Artikel IYRES: Punca Permasalahan Sosial Belia Dan Langkah Intervensi Menerusi Model Score
Tajuk | Punca Permasalahan Sosial Belia Dan Langkah Intervensi Menerusi Model Score |
Author | UNIT PENERBITAN |
Tahun Terbit | 2016 |
Muat Turun | |
Deskripsi |
PUNCA PERMASALAHAN SOSIAL BELIA DAN LANGKAH INTERVENSI MENERUSI MODEL SCORE
Oleh 1Hanina H. Hamsan & 2Mohamed Dahalan Ibrahim 1Universiti Putra Malaysia; hanina@upm.edu.my , 2Universiti Malaysia Kelantan; dahalan@umk.edu.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenalpasti punca belia di Malaysia melakukan aktiviti yang menjurus kepada permasalahan sosial. Terdapat enam kategori permasalahan sosial yang dikaji iaitu kenakalan, salahlaku seksual, penyalahgunaan bahan, jenayah, ekstrimisme dan salahguna siber. Seramai 2,767 responden belia (umur antara 15 – 30 tahun) terlibat dalam kajian ini mewakili belia di zon utara, timur, tengah dan selatan Semenanjung Malaysia serta belia di zon Sabah/Sarawak. Kajian telah berlangsung dari September hingga November 2015. Instrumen kajian adalah sama seperti instrumen yang diguna oleh IYRES dalam kajian Gejala Sosial Belia 2010 dengan penambahan dan penyesuaian item. Hasil kajian menunjukkan bahawa setiap kategori permasalahan sosial didominasi punca daripada rakan sebaya di samping kelemahan lokus kawalan dalaman. Berdasarkan model SCORE, analisis terhadap simptom, punca, hasil, tindakbalas yang perlu dilakukan dan kesan jangkaan telah dilakukan terhadap keenam-enam kategori permasalahan sosial yang dikaji. Cadangan strategi dalam mengurangi permasalahan sosial berdasarkan simptom yang dikenalpasti daripada data yang diperolehi. |