kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecenderungan Keterlibatan Belia Di Malaysia Dalam Gerakan Islam Radikal

Tajuk Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecenderungan Keterlibatan Belia Di Malaysia Dalam Gerakan Islam Radikal
Author UNIT PENERBITAN
Tahun Terbit 2016
Muat Turun
Deskripsi

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN KETERLIBATAN BELIA DI MALAYSIA DALAM GERAKAN ISLAM RADIKAL

Nursalihah Ahmad Raston1 , Yohan Kurniawan2, Noor Raihaini Zainol1, Nurul Hasliana Hamsani1, Nurul Fatihah Mohd Fauzi1

 

1Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan,

Universiti Malaysia Kelantan.

2Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

Universiti Malaysia Kelantan.

ABSTRAK

Peningkatan jumlah rakyat Malaysia mengikuti kumpulan Islam radikal adalah disebabkan oleh kurangnya tahap pengetahuan dan pemahaman agama Islam, semakin bertambah pengaruh kumpulan ISIS melalui media sosial, pengaruh rakan dan kumpulan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan  belia untuk turut terlibat dalam gerakan Islam radikal. Data kajian diperoleh daripada borang soal selidik yang dijalankan di lima zon di Malaysia. Responden kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan iaitu belia dan beragama Islam. Jumlah responden seramai 1200 orang daripada IPTA dan orang awam (belia). Data yang diperoleh akan dianalisis secara kaedah deskriptif menggunakan SPSS versi 18.0 dan struktur model menggunakan AMOS versi 18.0. Hasil kajian mendapati hanya satu faktor yang tidak signifikan iaitu Pengaruh Persekitaran dengan nilai signifikan 0.327 > 0.05. Namun, kesemua faktor yang lain masing-masing adalah signifikan terhadap kecenderungan keterlibatan belia di Malaysia dalam gerakan Islam radikal. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor pemahaman agama amat memainkan peranan penting dalam kecenderungan belia dalam gerakan Islam radikal kerana nilai estimate (β) adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan signifikan faktor yang lain iaitu 0.932. Ini diikuti oleh pengaruh kawalan (0.733) dan pengaruh media (0.651). Impak kajian ini adalah sebagai maklumat penting bagi Kementerian Belia untuk membina dan menjalankan program khas bagi mendidik, memberi pemahaman dan mencegah belia terlibat dengan kumpulan Islam radikal.

Kata kunci: Agama Islam, Media Sosial, Kawalan, Persekitaran dan Gerakan Islam Radikal

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.