kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kolaborasi Yayasan Pelajaran Mara Dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Dalam Pelaksanaan Kajian Penilaian Outcome Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)

28jun

TOKYO, 28 JUN 2018 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sedang menjalankan Kajian Penilaian Outcome Malaysia-Japan Higher Education Programme (MJHEP) kepada para pelajar Malaysia yang mendapat biasiswa MJHEP serta para alumni yang telah bekerja di Malaysia dan Jepun bermula pada 23 Jun hingga 28 Jun 2018. Program MJHEP ini merupakan berkesinambungan daripada program Higher Education Loan Fund Project (HELP) merupakan antara inisiatif kerajaan dalam polisi Dasar Pandang ke Timur.

Kajian yang telah bermula pada bulan Januari 2018 itu diteruskan dengan kerja lapangan di Tokyo, Jepun bagi menemubual para pelajar serta alumni MJEHP bagi melihat keberkesanan program ini dalam melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Kajian Lapangan yang diketuai oleh YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES bersama dua orang pegawai penyelidik IYRES turut berkesempatan menemubual En. Abdul Ghani Selbi, pegawai dari Kedutaan Malaysia di Jepun; Dr. Tachibana Masahiko, Chung Yong Jin dan Osamu Sugiyama dari Shibaura Institute of Technology dan wakil YPM.

Kesinambungan daripada kerja lapangan ini akan diteruskan dengan analisis data dan penulisan laporan oleh IYRES. IYRES berharap agar kajian ini dapat memberikan maklumat yang tepat dalam menilai impak yang telah diberikan oleh program ini kepada para pelajarnya sejak dimulakan pada tahun 1993-2001 (HELP) dan 2002- 2022 (MJHEP).

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Rozahidah Roslee
zahidah[at]iyres.gov.my

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.