Persepsi Belia Terhadap Etos Bangsa: Kajian di Lembah Kelang
Nazri Muslim Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Mahadee Ismail Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi belia terhadap etos bangsa. Kajian ini melibatkan seramai 400 responden yang dipilih sekitar Lembah kelang. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Untuk itu, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (cross tabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi belia terhadap etos bangsa. Hasil kajian menunjukkan persepsi belia terhadap etos bangsa adalah baik. Dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan belia terhadap etos bangsa iaitu dari segi nilai, semangat, kepercayaan dan identiti adaah tinggi.
Katakunci: Belia, Etos Bangsa, Nilai, Semangat, Kepercayaan dan Identiti |