Artikel IYRES: Kecenderungan Belia Malaysia Masa Kini
Tajuk | Kecenderungan Belia Malaysia Masa Kini |
Author | UNIT PENERBITAN |
Tahun Terbit | 2016 |
Muat Turun | |
Deskripsi |
KECENDERUNGAN BELIA MALAYSIA MASA KINI SARIDAN ABU BAKAR, ROSIDAH MUSA & SITI ASIAH MD SHAHID
ABSTRAK Domain Kecenderungan merupakan salah satu daripada empat domain kelestarian belia yang melibatkan semua yang diminati dan seterusnya menjadi pilihan kerjaya belia masa kini. Domain Kecenderungan mengandungi tujuh (7) dimensi iaitu Realiti, Investigatif, Artristik, Sosial, Enterprising, Konvensional dan Politik. Kajian kuantitatif yang dilaksanakan secara rentasan masa pada tahun 2015 ini telah melibat belia berumur 15 hingga 30 tahun di seluruh Malaysia. Seramai 6,454 responden telah terlibat sebagai responden kajian ini yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Dapatan kajian menunjukkan belia masa kini mempunyai kecenderungan yang tinggi di dalam dua (2) dimensi iaitu Enterprising dan Politik. Kata Kunci: Kecenderungan, Belia, Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, Konvensional, Politik |