Artikel IYRES: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecenderungan Keterlibatan Belia Di Malaysia Dalam Gerakan Islam Radikal
Tajuk | Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecenderungan Keterlibatan Belia Di Malaysia Dalam Gerakan Islam Radikal |
Author | UNIT PENERBITAN |
Tahun Terbit | 2016 |
Muat Turun | |
Deskripsi |
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN KETERLIBATAN BELIA DI MALAYSIA DALAM GERAKAN ISLAM RADIKAL Nursalihah Ahmad Raston1 , Yohan Kurniawan2, Noor Raihaini Zainol1, Nurul Hasliana Hamsani1, Nurul Fatihah Mohd Fauzi1
1Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan. 2Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan. ABSTRAK Peningkatan jumlah rakyat Malaysia mengikuti kumpulan Islam radikal adalah disebabkan oleh kurangnya tahap pengetahuan dan pemahaman agama Islam, semakin bertambah pengaruh kumpulan ISIS melalui media sosial, pengaruh rakan dan kumpulan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan belia untuk turut terlibat dalam gerakan Islam radikal. Data kajian diperoleh daripada borang soal selidik yang dijalankan di lima zon di Malaysia. Responden kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan iaitu belia dan beragama Islam. Jumlah responden seramai 1200 orang daripada IPTA dan orang awam (belia). Data yang diperoleh akan dianalisis secara kaedah deskriptif menggunakan SPSS versi 18.0 dan struktur model menggunakan AMOS versi 18.0. Hasil kajian mendapati hanya satu faktor yang tidak signifikan iaitu Pengaruh Persekitaran dengan nilai signifikan 0.327 > 0.05. Namun, kesemua faktor yang lain masing-masing adalah signifikan terhadap kecenderungan keterlibatan belia di Malaysia dalam gerakan Islam radikal. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor pemahaman agama amat memainkan peranan penting dalam kecenderungan belia dalam gerakan Islam radikal kerana nilai estimate (β) adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan signifikan faktor yang lain iaitu 0.932. Ini diikuti oleh pengaruh kawalan (0.733) dan pengaruh media (0.651). Impak kajian ini adalah sebagai maklumat penting bagi Kementerian Belia untuk membina dan menjalankan program khas bagi mendidik, memberi pemahaman dan mencegah belia terlibat dengan kumpulan Islam radikal. Kata kunci: Agama Islam, Media Sosial, Kawalan, Persekitaran dan Gerakan Islam Radikal |