kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PROGRAM PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA ATAU ROUNDTABLE DISCUSSION (RTD) BERTEMAKAN KERESAHAN BELIA ALAF BAHARU

20201130 rtd siri II

PUTRAJAYA, 28 November 2020 – Program Persidangan Meja Bulat Belia atau Roundtable Discussion (RTD) anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sedang berlangsung dengan tema “Keresahan Belia Alaf Baru”.

Persidangan kali ini memfokuskan isu-isu yang dihadapi oleh belia masa kini seperti isu kewangan, kesihatan mental, gangguan seksual dan juga pengaruh teknologi kepada pembangunan belia.

Sebagaimana yang dapat dilihat, ramai golongan muda dibebani hutang sehingga diisytihar muflis. Berdasarkan rekod di Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) terdapat lebih 100 kes bankrap melibatkan golongan muda berumur 31 hingga 35 tahun. Lebih membimbangkan apabila sejumlah 945 golongan belia berusia 18 hingga 35 tahun telah pun diisytihar bankrap sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun 2020. Tidak mustahil jumlah ini akan meningkat tambahan pula ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Secara keseluruhannya, ramai golongan muda tidak cakna dengan pengurusan kewangan dan tiada perancangan yang mantap dalam menguruskan kewangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa isu kewangan ini boleh menjejaskan kesihatan mental golongan muda. Tambahan pula dengan krisis pandemik Covid-19, tidak ramai yang mampu menangani tekanan dengan baik dan ini menunjukkan bahawa kesejahteraan mental dalam masyarakat terjejas. Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan setiap tahun secara global direkodkan bahawa hampir 80,000 orang membunuh diri. DI Malaysia pula, Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan bahawa hampir setengah juta rakyat Malaysia didapati mengalami simptom tekanan atau depresi. Lebih merisaukan apabila kajian tersebut turut mendedahkan bahawa 424,000 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental.

Selain itu, gangguan seksual juga merupakan isu sosial yang menjadi kebimbangan dalam kalangan belia masa kini. Gangguan ini bukan sahaja boleh berlaku secara fizikal, tetapi juga secara alam maya. Justeru itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah membentuk Rang Undang-Undang Gangguan Seksual yang dijangka akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Rakyat hujung tahun 2020 bagi mengawal selia jenayah gangguan seksual merangkumi ruang awam dan tidak terhad di tempat kerja sahaja.

Persidangan ini menampilkan wakil daripada Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Encik Mafrukhin Mokhtar yang menekankan kesedaran kepada golongan muda berkenaan pengurusan kewangan bijak dan berkongsi tips kawalan perbelanjaan semasa pandemik Covid-19. Selain itu, wakil daripada Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM), Puan Betty Yoeh membentangkan berkenaan kesihatan mental dalam kalangan belia Malaysia manakala isu berkenaan gangguan seksual telah dibentangkan oleh Cik Mayna Patel yang juga wakil daripada AWAM. Penutup bagi pembentangan persidangan yang berkongsi berkenaan pengaruh teknologi kepada sosial belia telah dibentangkan oleh wakil daripada Cybersecurity Malaysia, Encik Ridzwan Ahmad Mohd Fathil yang menitik beratkan keselamatan pengguna semasa menggunakan internet.

Persidangan ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta secara atas talian menggunakan aplikasi zoom webinar.

 

 

 

Disediakan oleh :
Mohd Nor Azam Kamarudin
Pembantu Tadbir (P/O)

Disemak oleh :
Cik Siti Shazwani Md Yusoof
Eksekutif Penyelidik VIII

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.