kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

BENGKEL TECHNICAL WORKING GROUP INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2020 (TWG IBSM 2020)

TWG IBSM 2020

PUTRAJAYA, 7 - 8 Disember 2020 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel Technical Working Group Indeks Budaya Sukan Malaysia 2020 (TWG IBSM 2020) pada 7 dan 8 Disember 2020 melalui platform ZOOM Meeting. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk menetapkan jangkaan skor IBSM untuk tahun 2021 hingga 2025. Para peserta yang terlibat di dalam bengkel ini adalah seramai 48 orang terdiri daripada wakil Kementerian, Agensi, Non-Governmental Organization (NGO), Persatuan Sukan, Syarikat Korporat serta lain-lain pemegang taruh pembangunan sukan. Matlamat akhir yang ingin dicapai menerusi bengkel TWG IBSM 2020 adalah untuk mengumpul input bagi menyokong pembentukan kerangka Visi Sukan Negara 2030.

Bengkel yang dilaksanakan selama dua hari tersebut telah dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut domain IBSM iaitu Domain Penglibatan, Domain Kecintaan Sukan, Domain Kesukarelaan, Domain Perbelanjaan dan Domain Fasiliti. Pihak IYRES telah melantik lima orang fasilitator daripada para Akademik iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Gunathevan Elumalai (UPSI), YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Salleh Aman (UM), YBrs. Prof. Madya Dr. Norlena Salamuddin (UKM), YBrs. Prof. Madya Dr. Tengku Fadilah Tengku Kamalden (UPM) dan YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Nahar Azmi Mohamed (UM) untuk memandu perbincangan berkaitan isu dan cabaran perancangan dan pembangunan sukan di Malaysia. 

Manakala, diakhir pelaksanaan bengkel telah diadakan Majlis Penutupan Bengkel TWG IBSM yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

 

 

 

Disediakan oleh :
Mohd Nor Azam Kamarudin
Pembantu Tadbir (P/O)

Disemak oleh :
Mohamad Saifful Hassan
Penolong Eksekutif Penyelidik II

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.