Artikel IYRES: Keupayaan Meneroka Pasaran Baru Usahawan Graduan Ikbn Melalui Penggunaan Ict Serta Aktiviti R&D
Tajuk | Keupayaan Meneroka Pasaran Baru Usahawan Graduan Ikbn Melalui Penggunaan Ict Serta Aktiviti R&D |
Author | UNIT PENERBITAN |
Tahun Terbit | 2016 |
Muat Turun | |
Deskripsi |
KEUPAYAAN MENEROKA PASARAN BARU USAHAWAN GRADUAN IKBN MELALUI PENGGUNAAN ICT SERTA AKTIVITI R&D
SARIDAN ABU BAKAR & SOFIAH AB RAHMAN
ABSTRAK Kebolehpasaran graduan lepasan IKBN bukan sahaja dilihat dari aspek penerimaan sektor perindustrian tetapi peningkatan graduan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Perniagaan-perniagaan yang dijalankan ini mempunyai hubungkait dengan kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keupayaan perniagaan yang dijalankan oleh graduan IKBN untuk meneroka pasaran baru melalui aktiviti inovasi serta penggunaan teknologi maklumat dan computer (ICT) daripada kalangan graduan IKBN tahun 2012-2014. Dapatan kajian menunjukkan tahap keupayaan usahawan berada pada tahap yang rendah. Sebahagian besar usahawan hanya memasarkan produk mereka di peringkat daerah dan keupayaan mereka untuk meneroka peluang pasaran baru juga turut rendah. Selain daripada itu, penggunaan teknologi maklumat dan komputer (ICT) di dalam operasi perniagaan juga berada pada tahap yang rendah. Keupayaan perniagaan menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut rendah di mana sebahagian besar usahawan tidak mempunyai peruntukan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kata Kunci: Belia, IKBN, PKS, Perniagaan Mikro, Teknologi Maklumat dan Komputer (ICT), R&D |