- Laman Utama
- Berita Terkini
- Travelog Ilmu Bersama Dr.Kamril Siri 1/2017: “Penampilan Diri & Potensi Penjawat Awam”
Travelog Ilmu Bersama Dr.Kamril Siri 1/2017: “Penampilan Diri & Potensi Penjawat Awam”
PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS dan Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga, Puspanita Cawangan KBS telah menganjurkan Program Travelog Ilmu Siri 1/2017 dengan membawa topik “Penampilan Diri & Potensi Penjawat Awam”. Penceramah jemputan adalah YBhg. Dr. Kamril Abdul Karim yang merupakan pakar motivasi profesional. Program yang telah diadakan di Galeri, Menara KBS turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hatipah Binti Ibrahim, Ketua Pengarah JBSN dan YBhg. Datin Wan Razanawani Bt Wan Zakaria, Pengerusi Puspanita Cawangan KBS.
Pelbagai ilmu berkaitan penampilan diri dan potensi penjawat awam telah dikongsikan dalam program tersebut bersama-sama peserta yang hadir dari pelbagai kementerian dan agensi. Antaranya adalah asas komunikasi yang perlu diamalkan oleh penjawat awam iaitu memberi salam sesama insan, saling memuji dengan ikhlas dan ucapkan terima kasih. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Dr. Kamril Abdul Karim oleh YBhg. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.
Disediakan oleh : Nursyafatin Ahmad
nursyafatin[at]iyres.gov.my
Disunting oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri
nadya[at]iyres.gov.my