kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PEMBENTANGAN LAPORAN DRAF AKHIR INDEKS BELIA SARAWAK

21Mei2019

KUCHING, 21 MEI 2019 - Pembentangan laporan draf akhir mengenai tahap kualiti dan kesejahteraan hidup belia Sarawak melalui Kajian Indeks Belia Sarawak telah selesai dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Indeks Belia Sarawak Bilangan 1 Tahun 2019.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi) di Bilik Mesyuarat 1, Tingkat 19, Wisma Bapa Malaysia, Sarawak. Laporan ini telah dibentangkan oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES selaku ketua projek penyelidikan.

Penyelidikan ini telah dibangunkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak (MTACYS) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada 2018 melalui geran yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Sesi pembentangan ini melaporkan pencapaian 12 domain dan 50 indikator yang dibangunkan bagi mengukur tahap kualiti dan kesejahteraan hidup belia di Sarawak meliputi Domain Pembangunan Kendiri, Hubungan Sosial, Identiti, Potensi Diri, Kesihatan, Pendidikan, Ekonomi, Keselamatan, Sosialisasi Politik, Ketembusan Media, Waktu Senggang serta Tingkah Laku Devian.

Mesyuarat ini turut meneliti, memperaku serta memperhalusi cadangan serta pandangan ahli mesyuarat berhubung laporan draf akhir hasil kajian Indeks Belia Sarawak. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh ahli tetap Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada Unit Perancangan Negeri Sarawak, Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir adalah pakar rujuk Indeks Belia Sarawak iaitu YBrs. Dr. Dzulzalani Eden dari Universiti Malaysia Sarawak.

Semoga dengan penghasilan Indeks ini, semua pemegang taruh yang berkaitan dengan pembangunan belia di Negeri Sarawak dapat merancang, merangka dan melaksanakan strategi yang sistematik berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi untuk meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia Sarawak pada masa kini dan masa hadapan.

Disediakan oleh:
Mohd Rizal Mohd Sham
rizal[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.