di Kampung Kemangi, Baling untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya kelak.
Beliau juga memaklumkan bahawa Jelajah HBN 2012 ini tidak akan berhenti di sini sahaja Ia akan terus bergerak ke negeri-negeri lain terutamanya kawasan luar Bandar yang kurang mendapat pendedahan mengenai HBN 2012.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Aziz bin Hj Hamid; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Tuan Azmi bin Che Hussain; Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, wakil-wakil pertubuhan belia setempat dan JKKP Kg. Kemangi.
Belia diberi perhatian dalam agenda transformasi.
Utusan Malaysia - 20 Mac 2012
MELAKA 17 Mac — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada golongan belia terutama berhubung penglibatan mereka dalam agenda transformasi negara bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penglibatan belia itu dilakukan melalui penekanan kepada aspek pendidikan yang menjadi agenda penting kerajaan terhadap golongan belia.
"Kita sediakan segala kemudahan, tenaga pengajar, kemudahan pendidikan, kurikulum, buku, pakaian dan sebagainya, ini adalah tujuannya tidak lain (dan tidak bukan) adalah untuk menentukan tidak ada golongan muda di Malaysia ini yang terabai ataupun terkeluar daripada arus pembangunan negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan dan dialog belia di sini, hari ini.
Beliau berkata, golongan belia harus menguasai ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains dan teknologi sekaligus meningkatkan pembangunan modal insan negara.
Katanya, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi memenuhi sektor pembangunan negara.— BERNAMA
Pastikan apa yang dikecapi kekal.
Kosmo - 16 Mac 2012
Oleh : LUQMAN HAKIM RAHIM dan FAHAMI AHMAD Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KUALA LUMPUR - Generasi belia abad ke-21 digesa menjadi pembawa pesanan keamanan sejagat supaya segala yang dikecapi masa kini sentiasa berterusan pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, belia yang sentiasa dicanang sebagai bakal pemimpin sesebuah negara perlu mempunyai kesedaran bahawa tanpa keamanan, segala kebebasan yang diperjuangkan adalah sia-sia.
Dalam konteks negara ini, ujarnya, terdapat minoriti golongan muda yang sudah berasa selesa dengan apa yang dimiliki sekarang sehingga terlupa untuk terus memeliharanya.
"Kita tidak mahu tolak kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat yang mahu dilaungkan oleh golongan belia sebaliknya ia dialu-alukan.
"Namun begitu, ia tidak bermakna jika wujud tindakan membuta tuli dalam mendapat apa yang dihajati sehingga mengorbankan keamanan yang dikecapi sekian lama," katanya selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Belia Antarabangsa di sini malam tadi.
Kempen Jom Kunjungi Bilik Sekretariat HBN 2012!
Berita KBS - 15 Mac 2012
Disediakan oleh : Siti Noorraishah Bt Ismail (Sekretariat Hari Belia Negara 2012)
PUTRAJAYA, 14 MAC 2012 - Sekretariat Hari Belia Negara 2012 (HBN 2012) mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mengunjungi Bilik Sekretariat HBN 2012. Bilik Sekretariat HBN 2012 terletak di Aras Lobi, Menara KBS, Presint 4, Putrajaya dan dibuka seawal 7.30 pagi hingga 6.00 petang dan akan dilanjutkan atas permintaan pengunjung.
Bilik Sekretariat ini bukan sahaja dilengkapi dengan ruang pejabat untuk Ahli Sekretariat bekerja, ruang diskusi tetapi juga ruang informatif bagi mendapatkan maklumat berkaitan program mega itu yang bakal dilaksanakan pada 23 hingga 27 Mei 2012.
Ahli Sekretariat yang terdiri daripada pelbagai kaum atau multi-racial menjanjikan layanan yang mesra dan menepati kehendak pelanggan kepada setiap pengunjung. Menurut Marcella Kopong , Ahli Sekretariat HBN 2012 yang berbangsa Dusun yang berasal dari Sabah, Bilik Sekretariat HBN 2012 yang mesra pengunjung ini juga menjual barangan berjenama HBN 2012 dengan harga yang berpatutan. Tidak dilupakan juga, para pengunjung yang singgah di Bilik Sekretariat ini tidak akan pulang dengan tangan kosong tetapi akan dibekalkan dengan maklumat lengkap berkaitan HBN 2012 serta cenderahati daripada Sekretariat HBN 2012.
Pengunjung yang bertuah dapat bertemu sendiri dengan Ketua Pegawai Eksektif HBN 2012, Encik Mod Nadzri Yaacob yang sentiasa bersedia untuk menerangkan berkaitan HBN 2012 yang bakal menggegarkan Putrajaya Bandar Mesra Belia kelak.
Untuk maklumat terkini, sila layari laman portal HBN 2012 iaitu Hari Belia Negara atau Facebook : Hari Belia Negara 2012 atau pengikut twitter@HariBeliaNegara2012 atau talian terus : 03 – 8871 3170.
|
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.
Untuk mencapai matlamatnya, IPPBM akan melaksanakan pelbagai jenis program penyelidikan, menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan seminar; menerbitkan Jurnal dan Monograf mengenai hasil penyelidikan serta mewujudkan program pendidikan dan latihan. Institut ini juga akan menyediakan kemudahan penyelidikan yang pelbagai, termasuklah sebagai sebuah pusat sumber dan data mengenai pembangunan belia.
IPPBM telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 15 Mei 2005 bersempena dengan Hari Belia Malaysia dan dikuatkuasakan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
|
| |
|