Artikel IYRES: Keupayaan Pks Meneroka Pasaran Baru Melalui Aktiviti Inovasi Serta Penggunaan Ict Satu Penilaian Di Kalangan Pks Belia Di Malaysia
Tajuk | Keupayaan Pks Meneroka Pasaran Baru Melalui Aktiviti Inovasi Serta Penggunaan Ict Satu Penilaian Di Kalangan Pks Belia Di Malaysia |
Author | UNIT PENERBITAN |
Tahun Terbit | 2016 |
Muat Turun | |
Deskripsi |
KEUPAYAAN PKS MENEROKA PASARAN BARU MELALUI AKTIVITI INOVASI SERTA PENGGUNAAN ICT: SATU PENILAIAN DI KALANGAN PKS BELIA DI MALAYSIA
SARIDAN ABU BAKAR & SITI ASIAH MD SHAHID
ABSTRAK PKS dianggap penting terhadap pembangunan ekonomi Malaysia yang banyak menyumbang kepada peluang pekerjaan (56%) dan eksport negara (19%). Sumbangan IKS kepada ekonomi negara juga dapat dilihat sebagai penstabil kepada situasi sosial dan politik negara. Disamping itu, PKS juga banyak dikaitkan dengan sumbangan mereka kepada aktiviti inovasi melalui penghasilan produk dan proses baru. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji tahap transformasi perusahaan mikro milikan usahawan belia bumiputera kepada PKS bagi tahun 2012 hingga 2014 untuk menilai sumbangan belia terhadap ekonomi negara. Dapatan kajian menunjukkan tahap keupayaan PKS belia masih lagi berada pada tahap yang sederhana dan rendah. Sebahagian besar PKS hanya memasarkan produk di peringkat daerah dan keupayaan mereka untuk meneroka peluang pasaran baru adalah sederhana. Selain daripada itu, aktiviti inovasi di kalangan PKS belia bumiputera dikesan berada pada tahap sederhana. Seterusnya tahap penggunaan teknologi maklumat dan komputer (ICT) juga pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji tahap transformasi perusahaan mikro milikan usahawan belia bumiputera kepada PKS bagi tahun 2012 hingga 2014 untuk menilai sumbangan belia terhadap ekonomi negara. Kata Kunci: Belia, PKS, Perusahaan Mikro, Aktiviti Inovasi
|