kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Punca Permasalahan Sosial Belia Dan Langkah Intervensi Menerusi Model Score

Tajuk Punca Permasalahan Sosial Belia Dan Langkah Intervensi Menerusi Model Score
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

PUNCA PERMASALAHAN SOSIAL BELIA DAN LANGKAH INTERVENSI MENERUSI MODEL SCORE

 

Oleh

1Hanina H. Hamsan & 2Mohamed Dahalan Ibrahim

1Universiti Putra Malaysia; hanina@upm.edu.my ,

 2Universiti Malaysia Kelantan; dahalan@umk.edu.my

 

 

Abstrak

 

Kajian ini bertujuan mengenalpasti punca belia di Malaysia melakukan aktiviti yang menjurus kepada permasalahan sosial. Terdapat enam kategori permasalahan sosial yang dikaji iaitu kenakalan, salahlaku seksual, penyalahgunaan bahan, jenayah, ekstrimisme dan salahguna siber. Seramai 2,767 responden belia (umur antara 15 – 30 tahun) terlibat dalam kajian ini mewakili belia di zon utara, timur, tengah dan selatan Semenanjung Malaysia serta belia di zon Sabah/Sarawak. Kajian telah berlangsung dari September hingga November 2015. Instrumen kajian adalah sama seperti instrumen yang diguna oleh IYRES dalam kajian Gejala Sosial Belia 2010 dengan penambahan dan penyesuaian item. Hasil kajian menunjukkan bahawa setiap kategori permasalahan sosial didominasi punca daripada rakan sebaya di samping kelemahan lokus kawalan dalaman. Berdasarkan model SCORE, analisis terhadap simptom, punca, hasil, tindakbalas yang perlu dilakukan dan kesan jangkaan telah dilakukan terhadap keenam-enam kategori permasalahan sosial yang dikaji. Cadangan strategi dalam mengurangi permasalahan sosial berdasarkan simptom yang dikenalpasti daripada data yang diperolehi.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.