jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian

Program IYRES

Events Calendar

Flat View
By Year
Monthly View
By Month
Weekly View
By Week
Daily View
Today
Search
Search
TRAVELOG ILMU SIRI 3/2018
Wednesday, September 12, 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 50
by Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Contact Encik Muhammad Hadi Muhammad Nafis (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

travelog-ilmu-siri-3

YBhg. Dato' Seri /Dato'/ Datuk/ YBrs. Dr. / Tuan / Puan,

Dengan hormatnya saya mohon menarik perhatian YBhg. Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan kepada perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS dan Puspanita Cawangan KBS akan menganjurkan Program Travelog Ilmu Siri 3/2018 dengan topik Sindiket Pemerdagangan Manusia.

3.         Program Travelog Ilmu Siri 3/2018 merupakan platform perkongsian ilmu untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan isu pemerdagangan manusia. Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran diantara pihak yang membuat keputusan (pengubal dasar) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) belia dalam membantu serta melancarkan operasi pihak berkuasa dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia di Malaysia.  

4.         Sesi ini menyasarkan penjawat awam, swasta dan golongan belia untuk mendapatkan ilmu serta pengetahuan baru di luar bidang tugasan. Output sesi ini dijangka dapat diaplikasikan dalam bidang pengurusan dan menyumbang kepada aspek pembangunan belia di Malaysia.

5.         Sehubungan itu, YBhg. Dato' Seri /Dato'/ Datuk/ YBrs. Dr. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menghadiri dalam program tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                                                                                Tarikh   : 13 September 2018 (Khamis)

                                                                                Masa    : 9.00 pg - 12.00 tgh

                                                                               Tempat : Dewan Serbaguna Podium B, KBS Putrajaya

 6.         Bersama ini dilampirkan maklumat program sebagai rujukan YBhg. Dato' Seri /Dato'/ Datuk/ YBrs. Dr. / Tuan / Puan. Kerjasama pihak YBhg. Dato' Seri /Dato'/ Datuk/ YBrs. Dr. / Tuan / Puan adalah dipohon agar dapat mengembalikan senarai pengesahan kehadiran mengikut format di Lampiran sebelum atau 12 September 2018 (Rabu) agar pihak IYRES dapat menyelaras tindakan selanjutnya. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pegawai kami Encik Muhammad Hadi Muhammad Nafis (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan Puan Noor' Ayu Binti Sharif (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)sedia membantu pihak YBhg. Dato' / YBrs. Dr. / Tuan / Puan di talian 03-8871 3337/3640.

Perhatian dan kerjasama yang diberikan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Muat turun Borang Kehadiran Program Travelog Ilmu Siri 3/2018 disini

SUMBER:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
"KNOWLEDGE . ACTION . IMPACT"

Location Dewan Serbaguna Podium B, KBS Putrajaya