kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Tahap Kefahaman Dan Potensi Penerimaan Pelajar IPTA Terhadap Gerakan ISIS

Tajuk Tahap Kefahaman Dan Potensi Penerimaan Pelajar IPTA Terhadap Gerakan ISIS
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

TAHAP KEFAHAMAN DAN POTENSI PENERIMAAN PELAJAR IPTA TERHADAP GERAKAN ISIS

Disediakan oleh:

Dr Che Mohd Aziz Yaacob (PhD)[1]

Bakri Mat (PhD)

Fakhrorazi Ahmad  (PhD)

Mohd Azizuddin Mohd Sani Bakri Mat  (PhD)

Rusdi Omar  (PhD)

Kamarul Zaman Hj. Yusoff  (PhD)

ABSTRAK

Kemunculan kumpulan ekstremis The Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) di tengah-tengah kemelut dan pergolakan politik di Timur Tengah telah menjadi isu utama perbincangan mengenai ancaman terhadap keselamatan di peringkat global. Dalam konteks Malaysia, kemunculan kumpulan pengganas ini telah diberi perhatian serius oleh kerajaan. Beberapa insiden yang berlaku di rantau Timur Tengah dan beberapa siri tangkapan yang dilakukan yang dibuat oleh pihak berkuasa menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah dikenal pasti terlibat menyertai perjuangan ISIS. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan potensi penerimaan dan penolakan terhadap ISIS dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia. Penyelidikan dilakukan berdasarkan kaedah kajian rentas atau cross-sectional study dengan menggunakan borang soal selidik dan perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion). Persampelan adalah dalam kalangaan pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada universiti awam dan swasta ini dibahagikan kepada 4 zon utama (Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur) untuk  mendapatkan maklumat tentang kefahaman dan potensi penerimaan dan penolakan pelajar terhadap ISIS. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti pelajar IPT masih belum mempunyai pemahaman jelas tentang ISIS. Tahap kefahaman tersebut adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran seperti media massa, media sosial dan rakan-rakan. Walauppun secara umumnya dari sudut tahap penerimaan dapatan menunjukkan bahawa majoriti pelajar-pelajar IPT didapati menolak perjuangan ISIS, masih terdapat sebilangan kecil pelajar-pelajar ini yang masih belum pasti dan ada yang didapati bersetuju dan menyokong perjuangan ISIS. Dapatan kajian menunjukkan peranan yang serius harus dimainkan oleh kerajaan untuk menangani isu ini dari terus berkembang menimbulkan ancaman  besar kepada negara.

Kata Kunci : The Islamic State of Iraq and Syria (ISIS), Keganasan, Pelajar IPT

 

[1] Kumpulan penyelidik adalah dalam kalangan tenaga akademik Pusat Pengajian Antarabangsa, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia (UUM).

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.