jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 7 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. ALOR SETAR - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di sini mengalami kecederaan kepala yang parah serta patah kaki selepas didakwa terjun dari tingkat empat bangunan sekolahnya. Insiden ini dipercayai berlaku pada 6.50 pagi pada hari ini. Mangsa berumur 17 tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan masih bernafas ketika dijumpai oleh pegawai perubatan.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/07/student-jumps-off-fourth-floor-of-school-building-in-alor-setar/#vV2oAS2wOe34Fyks.99

2. KUALA LUMPUR - Pengganti Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak semestinya Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau mengikut penggiliran seperti pusingan terdahulu. Sebaliknya, ia bergantung kepada keputusan undi rahsia Majlis Raja-Raja dan persetujuan sultan yang dipilih. Pakar perlembagaan, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz berkata, walaupun wujud senarai kekananan mengikut penggiliran terdahulu, Majlis Raja-Raja mempunyai kebebasan untuk memilih tanpa menurut se¬narai itu.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bergantung-budi-bicara-majlis-raja-raja-1.817260#ixzz5btGqL3yi

3. KUALA LUMPUR: Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) menyasar untuk meningkatkan liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk sekurang-kurangnya lima kali ganda kepada 98 peratus menjelang 2023 dengan kelajuan minimum 30 megabait sesaat (Mbps). Ia bakal direalisasikan dengan penggunaan spektrum 700MHz selain secara berperingkat mengeluarkan rangkaian kuprum.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/01/516961/nfcp-sasar-98-peratus-liputan-jalur-lebar-pada-2023

Berita Luar Negara

1. BANGKOK - Ratusan aktivis anti-junta berkumpul di ibu kota Thailand semalam bagi menggesa kerajaan tentera menghormati pilihan raya yang sekian lama ditunggu ditetapkan 24 Februari ini, ketika khabar angin tersebar tarikh itu mungkin ditunda sekali lagi. Junta yang memerintah Thailand sejak ia menyingkirkan kerajaan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dalam satu rampasan pada 2014 berkata, ia akan mengadakan pilihan raya 24 Februari ini, selepas beberapa penangguhan. Namun Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn masih belum menandatangani satu dekri yang membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan satu tarikh rasmi, meningkatkan kebimbangan pemilihan akan ditunda.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/01/516911/penunjuk-perasaan-thailand-gesa-pilihan-raya-februari

2. BEIJING - China meluluskan undang-undang baharu bagi melaksanakan tindakan sinicize atau menerapkan nilai-nilai China ke dalam agama Islam bagi tempoh lima tahun akan datang, langkah terbaharu oleh Beijing untuk 'menulis semula' bagaimana agama itu perlu diamalkan. Portal berita al-Jazeera yang memetik akhbar berbahasa Inggeris utama China, Global Times melaporkan, melalui undang-undang baharu itu, kerajaan bersetuju untuk 'membimbing' Islam agar bersesuaian dengan fahaman sosialisme dan melaksanakan langkah-langkah membentuk Islam mengikut acuan sinicize.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/china-8216-tulis-semula-8217-amalan-islam-1.817115#ixzz5btK6c2d2

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 8 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. KUALA LUMPUR - Keyakinan dalam kalangan korporat dan perusahaan kecil sederhana (PKS) turun ke tahap terendah sejak kaji selidik Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) dijalankan dua tahun lepas berikutan peningkatan kebimbangan terhadap landskap ekonomi yang lemah. Menurut Kaji selidik yang dijalankan oleh RAM Holdings Bhd. dan RAM Credit Information Sdn. Bhd. ke atas 3,500 firma di negara ini, indeks korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi suku pertama dan suku kedua 2019, masing-masing turun kepada 55.1 mata dan 51.0 mata daripada 55.7 mata dan 53.5 mata pada suku keempat 2018 dan suku pertama 2019.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/korporat-pks-bimbang-landskap-ekonomi-1.817852#ixzz5bz2znBcm

2. KUALA NERUS - Kerajaan akan mengubah kurikulum di sekolah dengan memberi tumpuan kepada tiga aspek penting iaitu penguasaan terhadap ajaran Islam sebenar, bahasa Inggeris serta ilmu Sains dan Teknologi. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata objektif dasar pendidikan negara bukan hanya memberi ilmu kepada anak-anak sebaliknya, turut membentuk peribadi lebih baik kepada setiap warganegara. Justeru, beliau berkata, kerajaan dan warga pendidik perlu memberi tumpuan kepada ajaran agama berkenaan dengan nilai-nilai hidup yang patut dipegang oleh orang Islam.
Sumber: Berita Harian Online;https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/517252/kurikulum-sekolah-tumpu-agama-islam-bahasa-inggeris-sains-dan

3. PETALING JAYA – Satu gelombang haba sedang melanda Malaysia dengan pakar cuaca berkata fenomena ini dibawa oleh ribut tropika Pabuk. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Alui Bahari berkata keadaan panas ini berlaku disebabkan perubahan arah angin di rantau ini. Tambahnya lagi, keadaan panas ini hanya sementara that cuaca akan kembali normal.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/08/experts-current-heat-wave-due-to-pabuk/#c2sMzf6s4SjjJYm3.99

Berita Luar Negara

1. HEART - Kumpulan militan Taliban membunuh sekurang-kurangnya 10 anggota keselamatan dan militia prokerajaan dalam serangan 24 jam pada dua pintu masuk di barat Afghanistan. Jurucakap Gabenor Wilayah, Jamshid Shahabi berkata, sekurang-kurangnya 15 militan dibunuh dalam pertempuran di daerah Qadis dan Ab Kamari yang bermula semalam.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/taliban-bunuh-10-anggota-keselamatan-di-aghanistan-1.817856#ixzz5bz6HXT7Z

2. KHARTOUM - Lebih 800 penunjuk perasaan ditahan daripada 381 demonstrasi antikerajaan yang diadakan di Sudan sejak bulan Disember tahun lalu. Menurut Menteri Dalam Negeri, Ahmed Bilal Osman, jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga hari ini ialah 816 orang. Jumlah itu diberikan secara rasmi sejak demonstrasi berlaku pada 19 Disember lali berikutan kerajaan menaikkan harga roti.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sudan-lebih-800-penunjuk-perasaan-ditahan-1.817892#ixzz5bz7skAT5

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 9 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang untuk membina rumah mikro berkonsepkan hotel kapsul yang mensasarkan individu bujang berpendapatan B40. Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata rumah mikro itu menyediakan 200 bilik dengan kadar sewa RM100 sebulan untuk setiap orang. Beliau berkata, pihaknya mensasarkan projek perumahan mikro pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman akan siap dilancar, sekali gus boleh diduduki pada tahun ini.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/01/517583/dbkl-bina-rumah-mikro-untuk-orang-bujang-baru-bekerja-gaji-rendah

2. PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan bercadang untuk memperluaskan kawasan larangan merokok di semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara dijangka dikuatkuasakan pada tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, cadangan larangan itu susulan daripada penguatkuasaan larangan merokok di premis makan dan dalam bangunan di kawasan Parlimen. "Kami (Kementerian Kesihatan) merancang untuk menguatkuasakannya di semua universiti termasuk awam dan swasta. Ia mungkin dalam tahun ini," katanya.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cadang-perluas-larangan-merokok-di-universiti-1.818349#ixzz5c4wQiXpz

3. KUALA LUMPUR - Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, berkata kenaikan tarif sumber asli terbabit perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri itu dari sudut perkhidmatan.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/517672/tarif-air-dijangka-naik-dr-xavier

Berita Luar Negara

1. LONDON - Semua penerbangan berlepas dari lapangan terbang paling sibuk di Eropah, Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dihentikan sementara selama sejam semalam selepas sebuah dron dilihat berlegar di situ. Pengurusan lapangan terbang itu menerusi satu kenyataan di Twitter berkata, mereka sedang bekerja sama rapat dengan Polis Metropolitan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Operasi penerbangan yang mendarat di Heathrow bagaimanapun berjalan seperti biasa
Sumber: Berita Harian; https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/01/517685/heathrow-henti-penerbangan-selama-sejam-akibat-dron

2. NEW YORK - Sebilangan rakyat Amerika Syarikat (AS) menyalahkan Presiden Donald Trump atas penutupan sebahagian kerajaan yang akan memotong gaji kakitangan persekutuan minggu ini, walaupun kebanyakan ahli Republikan menyokong keengganan beliau untuk meluluskan peruntukan bagi membina tembok di sempadan AS-Mexico menggunakan duit pembayar cukai. Persepsi ini adalah hasil daripada pengundian yang dijalankan oleh Reuters/Ipsos. Pengundian pendapat yang berjalan dari 1 hingga 7 Januari menunjukkan 51% menyatakan Presiden itu 'wajar dipertanggungjawab kesilapan' atas penutupan yang memasuki hari ke 18 pada Selasa. Peratusan terkini itu bertambah sebanyak 4% daripada pengundian yang sama dijalankan dari 21 hingga 25 Disember 2018.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/world/2019/01/09/a-growing-number-of-americans-blame-trump-for-shutdown--reutersipsos-poll/#3CzUKVwJ0BWCdmSV.99

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 10 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. GUA MUSANG - Seorang peneroka di Felda Aring 1 di sini memilih untuk mengusahakan tanaman durian belanda sebagai alternatif menambah pendapatan kerana tidak lagi boleh bergantung kepada tanaman kelapa sawit yang harganya jatuh. Sejak tiga tahun lalu, Nik Azmi Raja Ismail, 60, telah menanam sebanyak 1,665 pokok durian belanda di kawasan seluas 2.4 hektar serta mengesyorkan dan bersedia membantu golongan belia yang berminat untuk mengusahakan tanaman durian belanda ini
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/durian-belanda-ganti-8216-peranan-8217-kelapa-sawit-1.819328#ixzz5cAlDjX2R 2. KUALA TERENGGANU - Khabar gembira buat golongan belia apabila mereka berpeluang memohon mendapatkan lesen motosikal percuma di bawah program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2019 yang akan dibuka mulai 1 Februari hingga 1 Mac depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, mereka yang berusia 16 hingga 40 tahun serta layak boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan serahan borang di mana-mana pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan masing-masing.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/permohonan-lesen-motosikal-percuma-dibuka-1-februari-depan-1.818995#ixzz5cAlXgZbJ

3. KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada semua pengusaha premis makanan di negeri ini supaya tidak sesekali memperdaya atau mengelirukan pengguna terutama umat Islam. Kesalahan itu termasuk ketiadaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta mempamerkan tulisan dan memasang bacaan ayat suci al-Quran di premis makanan walaupun pemiliknya bukan beragama Islam.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/01/517958/pemilik-restoran-diingatkan-tidak-perdaya-pelanggan-islam

Berita Luar Negara

1. BANGKOK - Menteri Luar Australia, Marise Payne berada di Bangkok pada Khamis selepas Canberra mempertimbangkan untuk memberi suaka kepada seorang wanita Arab Saudi berusia 18 tahun yang terbang ke Thailand kerana khuatir keluarganya yang didakwa mendera akan membunuhnya. Beliau juga dijangka akan membincangkan kes pemain bola sepak Bahrain dengan status suaka Australia yang ditahan di Thailand dan berhadapan ekstradisi ke Bahrain. Remaja Arab Saudi itu, Rahaf Mohammed al-Qunun kini sedang menginap di sebuah hotel di Bangkok di bawah jagaan agensi pelarian UN (UNHCR) yang sedang memproses permohonan sebagai pelarian serta kemungkinan penempatan di Australia.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/world/2019/01/10/australian-foreign-minister-in-thailand-as-saudi-teen-seeks-asylum/#Zkm2e6o0wTLj4KJx.99

2. SAO PAULO - Polis Brazil semalam memulakan penyiasatan kes pembunuhan kejam sepasang suami isteri rakyat Bolivia dan anak lelaki mereka berusia 8 tahun selepas menemui bahagian tubuh kesemua mangsa dalam sebuah beg pakaian di pinggir Sao Paulo. Menurut pihak berkuasa, anggota badan Jesus Reynaldo Condori, 39, isterinya Irma Morante Sanizo, 38 dan anak lelaki mereka, Abner Morante Condori ditemui lewat Selasa lalu. Polis dalam satu kenyataan kepada laman web berita G1 memberitahu, kesemua anggota tubuh mangsa diletakkan dalam plastik sebelum disumbat dalam tiga beg pakaian dan ditemui di bilik air rumah keluarga malang itu yang terletak di Itaquaquecetuba.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2019/01/518072/beg-pakaian-berisi-anggota-badan-tiga-sekeluarga-ditemui

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 11 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. KUALA LUMPUR - Kerajaan disarankan untuk mengambil langkah proaktif menangani isu penyakit mental dengan lebih serius menerusi program pembangunan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu dilihat mampu membendung masalah sosial melibatkan penyakit berkenaan. Katanya, langkah mempromosi program pembangunan kesihatan mental di peringkat komuniti juga perlu diperbanyakkan bagi mendekati golongan tersebut.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/nasional/seperti-bom-jangka-masalah-penyakit-mental-1.820084#ixzz5cGg0ANYH

2. KUALA LUMPUR – Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) boleh dibuka kepada bukan Bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah bagi menjamin keseimbangan persaingan antara pelbagai kaum di negara ini. Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub, ketika mengutarakan pendirian itu menyifatkan Malaysia kini berada di persimpangan sejarah yang berupaya menyaksikan laluan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi berkenaan diperluaskan untuk bukan Bumiputera. Arshad antara perintis yang menerajui penubuhan UiTM berkata, Melayu dan Bumiputera belum bersedia untuk menempuh saingan secara terbuka dengan kaum lain di negara ini untuk merebut kekosongan bagi kursus pengajian prasiswazah.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/518437/pengajian-pascasiswazah-uitm-boleh-dibuka-kepada-bukan-bumiputera

3. TEMERLOH - Seorang pesara guru kerugian kira-kira RM120,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam yang memperdaya mangsa dengan dakwaan terlibat dalam penggubahan wang haram. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, dalam kes itu, mangsa berusia 84 tahun melakukan transaksi pindahan wang sebanyak lapan kali dari 31 Disember 2018 hingga Selasa lepas. Menurutnya, mangsa kemudian mengikut arahan individu berkenaan dengan membuat transaksi pindahan wang di beberapa buah bank di sini sebelum sedar diperdaya.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pesara-guru-rugi-rm120-000-diperdaya-macau-scam-1.820027#ixzz5cGieDsTG

Berita Luar Negara

1. WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat sedang memindahkan beberapa peralatan ketenteraan dari Syria, susulan arahan Presiden Donald Trump, kata seorang pegawai pertahanan. Pemindahan peralatan sejak beberapa hari lalu sudah dilaporkan Cable News Network (CNN), yang memetik kenyataan pegawai pendakwaan yang mempunyai pengetahuan langsung berhubung operasi itu dan ia memberi isyarat awal pengunduran tentera AS, Asia Barat. Laporan CNN juga mendedahkan pegawai itu terdahulu berkata, Pentagon memberi isyarat presiden sedang berusaha ke arah matlamat untuk melaksanakan keputusan beliau bulan lalu.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2019/01/518567/mula-memindahkan-peralatan-tentera-dari-syria

2. BANGKOK - Sebanyak empat sukarelawan pertahanan awam Thailand maut apabila sekumpulan lelaki yang berpakaian ala tentera melepaskan tembakan rambang ke arah mereka dalam satu kejadian di sebuah sekolah di daerah Yarang, Pattani. Bangkok Post yang memetik Timbalan Ketua Siasatan Balai Polis Yarang, Leftenan Polis Wicha Noopaennoi sebagai berkata, kesemua mangsa dibunuh di Sekolah Bukoh, mukim Prachan kira-kira pukul 11.45 pagi waktu tempatan. Ke-semua mang¬sa terbabit bertugas untuk melin¬dungi guru dan murid di sekolah itu ketika keganasan di wilayah selatan negara ini tidak menunjukkan tanda akan reda.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/empat-maut-diserang-pemisah-di-sekolah-1.819889#ixzz5cGlNcLmt

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 14 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. PADANG BESAR - Ibu bapa disaran menggalakkan anak-anak menyertai Pertubuhan Pengakap khususnya di sekolah-sekolah. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ini adalah kerana pengakap mampu membimbing anak-anak untuk membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan keperibadian seperti yang ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Presiden DiRaja Pengakap Perlis turut menambah bahawa pada masa yang sama, para pemimpin Pengakap diharap agar berupaya untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan memimpin golongan kanak-kanak dan belia hari ini dari segi pembentukan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mereka.

Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perlis/pengakap-medium-bentuk-sahsiah-diri-raja-muda-perlis-1.821899#ixzz5cY1ckJAg 2. KOTA KINABALU - Suspek lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan di rumah tingkat 4 pangsapuri di Taman Telipok Ria, Tuaran, mati ditembak jam 5.35 petang tadi. Difahamkan, tindakan itu dilakukan selepas suspek enggan menyerahkan kanak-kanak terbabit walaupun polis sudah melakukan usaha memujuknya. Kedengaran beberapa das tembakan menyebabkan suasana di lokasi kejadian kecoh dan tegang, sebelum suspek disahkan ditembak mati.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/519453/terkini-suspek-jadikan-kanak-kanak-tebusan-mati-ditembak

3. KAMPAR - Seorang budak lelaki berusia 14 tahun mengaku bersalah atas kesalahanmerogol kakaknya yang berusia 16 tahun di Mahkamah Majistret di sini. Walaubagaimanapun, tiada hukuman dibacakan setakat ini kerana pihak mahkamah sedang menunggu laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes rogol tersebut telah membawa kepada kelahiran seorang bayi perempuan yang dilahirkan paramatang pada 15 Disember lepas.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/14/boy-14-pleads-guilty-to-raping-16yearold-sister/#p3s2cPKfSXoh178z.99

Berita Luar Negara

1. GAZA - Segalanya bermula dengan sebiji pil. Demikian masalah ketagihan dadah dalam kalangan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dilihat amat membimbangkan, menyaksikan sekatan rejim Zionis di wilayah berkenaan menjadi antara faktor gejala itu berlarutan. Arab News dalam laporan eksklusifnya melaporkan, berdasarkan sumber tidak rasmi, penggunaan dan permintaan beberapa dadah sintetik se¬perti eks¬tasi, ganja serta opioid semakin meningkat dari semasa ke semasa biarpun langkah-langkah pencegahan dilakukan oleh pihak berkuasa.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dadah-8216-agenda-halus-8217-zionis-1.821690#ixzz5cYAr9Hit

2. PARIS - Reporters Without Borders semalam menggesa sesiapa yang mewakili penunjuk perasaan 'ves kuning' Perancis supaya mengutuk pelbagai serangan dan ancaman dilakukan ke atas wartawan di seluruh negara ketika pusingan terbaharu demonstrasi anti-kerajaan. Menurut Christophe Deloire, Setiausaha Agung pemerhati hak asasi media berpusat di sini menggesa jurucakap 'Ves Kuning' mengutuk peningkatan keganasan terhadap wartawan ketika demonstrasi. Ketika beliau memuji penunjuk perasaan yang membantu melindungi pengamal media, pada masa sama pihaknya menyelar individu yang membuat 'ugutan anti-demokratik tidak boleh diterima', mengugut wartawan 'jika mereka tidak membuat liputan seperti mana yang dilihat, justeru penunjuk perasaan berhak menyerang.'
Sumber: Utusan Online: https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/01/519623/pemerhati-media-kutuk-serangan-ves-kuning-terhadap-wartawan

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 15 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. KUALA LUMPUR - Berita gembira kepada para guru seluruh negara apabila bebanan tugas golongan pendidik itu dijangka dapat dikurangkan sehingga 25 peratus selepas ini menerusi pelaksanaan lima inisiatif yang telah dirangka Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. Kesemua inisiatif berkuat kuasa serta-merta itu juga merupakan perancangan jangka pendek di bawah bahagian proses pengajaran yang menjadi tumpuan utama Kementerian Pendidikan tahun ini.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/nasional/beban-guru-kurang-25-peratus-1.822522#ixzz5cdyjumcF

2. PETALING JAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan platform media sosial bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang memiliki harta atau kekayaan luar biasa tetapi gagal mengisytiharkan cukai pendapatan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah, berkata pasukan khas ditubuhkan pada September tahun lalu bagi memantau golongan berkenaan. Beliau berkata, pihaknya mempunyai sistem untuk mengumpul maklumat daripada media sosial terutama membabitkan e-dagang.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/01/519860/lhdn-guna-media-sosial-pantau-kekayaan-luar-biasa

3. KUALA LUMPUR - Sistem bagi menyaring secara dalam talian individu yang akan bekerja atau diambil bekerja dengan kanak-kanak dijangka siap Mac ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga sedang membangunkan sistem itu bagi memastikan kanak-kanak tidak berisiko terdedah kepada mana-mana individu yang berpotensi mendera. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, dengan wujudnya sistem itu, kes penderaan oleh pengasuh boleh dielakkan.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/519759/sistem-saringan-dalam-talian-untuk-pengasuh-siap-mac-ini

Berita Luar Negara

1. TORONTO - Rahaf Mohammed al-Qunun merancang untuk menyambung pelajaran, mendapatkan pekerjaan dan 'menjalani kehidupan normal' di Kanada - antara perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan oleh Rahaf di Arab Saudi, katanya kepada media Kanada. Tambahnya lagi, berada di Kanada merupakan 'perasaan yang sangat baik', serta risiko yang berbalio untuk diambil, ketika memberitahu pemberita dari Canadian Broadcasting Corporation selepas tiba di Toronto dari Bangkok. Qunun menarik perhatian antarabangsa minggu lepas selepas mengunci dirinya di dalam sebuah bilik hotel di lapangan terbang Bangkok selepas enggan pulang ke Arab Saudi kerana didakwa didera oleh keluarganya.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/world/2019/01/15/coming-to-canada-worth-the-risk-says-saudi-teen-refugee/#6ZIoqXiu3lRzZcKq.99

2. BAITULMUQADDIS - Bermula 1 Januari lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Makanan Sedunia (WFP) terpaksa menangguhkan atau mengurangkan bantuan kepada segelintir penduduk Palestin di wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Semuanya kerana badan dunia tersebut berdepan masalah kekurangan pembiayaan dana bantuan. Perkara itu diakui Pengarah WFP untuk wilayah Palestin, Stephen Kearney yang memaklumkan kira-kira 27,000 penduduk Palestin tidak lagi menerima bantuan tersebut sejak tarikh berkenaan.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/makanan-palestin-8216-dicatu-8217-1.822481#ixzz5ceEfIRBp

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 18 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. PUTRAJAYA - Pihak berkuasa sedang melihat kemungkinan meletakkan had masa untuk anak muda berada di luar rumah tanpa pemerhatian orang dewasa bagi melindungi mereka daripada unsur-unsur dan aktiviti negatif. Limitasi berkenaan dilohat boleh mengelakkan anak muda ini daripada terjebak dengan masalah khususnya berkaitan dadah, menurut pihak berkuasa. Perkara ini merupakan antara yang dibangkitkan serta dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membasmi Dadah yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/18/no-more-late-nights-out-for-young-ones-govt-now-mulling-imposing-curfew-on-those-under-the-age-of-18/#y7vFTWzUqe0EPJ1m.99

2. KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Mara (UiTM) harus kekal hanya untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak supaya jumlah golongan itu dalam bidang pengajian tinggi dapat ditingkatkan. Tokoh Pendidikan, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah menjelaskan, ketika ini jumlah pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera di universiti-universiti awam dan swasta termasuk di luar negara hanya pada kadar 35 peratus. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan rencana bekas Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar bertajuk 'Tidak harmoni buka UiTM kepada semua kaum' yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia semalam.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/pendidikan/uitm-tingkatkan-jumlah-melayu-bumiputera-berpendidikan-tinggi-1.824800#ixzz5cvlislqA 3. KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman merekodkan kerugian sebanyak RM14.9 juta membabitkan kes penipuan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) sepanjang tahun lalu. Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, berbanding tahun 2017, jumlah kerugian yang dicatatkan menunjukkan peningkatan sebanyak RM3.3 juta.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penipuan-nombor-tac-rm14-9-juta-kerugian-sepanjang-tahun-lepas-1.824850#ixzz5cwEmdu2i

Berita Luar Negara

1. BOGOTA - 10 maut manakala 65 yang lain cedera apabila sebuah bom kereta meletup di sebuah akademi latihan polis kadet di sini semalam. Kementerian pertahanan berkata, tindakan keganasan itu adalah insiden terburuk pernah berlaku di ibu kota Colombia sejak 16 tahun lalu. Tindakan keganasan itu dilakukan menggunakan sebuah kenderaan yang penuh dengan muatan kira-kira 80 kilogram bahan letupan.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2019/01/521258/10-maut-serangan-bom-kereta-di-akademi-polis-colombia

2. BELGRADE – Presiden Russia, Vladimir Putin, semalam, menuduh pihak berkuasa negara majoriti Muslim, Kosovo melakukan provokasi termasuk mengambil keputusan untuk menubuhkan tentera sendiri. Katanya, tindakan itu meningkatkan ketegangan dengan Serbia dan mungkin menimbulkan kekacauan di rantau terbabit. Putin berkata demikian dalam sidang media di Belgrade, selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/01/521215/tindakan-kovoso-tubuh-tentera-cetus-ketegangan-putin

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 22 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. IPOH - Lima lelaki, termasuk empat pelajar kolej telah ditahan oleh pihak polis di Kuala Kangsar atas pemilikan 1.29g marijuana. Penolong Komisioner OCPD Razali Ibrahim berkata penahanan tersebut dibuat di sebuah rumah di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar sekitar jam 4 pagi. Tambah OCPD Razali lagi, kesemua lima lelaki yang ditahan berumur 21 hingga 24 tahun dengan dua disahkan positif ujian dadah awal.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/22/police-arrest-5-including-4-college-students-for-marijuana/#i8iQO6yBBqSQ7MCD.99

2. KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) menasihatkan orang ramai agar mengambil pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) mengikut kemampuan supaya ansuran bulanan boleh dibayar menggunakan wang sendiri. PNB menerusi kenyataan di sini berkata, melalui cara itu modal pelaburan mereka akan berkembang dari tahun ke tahun dan pelabur memiliki tabungan jauh lebih besar berbanding jumlah pinjaman diambil di akhir tempoh pinjaman.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/nasional/labur-asb-ikut-kemampuan-1.826749#ixzz5dJ4SzKF7

3. PETALING JAYA - Satu inisiatif bank makanan bagi mengatasi isu pembaziran makanan akan diluaskan ke semua negeri susulan projek rintis di lapan negeri. Projek rintis ini telah dilaksanakan di beberapa negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Sabah, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tambahnya lagi, Ketua Setiausaha kementerian ini telah dilantik untuk mempengerusikan inisiatif bank makanan dengan penubuhan Yayasan Bank Makanan Malaysia untuk melaksanakan program tersebut.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/22/food-bank-initiative-almost-covers-all-states-consumer-ministry-assures-no-red-tape-in-identifying-r/#3IliujAK72xyROfZ.99

Berita Luar Negara

1. LUXEMBOURG - Kes rasuah meningkat di Malaysia disebabkan lebih banyak aduan diterima daripada rakyat yang tidak lagi takut melaporkan kegiatan rasuah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan, ini ada kaitan dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melaksanakan strategi dan pendekatan telus dalam memerangi rasuah dan salah laku, katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Memerangi Rasuah Di Malaysia: Pencapaian, Cabaran dan Perspektif di Akademi Anti-Rasuah Antarabangsa (IACA) di sini.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/522505/rakyat-kini-lebih-berani-melaporkan-rasuah-dr-mahathir

2. RAMALLAH - Sekurang-kurangnya 100 banduan Palestin cedera dalam pertempuran dengan pengawal di Penjara Ofer, Tebing Barat semalam. Menurut Persatuan Kelab Penjara Palestin dalam satu kenyataan dikeluarkan, banduan mengalami kecederaan selepas diserang bertubi-tubi oleh pengawal penjara. Tambah kenyataan itu, pengawal penjara menggunakan peluru besi bersalut getah, gas pemedih mata, kayu dan anjing.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/100-banduan-palestin-cedera-1.827052#ixzz5dJ1RfBJQ

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 25 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. BANGKOK - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bersama bagi membincangkan dengan lebih terperinci cadangan pembinaan Jambatan Persahabatan antara Malaysia dan Thailand akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mac ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Thailand, berkata kedua-dua negara bersetuju untuk mempercepatkan proses pembinaan jambatan yang akan menghubungkan Kelantan dengan Narathiwat; iaitu Jambatan Tak Bai-Pengkalan Kubor dan Sungai Golok-Rantau Panjang.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/523739/malaysia-thailand-setuju-segerakan-pembinaan-dua-jambatan

2. PUTRAJAYA - Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 28 Januari ini dibuat mengikut pangkalan data dan kaedah lama. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum Februari. Guan Eng berkata, proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga, selaras penambahbaikan program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/523600/fasa-pertama-bayaran-bsh-guna-data-lama-guan-eng

3. JOHOR BAHRU - Polis berjaya mematahkan cubaan penyeludupan arak dan rokok haram dalam operasi yang dijalankan di empat lokasi sekitar negeri ini dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM13.7juta. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, pihaknya turut menahan empat suspek berusia antara 37 hingga 49 tahun. Katanya, rampasan dalam operasi itu melibatkan rokok seludup bernilai RM12.29 juta manakala nilai arak pula RM1.4 juta.
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rm13-7-juta-rokok-minuman-keras-dirampas-1.829090#ixzz5db18JFQK

Berita Luar Negara

1. BAITULMUQADDIS - Pendakwa raya Israel mengemukakan dakwaan terhadap seorang pelajar berusia 16 tahun yang terbabit dalam insiden membaling batu sehingga mengakibatkan kematian seorang wanita Palestin dalam keretanya. Lapor al-Jazeera, remaja berkenaan yang tidak didedahkan identitinya, merupakan salah seorang daripada lima pelajar yang ditahan susulan insiden tersebut. Wanita itu, Aisha al-Rawbi, 47, maut akibat kecederaan di kepala selepas terkena batu yang dilempar oleh remaja tersebut ketika kereta dipandu oleh suaminya melalui penempatan haram Israel di Tebing Barat pada 12 Oktober lalu.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-dakwa-remaja-sebabkan-kematian-wanita-palestin-1.829092#ixzz5db0prWSF

2. KABUL – Pengasas bersama Taliban dilantik sebagai ketua pejabat politik pergerakan itu di Qatar semalam untuk mengukuhkan kedudukannya dalam rundingan damai dengan Amerika Syarikat ketika cuba membangunkan mekanisme menamatkan perang 17 tahun itu. Mullah Abdul Ghani Baradar yang dibebaskan dari penjara di Pakistan pada Oktober lalu diberikan kuasa mengetuai pasukan politik dan membuat keputusan, kata dua sumber Taliban di Afghanistan.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/01/523853/pengasas-taliban-sertai-rundingan-damai-dengan

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 28 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan menggalakkan golongan anak muda dan pesara menjadi sukarelawan hospital atau mana-mana badan dalam usaha membawa kebahagiaan kepada kumpulan sasar. Beliau turut menggesa pihak berkenaan termasuk hospital memberikan sokongan dalam usaha itu, yang menyeru pengarah-pengarah hospital dan warga kerja supaya memberi kerjasama penuh kepada para sukarelawan ini serta menyokong usaha mereka dalam membantu insan lain.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/524756/galak-anak-muda-pesara-menjadi-sukarelawan-hospital

2. PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan menambah baik program yang ditawarkan di Kolej Vokasional (KV) dikendalikan kementerian bagi memastikan setiap program memperoleh akreditasi yang sewajarnya, melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sekali gus meningkatkan tahap kebolehpasaran pelatih. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata selepas tujuh tahun program peringkat Diploma Kolej Vokasional diperkenalkan, sudah tiba masanya program yang ditawarkan di KV memberi keutamaan kepada standard pendidikan yang tinggi selaras dengan hasrat melahirkan pelatih yang berkualiti tinggi.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/01/524694/tambah-baik-program-untuk-jamin-kebolehpasaran-pelatih-kv

3. PASIR SALAK - Program Car Boot Sale Langkap 2019 membuka tirai penuh meriah de¬ngan menampilkan 60 gerai bagi belia berniaga untuk meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi keluarga. Pengerusi Kelab Belia Sejagat (Kebas) Langkap, Muhammad Azizul Kasim berkata, penganjuran program itu berjaya direalisasi dengan kerjasama Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) yang memberikan tapak untuk berniaga. Beliau berkata, program itu bukan sahaja menjadi medium terbaik kepada masyarakat di sini khususnya golongan muda untuk berniaga, malah mendapat sambutan baik dalam kala¬ngan penduduk setempat.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perak/i-car-boot-sale-i-langkap-galak-belia-berniaga-1.830691#ixzz5ds5u1D4U Berita Luar Negara

1. MANILA - Sekurang-kurangnya 17 maut dalam dua letupan bom di gereja di selatan Filipina, kata tentera hari ini, beberapa hari selepas undian bagi wilayah autonomi baru Islam. Letupan pertama berlaku di dalam gereja Katolik di Jolo pagi ini ketika satu perayaan dijalankan, dan diikuti dengan letupan kedua di lot letak kenderaan ketika tentera bertindak balas kepada kejadian pertama, kata jurucakap tentera wilayah, Kolonel Gerry Besana. Gambar yang dikeluarkan polis menunjukkan serpihan berselerak berhampiran pintu masuk gereja dan sebuah trak tentera rosak dengan cermin pecah.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/01/524615/dua-letupan-bom-di-filipina-ragut-17-nyawa

2. CAIRO - Daesh berkata telah membunuh 30 tentera Nigeria dalam satu serangan di bahagian timur laut negara itu di Borno, kenyataan yang diragui oleh pihak tentera Nigeria. Seorang jurucakap tentera Nigeria berkata, serangan kepada tentera oleh pemberontak di sebuah kampung di Logomani, Borno berjaya dipatahkan dan lapan tentera telah cedera dengan tiada kecederaan serius. Borno merupakan kawasan yang terkesan dengan teruk akibat daripada pemberontak yang menyerang kem tentera Nigeria sejak beberapa bulan ini.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/world/2019/01/28/islamic-state-says-it-killed-30-nigerian-soldiers--amaq/#5EdtSZdyVXrToKb3.99

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 29 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang menggariskan lima inisiatif bagi menangani campur tangan ahli politik dalam perkhidmatan awam dan pentadbiran pihak berkuasa tempatan. Lima inisiatif itu akan diterajui tiga jabatan iaitu Jabatan Perdana Menteri; Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan. Antara lima inisiatif itu adalah melarang anggota pentadbiran atau individu berpengaruh daripada mengeluarkan surat sokongan ke atas mana-mana permohonan atau projek.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/525242/nacp-5-inisiatif-cegah-campur-tangan-ahli-politik

2. KUALA LUMPUR - Kerajaan akan merangka Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) yang pertama seumpamanya dalam usaha mewujudkan rumah mampu milik yang kondusif kepada kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata DRMM yang menjadi sub kepada Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025) itu, akan menggariskan spesifikasi dan panduan kepada pemaju untuk pembangunan rumah mampu milik. Katanya, antara intipati DRMM adalah menetapkan keluasan minimum rumah mampu milik di negara ini pada 900 kaki persegi.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/525017/kerajaan-rangka-dasar-perumahan-mampu-milik-negara-untuk-b40

3. PUTRAJAYA - Insentif bagi kos pengangkutan akan disediakan bagi golongan berpendapatan rendah B40 di bawah pelan pelindungan kesihatan yang kini dinamakan Skim Peduli Kesiahatan (PeKa B40), selain daripada pemeriksnaan kesihatan, bantuan alatan perubatan dan insentif melengkapkan rawatan barah. Mereka yang layak di Semenanjung Mal¬aysia akan diberi sehingga RM500 untuk setiap penyakit dan sehingga RM1,000 kepada yang tinggal Sabah dan Sarawak. Insentif ini dan faedah-fadah lain akan dilaksanakan secara berperingkat yang bermula dengan peruntukan RM100 juta untuk projek rintis pada bulan Mac yang merangkumi 800,000 penerima yang layak di seluruh negara.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/29/better-healthcare-access-with-peka-b40-new-scheme-to-provide-medical-incentives/#sxAVuCwMQfZGyOFX.99

Berita Luar Negara

1. TEBING BARAT - Kira-kira 1,000 penduduk Badwi Palestin berdepan ancaman kehilangan tempat tinggal selepas Israel bercadang meluaskan pembinaan le¬buh raya baharu di wilayah Naqab dekat sini. Al-Jazeera melaporkan, pembinaan laluan bagi seksyen baharu lebuh raya yang dikenali sebagai Road 6 sebelum ini menyebabkan kira-kira 100 keluarga penduduk Badwi menerima nasib sama. Keadaan diburukkan lagi de¬ngan 'ancaman' Menteri Pertanian Israel, Uri Ariel pada Disember tahun lalu untuk menggunakan ke¬sempatan tersebut bagi menghalau kira-kira 900 lagi keluarga penduduk Badwi.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/zionis-halau-1-000-badwi-1.831305#ixzz5dy5RrXPB

2. ROME (Reuters) - Itali sedang menimbang memanggil semula pasukan tenteranya di Afghanistan dalam masa setahun, menurut sumber daripada pegawai kanan kementerian pertahanan berikutan laporan penarikan pasukan tentera oleh Amerika Syarikat. Sumber tersebut memberitahu sekumpulan wartawan bahawa Menteri Pertahanan, Elisabetta Trenta telah mengeluarkan arahan supaya pihak tentera untuk memulakan penarikan penuh tentera Itali dalam jangka masa setahun. Itali telah meletakkan tentera di Afghanistan untuk lebih 15 tahun dan menurut kementeriannya mempunyai 900 anggota yang terlibat dalam misi yang dikendalikan oleh NATO.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/world/2019/01/29/italy-considering-afghan-pullout-within-a-year--defence-source/#PQ39gGt37wXEw1wL.99

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 30 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. KUALA LUMPUR - Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (Dana BNM) dengan peruntukan berjumlah RM1 bilion dijangka dapat meningkatkan kemampuan kumpulan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama dengan kadar pembiayaan rendah sebanyak 3.5 peratus setahun. Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, selain daripada membantu segmen sasar di seluruh negara membiayai pembelian rumah pertama mereka, insentif tersebut juga dianggarkan dapat menyumbang kepada ansuran bulanan lebih rendah iaitu 23 peratus berban¬ding skim pembiayaan sedia ada.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/rebut-dana-bnm-rm1-bilion-1.832014#ixzz5e3xaUjlg

2. KUALA LUMPUR - Bebanan yang ditanggung akibat peningkatan kos sara hidup mungkin antara penyebab segelintir penjawat awam terlibat dalam gejala rasuah. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pe¬kerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda membe¬ritahu, besar kemungkinan penja¬wat awam tidak mempunyai pilihan menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi mereka dan memilih untuk mene¬rima atau meminta rasuah. Jelasnya lagi, walau bagaimanapun, penjawat awam tidak boleh menjadikan faktor kewangan sebagai alasan menghalalkan kesilapan mereka dan melibatkan diri dengan gejala rasuah.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kos-sara-hidup-jadi-punca-1.832055#ixzz5e3yS1CEx

3. KUALA LUMPUR - Ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman jika beliau dibebaskan oleh kerajaan republik berkenaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Beliau berkata, pemantauan berkenaan perlu dibuat susulan terdapat elemen-elemen kegiatan Jemaah Islamiah (JI) di negara ini. Mohamad Fuzi berkata pihaknya akan menghubungi Polis Republik Indonesia (Polri) bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai Abu Bakar.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/525338/abu-bakar-bashir-dipantau-ketua-polis-negara

Berita Luar Negara

1. MANILA (Reuters) - Satu bom tangan dilempar ke dalam sebuah masjid di selatan Filipina telah mengakibatkan dua orang terbunuh dan mencederakan empat orang menurut pegawai keselamatan. selepas tiga hari kejadian pengeboman berkembar di sebuah gereja di pulau berdekatan yang mengorbankan 21 orang. Kejadian itu berlaku sewaktu tengah malam di Zamboanga, sebuah kawasan yang didominasi penganut Kristian di wilayah Mindanao. Pihak tentera menggesa orang awam untuk tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh mencetuskan spekulasi dalam kalangan masyarakat.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/world/2019/01/30/grenade-attack-on-mosque-kills-two-in-philippines-south--security-official/#iceXorfU423Jt38W.99

2. CARACAS - Mahkamah Agung Venezuela melarang Juan Guaido, yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden, meninggalkan negara itu dan membekukan akaun bank miliknya semalam, ketika pemimpin Nicolas Maduro berusaha menyekat ketua pembangkang disokong Amerika Syarikat (AS) itu. Tindakan itu dibuat selepas Jabatan Negara AS mendedahkan, Guaido, ketua Perhimpunan Kebangsaan dan presiden sementara yang diisytihar sendiri, mengambil alih kawalan akaun bank AS di Venezuela.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2019/01/525601/venezuela-larang-guaido-keluar-negara-beku-akaun-bank

 

Berita-berita berkaitan isu belia secara langsung/tidak langsung bertarikh 30 Januari 2019

Berita Dalam Negara

1. KANGAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan agar Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) tidak dimansuhkan meskipun perkara tersebut se¬bahagian daripada janji Pakatan Harapan sebelum ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ber¬¬¬¬kata, sebaik-sebaiknya undang-undang itu ditambah baik di bahagian-bahagian tertentu yang dirasakan perlu bukan memansuhkan secara keseluruhan. Menurutnya, undang-un¬dang ini masih diperlukan khu¬¬¬susnya untuk mengekang isu-isu berkaitan gengste¬risme; sindiket berkumpulan dan perkara sensitif lain yang memerlukan undang-undang tersebut diguna pakai.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-mansuh-poca-pota-kpn-1.832654#ixzz5e9X1VgrZ 2. KUALA LUMPUR - Harga rumah di negara ini perlu berada di tahap kemampuan mereka yang meraih pendapatan gaji purata. Pengarah Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr. Suraya Ismail berkata, pendapatnya itu bagi menyelesaikan masalah tidak sepadan permintaan dan penawaran hartanah di negara ini. Walaupun ramai yang mempertikaikan harga rumah di negara ini berbanding London, Suraya berkata, Malaysia merupakan negara yang merdeka pada tahun 1957 dan ia adalah bandar muda jika dibandingkan dengan London.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bukan-masalah-gaji-rumah-yang-terlalu-mahal-1.832449#ixzz5e9XNV1rb

3. JOHOR BARU - Pihak polis telah berjaya menggagalkan sindiket penipuan yang menawarkan pinjaman meragukan di seluruh Malaysia. Polis telah menahan 11 orang, termasuk empat wanita dalam beberapa siri tangkapan di Iskandar Puteri. Sindiket ini telah terlibat dalam 162 kes dengan kerugian berjumlah RM 1.3 juta. Ketua Polis Iskandar Puteri , Penolong Kommisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata semua suspek berusia 17 hingga 28 tahun telah direman untuk siasatan lanjut.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/31/johor-cops-bust-cheating-syndicate-11-arrested/#BSDjEM2SCDhUkSkM.99

Berita Luar Negara

1. BOGOTA - Tujuh pendatang tanpa izin maut dan 28 lagi dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki karam di Laut Caribbean, di luar barat laut Colombia. Datuk Bandar Acandi, Lilia Cordoba berkata, bot membawa 18 individu dewasa dan 14 kanak-kanak itu karam selepas dibadai ombak tinggi awal pagi Isnin. Tujuh mayat termasuk kanak-kanak ditemui Selasa dan keesokan harinya di sepanjang dua pantai di barat Choco, kata kenyataan dari tentera Colombia.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2019/01/526025/tujuh-maut-28-hilang-kapal-pendatang-karam-di-laut-caribbean

2. LONDON/BRUSSELS - Ketua Perunding Brexit dari Kesatuan Eropah (EU) memberitahu Britain bahawa masa semakin suntuk bagi mencari alternatif bagi merangka persempadanan Ireland seperti yang dipersetujui dalam perjanjian pemisahan seperti yang dimahukan London dan perkara ini tidak boleh dirundingkan. Hanya tinggal dua bulan sebelum Britain perlu meninggalkan EU menurut undang-undang, majoriti kecil dalam Parlimen Britain mahukan Perdana Menteri, Theresa May untuk ke Brussels semula bagi melihat semula bahagian yang paling sukar dikawal dalam perjanjian tersebut.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/01/31/eu-no-renegotiation-uk-finance-calls-for-deep-ties-with-eu-after-brexit/#cJUEFBAMOcL5jQZt.99