kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Persidangan Belia Antarabangsa Pemimpin Muda (ICYL)

ICYL

2021 symposium wis

OBJEKTIF PELAKSANAAN

2.1 Objektif Umum:

Untuk menghimpunkan pemimpin-pemimpin muda kebangsaan dan serantau dalam ruang perbincangan intelektual dan menghasilkan usul-usul cadangan yang boleh dikemukakan kepada pihak yang berkaitan demi pembangunan belia dan dilaksanakan secara tahunan.

2.2 Objektif Persidangan:

Objektif pelaksanaan PERSIDANGAN ANTARABANGSA PEMIMPIN MUDA mengenai “YOUTH EMPLOYABILITY : WHAT WORKS, WHAT’S NEEDED” adalah seperti berikut:-

(a) Melihat kepada kebolehupayaan belia di dalam mencari pekerjaan di masa kini berdasarkan pemasaran dan skop bidang pekerjaan yang lebih meluas.

(b) Menjadi pemangkin dalam usaha KBS melahirkan generasi muda yang mempunyai kesedaran untuk membawa perubahan yang positif kepada masyarakat;

(b) Mewujudkan peluang dan ruang bagi peningkatan penglibatan belia Malaysia dalam kerjaya yang berpotensi;

(c) Memberi peluang kepada golongan belia dalam mengembangkan pengaruh terhadap jaringan pasaran dalam pelbagai penawaran bidang pekerjaan di peringkat tempatan dan serantau;

(d) Membincangkan objektif dan matlamat bagi mewujudkan perhubungan kerjasama antara pihak tempatan dan antarabangsa.

(e) Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penguasaan kompetensi dan kemahiran dalam pelbagai bidang penawaran bidang pekerjaan.

Kerjasama Penganjuran

5.1 Agensi Kerajaan dan Swasta:

5.1.1 Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra (ASEAN Malaysia National Secretariat)

5.1.2 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

5.1.3 Kementerian Kewangan Malaysia

5.1.4 Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Malaysia

5.1.5 Kementerian Sumber Manusia

5.1.6 Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri

5.1.7 Jabatan Insolvensi Malaysia

5.1.8 MaGIC

5.1.9 Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

5.1.10 Agensi Inovasi Malaysia

5.2 Non-Governmental Organization(NGO):

5.2.1 Institute Of Strategic & International Studies, Malaysia

5.2.2 Majlis Belia Malaysia

5.2.3 Youth Trust Foundation - myharapan

5.2.4 Myskill Foundation

5.2.5 Genovasi Malaysia

5.3 Institut Pengajian Tinggi:

5.3.1 Universiti Kebangsaan Malaysia

5.3.2 Putra Business School, Universiti Putra Malaysia

5.3.3 Universiti Teknologi Mara, Malaysia

PENUTUP

Diharapkan dengan terlaksananya PERSIDANGAN ANTARABANGSA PEMIMPIN MUDA (ICYL) ini, golongan belia, individu serta organisasi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam Pembangunan Kerjaya Belia akan dapat memahami penerangan dan penjelasan mengenai langkah yang perlu diambil bagi memastikan golongan belia menguasai kompetensi dan kemahiran merentas tempatan dan serantau. Pelaksanaan Persidangan ICYL seterusnya diharapkan dapat menjadi platform untuk menerapkan kepentingan pelbagai kemahiran kepada organisasi-organisasi berkaitan pembangunan belia di Malaysia. Maklum balas dan input yang terhasil daripada persidangan ini justeru diharapkan dapat dijadikan asas dan hala tuju kepada pelan tindakan yang akan diambil oleh organisasi sosial berkaitan dalam meningkatkan nilai tambah perkhidmatan.

 icon 2020  icon 2020

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.