kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

STATISTIK KEPIMPINAN MUDA DISELARASKAN DENGAN KERJASAMA AGENSI KERAJAAN, NGO’s, GLC, GIC DAN BADAN KORPORAT

2811

PUTRAJAYA, 28 NOVEMBER 2018 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dipertanggungjawabkan untuk melaksana pengumpulan data kepimpinan muda di pelbagai sektor seluruh Malaysia. Pengumpulan data ini diselaras melalui Mesyuarat Penyelarasan Pengumpulan Data Statistik Kepimpinan Muda Pelbagai Sektor Di Seluruh Malaysia yang telah diadakan pada 28 November 2018 bertempat di Podium B, KBS dan dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, KBS.

Mesyuarat ini turut dihadiri seramai 71 orang wakil daripada pelbagai sektor yang terdiri daripada agensi kerajaan, Government Linked Companies (GLC), syarikat korporat, Non-Governmental Organizations (NGOs) dan lain-lain berkaitan. Kerjasama dan sokongan daripada semua yang terlibat dalam membekalkan data adalah amat baik dan secara tidak langsung turut sama menyokong inisiatif KBS dalam mempertingkatkan penyerlahan potensi belia dalam kepimpinan ke peringkat yang lebih tinggi.

Hasil yang diperolehi daripada proses pengumpulan data ini juga akan dijadikan salah satu input bagi membangunkan Indeks Kepimpinan Muda Malaysia yang dijangkakan pelaksanaannya pada tahun hadapan. Dengan adanya indeks ini dapat membantu KBS mewujud dan membangunkan penanda aras bagi mengukur tahap kualiti kepimpinan golongan muda berdasarkan domain dan indikator yang akan dibangunkan kelak.

 

Disediakan oleh:
Nur Azin Azlina Razali
nurazin[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Noor Afifah Johari
afifah[at]iyres.gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.