kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sasar jadikan Festival Belia terbesar di dunia.

 

Berita KBS - 19 Mac 2013

Sasar jadikan Festival Belia terbesar di dunia.

 

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan Festival Belia Putrajaya 2013 yang akan berlangsung di sini selama empat hari bermula dari 23 Mei depan menjadi festival terbesar di dunia.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pihaknya menetapkan sasaran pengunjung lebih ramai berbanding tahun lepas yang dihadiri lebih dua juta orang.

Katanya, beberapa acara telah disusun untuk menarik penyertaan lebih ramai belia serta pengunjung pada sepanjang festival berkenaan.

“Festival Belia Putrajaya 2013 merupakan penjenamaan semula daripada Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan pada tahun lepas,” katanya pada majlis prapelancaran Festival Belia Putrajaya 2013 di sini semalam.

Pada majlis itu, Kelab Auto Show Malaysia telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 bagi membantu nasib balu dan keluarga wira negara yang terkorban dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) (Org. Reg. No. :196001000142).
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.