- Laman Utama
- Berita Terkini
- SESI TAKLIMAT DAN BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) KEPADA ENUMERATOR BAGI PROSES KERJA LAPANGAN INDEKS BELIA JOHOR 2016 (IBJ’16) PERINGKAT DAERAH PONTIAN
SESI TAKLIMAT DAN BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) KEPADA ENUMERATOR BAGI PROSES KERJA LAPANGAN INDEKS BELIA JOHOR 2016 (IBJ’16) PERINGKAT DAERAH PONTIAN
PONTIAN, 19 SEPTEMBER 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada hari ini telah melaksanakan sesi taklimat dan bengkel Training of Trainers (TOT) kepada enumerator bagi kajian Indeks Belia Johor 2016 (IBJ’16) peringkat Daerah Pontian dan bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian, Johor. Taklimat dan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES dan turut dihadiri oleh En. Muzaizi Hj. Mohammad, Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Pontian dan Pn. Sharifah Zuwana, Pegawai Penyelaras Pusat Belia Pembangunan Johor (JOYDEC). Sesi taklimat dan bengkel tersebut melibatkan 11 orang enumerator yang telah dilantik oleh IYRES untuk menjalankan kajian IBJ’16 peringkat Daerah Pontian tersebut. Kerja lapangan bagi pengumpulan data kajian akan dilaksanakan di seluruh Daerah Pontian bermula September 2016 sehingga Oktober 2016 yang melibatkan belia di Daerah Pontian yang berumur 15 hingga 30 tahun di semua peringkat.
Disediakan Oleh: Siti Shazwani binti Md Yusoof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Disunting Oleh: Shariffah binti Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.