kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

1

 

PUTRAJAYA, 14 Julai 2022 - Bengkel Analisis Data Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Impak ILKBS@Komuniti telah selesai dilaksanakan melibatkan pakar rujuk dan penyelidik IYRES. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menganalisis transkripsi yang terhasil daripada pelaksanaan sesi Focus Group Discussion (FGD) kajian. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES dan dikendalikan oleh Cik Farhan Mat Arisah, Eksekutif Penyelidik, IYRES.

3

17 Julai 2022, KUALA LUMPUR - Telah berlangsung sesi Pra Penilaian Kajian Pembangunan Belia Positif 8C bagi Program _Malaysia Future Leaders School _(MFLS) Tier 3 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Pengumpulan data ini dilaksanakan menggunakan _sistem online survey_ IYRES. Pra Penilaian ini diadakan bagi mengukur pencapaian pembangunan belia positif 8C ke atas 157 orang peserta MFLS Tier 3 bagi tahun 2022. Sesi penilaian dikendalikan oleh Pn. Asnida Abd Hamid, Eksekutif Penyelidik, IYRES dan dibantu oleh En. Muhammad Azeem Abdul Aziz.

.

2

Karnival Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di Padang Pekan Tuaran, Sabah pada 15 hingga 17 Julai 2022. Karnival Hari Belia Negara 2022 ini telah mendapat sambutan yang baik daripada belia dan Booth IYRES juga telah dikunjungi oleh belia yang hadir bagi mendapatkan maklumat.

 

 

 mental belia

 

PUTRAJAYA, 30 Jun 2022 - Telah berlangsung Sesi Brainstorming bagi Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia bersama pakar bidang dan advocate kesihatan mental. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan indeks sebagai penanda aras bagi mengukur status kesihatan mental dalam kalangan belia yang boleh dipantau secara berkala. Melalui sesi ini, pelbagai aspek kesihatan mental dan kaedah penyelidikan telah dibincangkan secara terperinci supaya indeks yang dibangunkan adalah menyeluruh dan tiada golongan belia yang tercicir.

Halaman 1 dari 2

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.