kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TAWARAN SEBAGAI PENGKODAN DATA PROFIL BELIA KE DALAM SISTEM E-BELIA SECARA SAMBILAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ingin mempelawa calon-calon berminat untuk menjadi Pengekod Data (Data Entry) secara sambilan (Part Time) bagi data Profil Belia Negara (PBN).

KRITERIA PEMILIHAN PENGEKOD DATA (DATA ENTRY)

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Terbuka kepada mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja.
  3. Berumur di antara 21 Hingga 40 Tahun;
  4. Mempunyai Komputer/Laptop serta talian Internet;
  5. Mempunyai pengalaman sebagai pengekod data (data Entry);
  6. Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Diploma atau mana-mana Sijil Kemahiran;
  7. Berdisiplin, berdedikasi, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan;
  8. Pihak IYRES berpuas hati ke atas prestasi pelaksanaan tugas-tugas pengekodan data terdahulu yang telah dipertanggungjawabkan (hanya kepada mereka yang pernah dilantik sebagai pengekod data kajian IYRES sahaja); dan
  9. Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa.

PANDUAN PENGEKOD DATA KE DALAM SISTEM E-BELIA SECARA SAMBILAN

  1. Pengekod data WAJIB menghadiri sesi taklimat Pengekod data yang dikendalikan oleh Penyelidik IYRES;
  2. Pengekod data akan menerima panduan pengekodan data yang dibekalkan semasa sesi taklimat yang dikendalikan oleh Penyelidik IYRES;
  3. Pengekod data perlu memastikan setiap perkara dalam borang diisi dengan lengkap di dalam sistem. Pihak IYRES berhak untuk menolak borang yang tidak lengkap atau dikira sebagai 'data rosak';
  4. Pengekod data perlu menyimpan kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam borang yang direkodkan;
  5. Pengekod data perlu merekodkan maklumat tersebut ke dalam Sistem E-Belia dan memulangkan semula kepada pihak IYRES selewat-lewatnya 7 hari selepas menerima borang;
  6. Pihak Pengurusan IYRES akan membuat pembayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan menerusi akaun Pengekod data melalui "Electronic Fund Transfer" (EFT) IYRES;
  7. Pengekod data harus memaklumkan kepada pihak IYRES sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan sebagai Pengekod data lebih awal dari tempoh yang diberikan.
  8. Memaklumkan seminggu selepas tarikh taklimat;
  9. Perlu menyerahkan baki borang kepada IYRES;
  10. Pihak IYRES akan mengeluarkan surat tamat perkhidmatan kepada Pengekod data.

Kepada calon yang berminat: Anda boleh mendaftar butiran anda pada borang yang disediakan (Sila MUAT TURUN BORANG di sini)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 Ogos 2019 (Sabtu)

 Sila emailkan borang permohonan tersebut kepada

  • Calon yang berjaya akan dipanggil ke sesi taklimat yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak IYRES.
  • Calon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas sebulan dari tarikh permohonan adalah dikira tidak berjaya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, anda boleh menghubungi pegawai kami atas talian berikut:

En. Shah Romnizam Ramli - 03 8871 3331

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.