kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KUNJUNG HORMAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA

20200709 kunjung hormat dosm

PUTRAJAYA, 9 Julai 2020 (Khamis) – Pejabat Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan daripada Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin,Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan 7 orang pegawai DOSM bagi membincangkan kepentingan data yang sahih dan empirikal amat bermakna khususnya dalam membantu dan menyokong pelaksanaan penyediaan polisi mahupun melaksanakan pelbagai inisiatif dan solusi yang berkesan bagi keperluan belia.

Kunjungan DOSM ini amat dialukan dalam berkongsi input-input yang berkaitan yang mana DOSM merupakan antara rujukan utama kementerian. Antara initpati yang dibincangkan hari ini merangkumi pelbagai perkara terutama seperti mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Jabatan Perangkaan Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan yang sedia terjalin; membincangkan pengintegrasian dan perkongsian data-data berkaitan pembangunan belia dan sukan di KBS; membincangkan mengenai pelaksanaan banci khususnya dari segi peranan dan bidang kerjasama berkaitan; serta Isu-isu berkaitan dengan perkongsian kepakaran DOSM dalam pelaksanaan kajian, persampelan dan lain-lain.

Semoga pertemuan ini mempereratkan lagi kerjasama yang telah terjalin antara Kementerian Belia dan Sukan dan DOSM dalam usaha mencapai agenda pembangunan belia negara yang didokong melalui data statistik yang terkini dan menyeluruh.

Disediakan oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Dr. Jamali Samsuddin
Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.