kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PELAWAAN TAWARAN SEBAGAI PENGEKOD DATA (DATA ENTRY) SECARA SAMBILAN BAGI KAJIAN PENILAIAN OUTCOME INDEKS BELIA MALAYSIA 2019 (IBM’19)

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ingin mempelawa calon-calon berminat untuk menjadi Pengekod data (data Entry) secara sambilan (Part Time) bagi Kajian Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2019 (IBM’19).

 KRITERIA PEMILIHAN PENGEKOD DATA (DATA ENTRY)

i. Warganegara Malaysia;
ii. Terbuka kepada mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja.
iii. Berumur di antara 21 Hingga 40 Tahun;
iv. Mempunyai Komputer/Laptop;
v. Mempunyai pengalaman sebagai pengekod data (data Entry);
vi. Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Diploma atau mana-mana Sijil Kemahiran
vii. Mahir Menggunakan “Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS);
viii. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan sosial menjadi keutamaan dalam pemilihan ini;
ix. Berdisiplin, berdedikasi, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan;
x. Pihak IYRES berpuas hati ke atas prestasi pelaksanaan tugas-tugas pengekodan data terdahulu yang telah dipertanggungjawabkan (hanya kepada mereka yang pernah dilantik sebagai pengekod data kajian IYRES sahaja)
xi. Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa.

PANDUAN PENGEKOD DATA BAGI KAJIAN PENILAIAN OUTCOME INDEKS BELIA MALAYSIA 2019 (IBM’19)
1. Pengekod data WAJIB menghadiri sesi taklimat Pengekod data yang dikendalikan oleh Penyelidik IYRES;

2. Pengekod data akan menerima satu set manual Pengekod data yang dibekalkan semasa sesi taklimat yang dikendalikan oleh Penyelidik IYRES;

3. Pengekod data perlu memastikan setiap perkara dalam borang diisi dengan lengkap di dalam sistem. Pihak IYRES berhak untuk menolak borang yang tidak lengkap atau dikira sebagai ‘borang rosak’;

4. Pengekod data perlu menyimpan kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam borang yang direkodkan;

5. Pengekod data perlu merekodkan maklumat tersebut ke dalam “Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) Versi 24 dan ke atas dan memulangkan semula kepada pihak IYRES selewat-lewatnya 7 hari selepas menerima borang;

6. Pihak Pengurusan IYRES akan membuat pembayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan menerusi akaun enumerator melalui “Electronic Fund Transfer” (EFT) IYRES;

7. Pengekod data harus memaklumkan kepada pihak IYRES sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan sebagai Pengekod data lebih awal dari tempoh yang diberikan.

i. Memaklumkan seminggu selepas tarikh taklimat;
ii. Perlu menyerahkan baki borang kepada IYRES;
iii. Pihak IYRES akan mengeluarkan surat tamat perkhidmatan kepada Pengekod data.

Kepada calon yang berminat: Anda boleh mendaftar butiran anda pada borang yang disediakan (Sila MUAT TURUN BORANG di sini)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 23 Ogos 2019 (Jumaat)
Sila emailkan borang permohonan tersebut kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
• Calon yang berjaya akan dipanggil ke sesi taklimat yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak IYRES.
• Calon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas sebulan dari tarikh permohonan adalah dikira tidak berjaya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, anda boleh menghubungi pegawai kami atas talian berikut:
En. Shah Romnizam Ramli 03 8871 3331

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.