kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IYRES Bantu Bangun Indeks Gerakan Koperasi (IGK)

12 Julai

 

CAMERON HIGHLAND, 12 JULAI – Satu  bengkel membangunkan Indeks Gerakan Koperasi (IGK) tahun 2017 diadakan di Hotel Heritage, Cameron Highland selama 3 hari bermula 10 hingga 12 Julai 2017. Bengkel ini merupakan anjuran Bahagian Pemantau dan Penyelia Projek Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Objektif bengkel adalah untuk menyediakan satu platform perbincangan serta percambahan ilmu yang lebih fokus bagi menentukan domain dan indikator yang signifikan dalam membangunkan IGK. Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan berkaitan teknik untuk membentuk set soal selidik bagi menghasilkan IGK yang memenuhi piawaian, berkualiti dan signifikan kepada pihak yang berkepentingan.  Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan tajuk Pembentangan Teknik Pemilihan Domain Dan Indikator Pengukuran. Taklimat pada hari kedua disampaikan oleh YBhg. Dr. Rozita Amiruddin, pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembentangan deraf akhir dilaksanakan pada hari terakhir bengkel dan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mat Deris Bin Mat Jusoh Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar dan Pembangunan), Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Disediakan oleh:
Muhammad Hafiz Hassan
hafiz.hassan[at]iyres.gov.my Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.