- Home
- Berita Terkini
- CSR IYRES- PERTANDINGAN MINI FUTSAL BERSAMA-SAMA ANAK YATIM KSL FUTSAL,SRI GOMBAK KUALA LUMPUR
CSR IYRES- PERTANDINGAN MINI FUTSAL BERSAMA-SAMA ANAK YATIM KSL FUTSAL,SRI GOMBAK KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2015 - Pertubuhan Kebaikan Malaysia (Kindness Malaysia) telah menganjurkan pertandingan mini futsal antara 2 rumah anak yatim iaitu Asrama Darul Falah (ASDAF) dan Madrasah Hashimiah (Anak Yatim dan Miskin Muslim, Rohingya), Selayang serta sukarelawan bertempat di KSL Futsal, Sri Gombak, Kuala Lumpur.
Seramai 9 pasukan yang bertanding pada hari tersebut. 4 pasukan anak-anak yatim lelaki dan 2 pasukan anak-anak yatim perempuan bersama 3 pasukan sukarelawan dari Kindness Malaysia dan juga Gelombang Biru yang turut bersama dalam menjayakan mini futsal tersebut. Pertandingan mini futsal ini telah diadakan sebagai inisiatif untuk menghiburkan, memberi perhatian serta menyuntik semangat berpasukan di samping menanamkan minat bersukan dalam kalangan anak-anak tersebut.
Pertandingan mini futsal berakhir dengan penyampaian hadiah yang ditaja oleh IYRES sebanyak 10 buah hamper dan disampaikan oleh Encik Shah Romnizam Bin Ramli, wakil daripada IYRES. Pihak IYRES berharap agar jalinan ukuhwah dapat dieratkan lagi dalam program yang akan datang.
Disediakan Oleh : Raja Shahida Binti Raja Hassan
Disunting oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri