- Home
- Iklan Jawatan
- Iklan Kekosongan Jawatan Enumerator Secara Sambilan
Iklan Kekosongan Jawatan Enumerator Secara Sambilan
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
ENUMERATOR (SAMBILAN)
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Jom sertai IYRES Community Enumerator (ICE)!
IYRES mempelawa calon-calon yang berminat untuk menjadi Enumerator Kajian IYRES bagi tahun 2022.
a) Kajian Indeks Belia Malaysia 2022
b) Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2022
BIDANG TUGAS
1. Menghadiri taklimat berkaitan proses pengumpulan data yang dikendalikan oleh pihak IYRES;
2. Bertanggungjawab untuk melengkapkan borang soal selidik melalui Sistem Kaji Selidik IYRES kepada responden kajian sepanjang pelaksanaan kerja lapangan mengikut persampelan yang telah ditentukan oleh pegawai penyelidik IYRES;
3. Memastikan semua soalan dilengkapkan oleh setiap responden sebelum dihantar kepada pihak penyelia untuk tujuan semakan mengikut persampelan kajian yang telah ditetapkan;
4. Menjalankan kerja pengumpulan data dengan jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Enumerator mempunyai alat elektronik (telefon pintar atau tab) dengan ciri-ciri minimum seperti berikut:
a) iOS : iOS 11
b) Android : Android 6.0
c) RAM : 4GB
Sila layari http://ebelia.iyres.gov.my atau hubungi Sekretariat Sistem eBelia di talian 0388713344 atau 0388713329