mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

Academic Attachment Programme (ACAP)

Academic Attachment Program (ACAP) merupakan satu inisiatif yang ditawarkan oleh IYRES kepada individu yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan. Keutamaan diberikan kepada para akademik yang mempunyai latar belakang akademik mengkhusus dalam bidang pembangunan belia bagi menjalani penempatan di IYRES.

ACAP terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja yang ingin menjalani program penempatan di IYRES selama minimum enam (6) bulan atau maksimum sembilan (9) bulan. (merujuk kepada tempoh perkhidmatan di institusi pengajian tinggi).

Dalam tempoh penempatan, calon akan bersama-sama terlibat dalam proses pengurusan penyelidikan, pertukaran kepakaran dan maklumat serta idea dalam aspek pembangunan belia. Menerusi ACAP, calon-calon diberikan peluang mengendalikan penyelidikan atau menyumbangkan hasil sesuatu penyelidikan dalam bentuk penerbitan sebagai outcome penempatan di IYRES. Ahli akademik yang berminat amat dialu-alukan bagi menyertai ACAP di IYRES.

Kriteria Calon ACAP:-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Kelayakan akademik di peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dari universiti dalam atau luar negara;
  3. Keutamaan diberikan kepada ahli akademik yang berhasrat menjalani sabatikal atau cuti penyelidikan dengan kebenaran pihak universiti;
  4. Berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan;
  5. Calon hendaklah komited dengan suasana pembelajaran dan bersikap membimbing;
  6. Ahli akademik yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pembangunan belia sekurang-kurangnya 10 tahun dan membawa nilai tambah kepada persekitaran pasukan penyelidik IYRES;
  7. Tertakluk kepada keperluan semasa.

Cara Permohonan:-

Mengisi borang permohonan berserta resume kepada alamat berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Aras 10 Menara KBS

No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62570 Putrajaya

No. Tel: +03-88713753

No. Faks: +03-88713342

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi urus setia menerusi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..