kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) Wujud Ruang Kerjasama

20170807 kunjunghormat

 

PUTRAJAYA, 7 OGOS 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) berhasrat untuk mewujudkan ruang kerjasama dalam aspek penyelidikan dan kajian mengenai kesedaran Wasatiyyah dalam kalangan belia. Perkara ini dinyatakan semasa sesi kunjungan hormat oleh IYRES ke IWM. Sesi yang dipengerusikan oleh Pengarah IWM iaitu YBhg. Dato’ Hj. Mohd. Yusof Bin Din menyatakan  kesedaran Wasatiyyah ini perlu disebarluaskan dalam kalangan masyarakat umumnya dan belia khususnya bagi mewujudkan  komuniti Malaysia yang harmoni tanpa mengira kaum dan agama.

IWM turut menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan IYRES dalam penerbitan jurnal serta pelaksanaan program-program berkaitan Wasatiyyah dalam usaha mendepani isu-isu belia seperti ancaman radikalisme & ekstremisme serta penggunaan teknologi tanpa sempadan. Peluang kerjasama ini diharapkan dapat memperkasa belia yang tidak terhad kepada kecemerlangan fizikal semata-mata, tetapi juga fokus kepada pembentukan sahsiah dan spiritual belia.

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail

sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Zuarini Jumai

zuarini[at[iyres.gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.