mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

perutusan ceo bm

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) kini melewati 10 tahun kewujudannya sebagai institusi penyelidikan ulung khusus dalam bidang pembangunan belia. Berteraskan visi menjadi peneraju pembangunan belia serantau melalui penyelidikan berimpak tinggi menjelang 2025, IYRES kini melangkah lebih jauh ke hadapan dalam mencapai visi dan misi serta peranan kewujudannya sebagai institusi penyelidikan yang berpayung di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pelan Strategik IYRES 2016-2025 menyasarkan agar hasil penyelidikan menjadi rujukan bagi membuat keputusan oleh pihak penggubal dasar khusus dalam pembangunan belia Malaysia secara holistik. Perencanaan ini juga mendukung inisiatif penyerlahan potensi belia menerusi Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2016-2020 serta Dasar Belia Malaysia (DBM). Adalah diharapkan budaya ilmu dan penyelidikan dapat diterapkan dalam kalangan belia terutama pemimpin muda agar mereka lahir sebagai pemimpin berintelek dan berhujah berasaskan fakta.

Lantaran itu, IYRES menyediakan portal laman web www.iyres.gov.my yang boleh diakses oleh pengguna untuk mendapatkan pelbagai informasi mengenai fungsi dan peranan IYRES termasuk hasil kajian dan penerbitan yang dilaksanakan.

‘KNOWLEDGE | ACTION | IMPACT’
DR. ZAINAH BT SHARIFF
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
IYRES